Guru Pondan, Jangan Beri Muka

Rutin pagi aku sebelum mula kerja, buka Berita Harian Online untuk baca berita yang menarik perhatian aku. Yang politik tak baca sangat. Ikutkan nak je aku cerita pasal Saiful Bukhari yang mengangkat sumpah kat Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lepas tapi malas pulak. Masa tu aku kat sana untuk handle program motivasi dengan pelajar-pelajar seluruh Selangor. Apa yang dikatakan dalam satu blog tentang angkat sumpah tersebut bukanlah betul 100%. Aku sendiri duduk semeja dengan salah sorang saksi akuan sumpah Saiful yang banyak cerita tentang kekurangan majlis mengangkat sumpah tersebut.

Ops. Lupakan tentang itu. Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi. Pagi ni dalam Berita Harian aku tertarik dengan satu isu yang dah lama ada dalam profesion guru tapi pihak Kementerian Pelajaran baru nak ambik tindakan sewajarnya. Isu guru pondan ni dah lama aku dengar, tapi diorang yang pondan-pondan ni pandai sembunyikan kepondanannya dalam kelas. Habis kelas barulah diorang melaram habis.

Satu sekolah kat Negeri Sembilan, ada sorang cikgu lelaki ni memang tak dijangka yang dia ni pondan lepas waktu sekolah. Ini bukan aku reka cerita. Betul-betul berlaku dan diceritakan oleh orang yang rapat dengan aku. Katanya, cikgu tu bila dah pondan memang tak dapat cam wajah lelakinya. Kalau setakat lembut, itu biasa. Lelaki lembut dan pondan adalah dua makhluk yang berbeza. Lembut, tapi ada kejantanannya. Beranak-pinak jugak. Tapi pondan, hilang sifat kejantanannya walaupun dia ada apa yang orang lelaki tulen ada, kebanyakannya.

Kita kat Malaysia tak memelihara golongan macam ni. Kita bukan Amerika yang wujud satu petempatan khas untuk golongan homoseksual. Kalau disebut tentang guru pondan macam dalam berita hari ini, memang dikhuatiri akan mempengaruhi pelajar-pelajar lelaki yang bersifat lembut. Takut dari lembut terus jadi pondan. Memang wajar pihak Kementerian Pelajaran ambil tindakan selayaknya kepada golongan pondan, maknyah, bapok atau sotong ini.