Forbidden Kingdom dan Iron Man
Posted by Adi on
May 6, 2008
Rasanya sem ni paling banyak Adi melawat panggung wayang Summit BP. Sebelum balik kampung, dua movie superb best ni Adi tak nak ketinggalan untuk menontonnya di skrin besar. Dah balik kampung nanti tak dapat dah pergi panggung huhu. Entri ni panjang gile. Harap korang dapat luangkan masa untuk membaca sambil menghayati
Okeh. Mula² movie Forbidden Kingdom yang Adi layan pada hari Jumaat lepas. Asalnya nak tengok Iron Man tapi dah penuh. Takpe kata Naim, layan Forbidden Kingdom pun orait jugak. Ini adalah filem pertama yang menggandingkan dua pelakon hebat bagi aksi kungfu; Jackie Chan dan Jet Li yang masing² pegang watak sebagai Lu Yan dan Monkey King. Tapi watak paling utama dalam cerita ni bukannya diorang berdua, tapi sorang budak lelaki bernama Jason (Michael Angarano) yang minat sangat dengan kungfu sampaikan dia boleh hafal setiap nama tumbukan atau jurus kungfu hasil daripada tengok DVD² kungfu.
Aksi² dalam cerita ni memang best ah terutamanya part Jackie Chan lawan Jet Li sebelum diorang kenal. Pertarungan antara kungfu melawan Wushu memang buat korang tak nak kelip mata walau sekali, best ah ding dong.


