5 Tip Menghadapi Temuduga
Posted by Adi on
June 17, 2008
Semalam Adi ke temuduga terbuka seluruh negara kat KB lebih kurang pukul 3 petang. Sampai kat tempat temuduga tu, tinjau-tinjau, pelik…takde orang pun. Tengok dalam, takde pun booth atau orang yang nak cari pekerja. Kain rentang pun takde. Confuse dah, ingatkan salah tempat. Tapi memang sah takde pun temuduga kat situ. Heran…
Ok. Ini Adi nak share tip-tip untuk menghadapi temuduga. Bukan daripada pengalaman Adi sendiri. Tip-tip ni dipetik daripada Majalah Maskulin Volume 55 oleh penyanyi, usahawan dan pakar motivasi iaitu Dr. Fazley.
- Peka – Calon harus peka isu-isu semasa supaya nampak lebih berpengetahuan luas. Jangan pandai soal akademik je. Ianya boleh dijadikan satu kelebihan jika dapat jawab atau beri pandangan tentang isu-isu semasa. Ia juga dapat elakkan sesi temuduga daripada jadi hambar. Cuba jinak-jinakkan diri dalam politik, ekonomi, sosial malah sukan. Harus diingat, soalan yang bakal ditanya tidak semestinya soal tentang syarikat. Teringat lecturer Adi masa dia nak ditemuduga dulu kat sebuah syarikat minyak. Soalan yang ditanya bukan pasal minyak, tapi pasal penjara. Takde kaitan pun kan? Tapi itulah dia, peka!
- Keterampilan – First impression tu penting. Jangan datang temuduga dengan selekeh je. Belajar-belajarlah untuk berpenampilan meyakinkan. MEYAKINKAN, bukan MENARIK ye kawan-kawan. Menarik sahaja tidak cukup aura untuk meyakinkan penemuduga. Tapi kalau penampilan nampak yakin, automatiknya kamu akan kelihatan lebih menarik. Malah model pakaian pun kena berpenampilan meyakinkan.
- Keyakinan – Kesinambungan daripada tip di atas. Yakin bukan sahaja pada penampilan, malah percakapan kamu dalam berkomunikasi. Ia menunjukkan sejauh mana kamu mampu melaksanakan tanggungjawab yang bakal diberikan. Berlatih di depan cermin adalah satu cara baik untuk membentuk keyakinan diri.
- Karisma – Ini perlu. Sebaik memasuki atau berada di tempat temuduga, segala tingkah laku haruslah dijaga. Dari cara perbualan dengan calon lain, gaya berjalan dan segala lontaran pendapat haruslah positif. Perlu diingat, jangan terlalu ketara untuk menegakkan pandangan atau pendapat kamu. Ia harus dilakukan dalam kesederhanaan.
- Buktikannya – Kamu juga perlu buktikan kemampuan atau kebolehan kamu untuk diambil sebagai pekerja syarikat tersebut. Selalunya ada soalan yang ditanya kenapa syarikat perlu ambil kamu sebagai pekerja. Kamu harus bijak untuk tackle soalan ni.
Tip tambahan daripada Adi, kaji dahulu tentang syarikat tersebut sebelum ditemuduga. Boleh search di Internet kalau syarikat tu ada laman web, ataupun boleh tengok profail syarikat kat pejabat, ataupun bertanya dengan kenalan yang bekerja kat situ kalau ada. Lepas tu carilah informasi yang berkaitan dengan apa yang diusahakan oleh syarikat tersebut. Mestilah kan, nak kerja kat situ kenalah tau pasal syarikat tu. Tak gitu?



aku amat tertarik dengan tips neyh…..
bakal aku lalui….
well…
part no 2..
keterampilan…
aku cadangkan ko cari filem pursuit of happiness….
download torrent source pon buley…
lakonan will smith..
amat menyentuh perasaan……
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pursuit_of_Happyness
humbleandmodests last blog post..Sekupang? Dua Kupang? Berkupang-kupang?
owh cite tu.dgr kata mmg best n motivated. kisah benar kan? dekat2 ending cite tu nanti org sebenar yg alami kisah tu ada sekali imbas..sbg penampilan istimewa. thx bro. nati aku donlod
menarik tips neyh…
semua yg bakal aku lalui……
well, part no 2..
keterampilan..
aku cadangkan ko tgk filem pursuit of happyness…..
lakonan will smith..
amat menyentuh prasaan…..
ko boleh download dari torrent source….
amek dari kisah benar…
humbleandmodests last blog post..Sekupang? Dua Kupang? Berkupang-kupang?
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pursuit_of_Happyness
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pursuit_of_Happyness
humbleandmodests last blog post..Sekupang? Dua Kupang? Berkupang-kupang?
Aku ada dgr cerita yang kalau nak temuduga di kilang besar khususnya, semasa menunggu panggilan temuduga perlu bertindak proaktif dengan meninjau segala maklumat yang berada di kilang tersebut. Jangan bertindak pasif duduk diam, menurut kawan kepada kawan itu mereka memerhatikan calon dengan CCTV,
oo ye ke.aku x penah tau pun psl ni.thx draxter for sharing