Cara Menjimatkan Minyak Kenderaan
Posted by Adi on
June 5, 2008

Betul-betul tak sangka harga minyak diumumkan Pak Lah semalam naik kepada RM2.70/liter bagi petrol dan RM2.58/liter bagi diesel berkuatkuasa hari ini. Difahamkan stesen-stesen minyak kat Malaysia ni jadi tumpuan sejak pukul 5 petang semalam sampaikan sesak di jalan yang menuju ke stesen minyak pilihan. Kat sini pun sama, Adi sendiri pun terlibat dalam kesesakan tu selama 1 jam 10 minit. Dua kali Adi matikan enjin sebab tak dapat bergerak langsung. Hal itu tak jadi masalah kalau masing-masing ikut lampu isyarat, ikut giliran ke stesen minyak. Adi hairan kenapa orang langgar lampu isyarat kat pekan Ketereh semalam. Pulak tu daripada dua lorong dah jadi tiga lorong yang tak betul. Semua ni berpunca daripada sikap, sikap pentingkan diri sendiri, tak sabar, tak hiraukan orang lain yang lazimnya selalu dikaitkan dengan sikap pemandu-pemandu orang Kelantan. Ya, memang betul. Orang Kelantan memang macam tu. Tidak semua, hanya segelintir.
Tak perlu nak mengeluh. Kita tak dapat buat apa-apa, terima saja. Jadi apa yang perlu kita buat sekarang adalah fikirkan cara untuk jimatkan penggunaan minyak kenderaan. Berikut adalah beberapa cara yang Adi fikirkan dapat jimatkan minyak. Walaupun tak banyak, kalau dah nama jimat pasti menguntungkan kita.
Tekanan Tayar Optimum
Ini adalah basic bagi kenderaan. Tekanan tayar yang kurang boleh meningkatkan penggunaan minyak. Jadi check tekanan tayar kat stesen minyak atau workshop untuk dapatkan tekanan yang optimum. Kalau kereta selalunya kat tepi pintu dah diberitahu berapa tekanan yang sesuai untuk kereta tu. Guna saja pam digital, ianya lebih mudah.
Memandu Kurang 100km/j
Pandu laju hanya merugikan minyak selain daripada membahayakan orang lain. Membahayakan orang lain, jarang untuk diri sendiri. Sebabnya orang yang pandu laju ni sebenarnya dia lebih berhati-hati sebab dia sedar akan bahayanya itu. Bawalah sekitar 80-90km/j, lebih selesa kata Mohd. Ismail.
Guna N Berbanding P
Tip bagi pengguna kereta transmisi automatik. Kalau berhenti kat traffic light tu adalah lebih bijak letak gear pada N daripada menekan brek sepanjang masa. Tekan brek bermakna gear kereta bergerak cuma diberhentikan. Gear N adalah gear dalam keadaan rehat. Maknanya omboh selinder tak bergerak (kalau tak silap). Gear P hanya untuk parking, dan korang berhenti di traffic light bukan untuk parking, jadi jangan gunakan P. Lagipun jarak gear D dengan N lebih dekat berbanding P. Ala, dapat agak sape yang guna P, masa dia brek tu nampak lampu reverse menyala. Dia nak letak gear kat P la tu apa lagi.
Cucuk Angin
Hoho, cara yang berkesan walaupun agak bahaya. Jangan nak cuba-cuba kalau tak berkeyakinan brek pada waktunya. Cucuk angin kenderaan depan boleh kurangkan rintangan angin untuk kenderaan kita. Adi sarankan jangan cucuk angin lori, treler atau bas yang langsung kita tak dapat tengok depan melalui cermin belakangnya. Terlalu bahaya kalau tiba-tiba dia brek mengejut, lagi-lagi tengah bawak laju. Tindakan tidak bijak.
Jangan Brek Mengejut
Brek mengikut skala menaik sedikit demi sedikit. Maksudnya, brek pelan-pelanlah, jangan mengejut. Brek mengejut hanya menambahkan penggunaan minyak selain membahayakan penumpang belakang yang selalunya tak pakai safety belt. Lagi-lagi kalau Myvi yang seatnya licin, mudah gelongsor ke depan. Maknanya lagi, jarak kereta kita dengan kereta depan berada pada sela jarak yang betul. Ala, kan belajar dulu masa nak ambik lesen. Apa dah, jarak 12 saat? Ha, itulah dia.
Guna Kenderaan Awam
Tip ni tidak berapa relevan bagi mereka yang tinggal di kawasan kurang membangun, kecuali menggunakan bas. Walaupun tambang bas pun naik (rasanya), patut ia lebih murah daripada kenderaan sendiri. Guna LRT, komuter atau tren adalah bijak. Tapi tak semua tempat ada. Untunglah orang KL (sesetengahnya) yang ada perkhidmatan tu. Naik basikal? Tidak relevan. Pergi sekolah bolehlah.
Rancang Perjalanan
Buat masa sekarang ni terpaksa hentikan dulu ‘makan angin’ sambil tengok pemandangan atau tengok awek dengan merewang ke tempat-tempat tertentu. Fokus pada destinasi, dan ikut jalan terdekat. Pergi ke tempat yang penting saja. Rancang mana nak pergi dulu supaya tak berpatah balik. Fikir dulu sebelum start enjin.
Tong-tong
Bukan tong sampah, share maksudnya masa naik kereta sama-sama. Kenalah faham beban minyak yang ditanggung pemilik kenderaan. Kalau kita sama-sama bekerja, tong-tonglah. Jangan harap tumpang free je. Kalau dia je yang bekerja, apa salahnya ‘belanja’ kawan eheh.
Kereta Jimat Minyak
Untung bagi mereka yang dah ada kereta jimat minyak contohnya macam Proton Savvy yang dikatakan 7 sen untuk 1Km (sebelum ni), ataupun kereta jenama Toyota contohnya Vios yang lebih jimat minyak daripada Honda City (kata orang).
Kawal Penukaran Gear Manual
Bagi kenderaan gear manual, jangan berlagak macam pelumba nak tekan minyak habis rapat untuk gear 1 atau 2. Kita bukan dalam dunia Impak Maksima. Lagi lama gear 1 atau 2 ditekan (makin laju), lagi banyak minyak digunakan. Tukar dengan cepat ke gear lebih tinggi, itu lebih baik.
Tutup Air-cond, Buka Tingkap
Sekali-sekala buka tingkap hirup udara luar ok jugak. Adi dah uji sepanjang perjalanan dari Johor ke Kelantan tanpa air-cond. Dapat jimat lebih kurang RM20 (sebelum ni). Ops, tip ni masa bawak lebih 60km/j. Kalau tak, terasa bahangnya, baik guna air-cond.
Maintain Kelajuan
Bukan je nampak relaks, malah nampak lebih cool dengan kelajuan yang sama atau tak meningkat secara mendadak. Tip ni berguna untuk perjalanan jauh.
Microcompressor
Tip terakhir, gunalah microcompressor yang bukan saja meningkatkan kelajuan, malah menjimatkan minyak. Adi tak pernah cuba lagi tapi itulah yang diiklankan. Boleh dapat dalam sekitar RM150. Murah, untuk jangka masa panjang.
Banyak lagi tip sebenarnya yang boleh kita fikir sendiri. Contohnya, guna motor berbanding kereta untuk jarak yang dekat, guna kereta cc rendah macam kancil, banyak lagi. Sama-samalah kita fikir. Jadilah pengguna jalanraya yang bijak



” Maknanya omboh selinder tak bergerak (kalau tak silap) ”
Memang laa tersangat jimat minyak !
Sebab, kalau omboh silinder tak bergerak, maknanya enjin tak hidup cik abang sayang oiiiii ! Hehehhe
Kereta Jimat Minyak ?
Kereta sorong la ! Pakai minyak pelincir je .. hahahha
huhu.aku bukan student mekanikal.aku igt kalau jalan je baru omboh gerak.
kereta sorong? lawaknya ko hahaha. dh lapuk la
bab cucuk angin…
cam nascar races….
juga meningkatkan kelajuan……
hehe….
pengangkutan awam???
kondisi bas cam 20 tahun dulu…
rancang perjalanan????
no more cuti2 malaysia..
ban habis2an..!!!!!
papehal thanks tip2 tuh…
humbleandmodests last blog post..Tidak wujudnya aku tanpa hari ini
oo ye.bas2 negeri lain selain kelantan aku tgk still lg x diperbaharui.kwn aku dr melaka kagum tgk bas2 kelantan yg nampak baru. sbnrnya body luar je baru..enjin still lg yg lama cuma diservis baik.kebanyakannya aircond.
cuti2 malaysia..?? think twice!!
batu pahat pon ok pe sistem nye..
boley kate selalu ade bas baru…
humbleandmodests last blog post..Tidak wujudnya aku tanpa hari ini
erk..bas baru? x penah nampak pun. kalau bas ekspress tu ada la. bas lompat2 ni byk bas tanjau je aku tgk hehe
Bas baru pun tak guna kalau masa tak konsisten, limited coverage.
Di Jepun, keretapi derang, tambang takde la murah, kerusi pun hampir tarak ( sikit ), penumpang sampai kena berdiri berjam jam kalu ramai orang, siap jadi berhimpit2 mcm tin sardin lagi …
Tengok rakaman ni : http://www.youtube.com/watch?v=b0A9-oUoMug
Ttapi service always on time and very good network / well linked - boleh gi memana ! Rakyat happy ! Tak komplen.
ye setuju dgn pakcik laser. servis perkhidmatan awam kita terutamanya bas belum lg ditahap memuaskan dr segi ketetapan waktu. tp sy puas hati dgn servis syarikat bas tranasional (kota bharu, bukan pudu raya).
ketapi kat jepun mmg x dinafikan bagus sbb servis diorg. byk tempat bleh pegi, lagi2 ada bullet train. nak pegi tokyo dr hiroshima pun xde masalah berjam2 nak sampai. malaysia belum sampai tahap tu lg.
lg 1, rakyat jepun hidup utk bekerja. jln kaki pun laju. sama jugak dgn org america, kejar masa. x mcm org malaysia yg suka berlengah2. padanlah pengangkutan awam pun slow je. x gitu eheh
malaysiaku gemilang…
humbleandmodests last blog post..Ini Kisah Dongeng
bangga menjadi rakyat Malaysia hoho yeah
minyak naik, barang naik, semua naik, negara ada untung.
menteri kaya, rakyat sengsara.
bangga weh!!
hehehe janganala emo sgt, senpai huhuhu
senpai..mau tmbh 1 lg tip yg dr akhbar smlm…die kata..jangan bwk brg y berat2 dlm kete…
lau kete tue ringan, minyak xdiperlukan sgt…
xtau ahh betul ke x…cube ahh…
aNiSs last blog post..Kahwin Orang miskin & Kahwin Orang Kaya
a’a.betul gak tu hehe.byk gak info baru yg dpt.nati nak wat update psl post ni
good info lah…tapi saya tak de kereta lagi heheh
bleh bgtau kat parent sy je la..
ni tgl kat mana ni? ketereh?
ikas last blog post..tugas cikgu bukan mudah
nati ika dh ada kete blehlah praktikkan
a’a ketereh.kenal ke ika?
kenal2..kawan sy ramai jugak duk ctu… tapi semua dah pakat sambung blja hehe
ikas last blog post..kami budak…err…
oo ye ke. jgn tersilap dgn kerteh pulak
Adis last blog post..Aku Terima Nikahnya
PERHATIAN……….ada x cara jimat menggunakan penambahan air kedalam petrol kerete
mcm hydrofuel tu ek?
sy ada gak try usha kat web diorg tp web in construction pulak huhu
Adis last blog post..Yahoo! Messenger - Berjaya