Rakyat Patriotik
Posted by Adi on
September 1, 2008
Aku baru balik dari program 3 hari di Masjid Wilayah Persekutuan petang semalam. Hari ni cuti bagi staf motivasi menggantikan hari semalam. Duduk rumah tak buat apa jugak, baik datang ofis usik Internet sambil nak setup laptop baru bos beli 2 bijik. Windows Vista buatkan aku naik menyampah nak setting.
Tepat 12 malam 31 Ogos 2008 lepas, di manakah kau berada? Adakah kau berada di kalangan mereka yang ‘patriotik’ menyambut detik kemerdekaan di Dataran Merdeka? Atau sekadar melihatnya di tv plasma 42″ rumah? Aku ketika itu menyaksikan bunga api dari Masjid Wilayah Persekutuan bersama pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Taman Seraya.
Sekitar 12 malam aku tengok banyak kereta parkir di depan Masjid Wilayah Persekutuan sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Semuanya kereta mewah yang aku tak dapat pastikan jenama apa. Perempuan-perempuan berpakaian singkat mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh ‘patriotik’. Gembira betul. Begitu caranya menyambut merdeka.
Seorang kawan aku sempat ke Dataran Merdeka pada pukul 8:30 malam. Dah ramai manusia ‘patriotik’ berkumpul menunggu detik 12 malam. Bermacam fesyen dan gaya rambut yang dipamerkan. Adakah mereka menganggap Hari Merdeka sebagai tempat mereka mempamerkan identiti mereka? Atau hari untuk mereka ‘merayakan kebebasan’ yang sebelum ini agak terbantut dek pandangan masyarakat sekeliling di negara Islam tercinta ini? Betul-betul ‘merdeka’ mereka malam itu. Merdeka bererti mereka bebas melakukan apa saja. Rasanya Dataran Merdeka akan sedikit suram tanpa mereka yang ‘patriotik’ ini. Maka dengan itu tiada tegasan atau larangan dikenakan kepada mereka oleh pihak berkenaan.
Gambar di atas hanyalah hiasan sebagai pembangkit mood.
tags: malaysia, merdeka
2 Comments
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 Malaysia
Posted by Adi on
August 30, 2008
Kurang terasa kehangatan Malaysia nak merdeka walaupun lagi esok lusa dah nak 31 Ogos 2008. Rasanya bukan disebabkan 1 September dijangkakan umat Islam mula berpuasa. Mungkin pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada kemeriahan merdeka yang selalunya disambut dengan gahnya setiap tahun. Bendera pun tak banyak dikibarkan di setiap kenderaan. Di sini tiada satu pun kereta yang terpacak Jalur Gemilang setakat mata aku memandang. Namun masih ada rakyat yang begitu gembira menyambut merdeka seperti di Melaka yang mengecat atap rumahnya mengikut bentuk Jalur Gemilang. Terima kasih kepada beliau.
Rancangan tv pun rasa² aku tak banyak yang menyiarkan tentang merdeka seperti kebiasaan. Mungkin ada tapi aku tak sempat menonton. Aku cuma menonton tv bermula 8 malam hingga 11 malam. Kalau dulu 2 pagi masih lagi terasa awal nak masuk tidur, sekarang ni 11 malam pun dah rasa lewat.
Kepada rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51.


