Interview Kerja

Petang tadi masa digunakan sebaik-baiknya untuk siapkan projek yang dah tertangguh dua minggu. Sambil² tu belajar² main gitar lagu Ayat-ayat Cinta dendangan Rossa yang comel eheh. Baru nak masuk intro, dapat satu SMS daripada sedara yang sekarang ni kerja sambilan kat Gombak macam ni:

“Ady,minat x kije bidang motivasi n latihan?kat consultan company.diorg tgh cari org skrg.Reply cepat”

Bidang motivasi memang dah lama Adi idam-idamkan sejak matriks lagi. Tapi peliknya tak pulak apply course tu kat IPT. Cepat² taip mesej bagitau nak call dia tanya lebih lanjut. Dia bagi nombon telefon lain, tak bernama. Fikir tu nombor dia satu lagi, terus tekan dial. Tapi yang jawab orang laki. Terkedu kejap kot² tersilap nombor. Orang dalam telefon tu tanya, “Adi ke?”. Sah nombor tu betul eheh. Maka bermulalah sesi soal jawab dengan Encik Azuhan yang peramah tu. Perbualan diakhiri dengan “naik bas Ahad malam, sampai sini Isnin pagi. Turun kat Greenwood. Call saya, nanti saya datang jemput.”

Lepas letak telefon lama dan pudar tu baru terfikir. Nak sampai Gombak bukannya lama. Dalam pukul 4 atau 5 pagi dah sampai kalau bertolak malam. Takkan nak suruh dia datang ambik lepas Subuh. Tak awal sangat ke? Teringat member sorang kat Gombak. Call dia. Masa tu dia tengah keje kat menara ape ntah. Dia yang cakap ‘menara ape ntah’ haha. Bagitau dia nak tumpang rumah satu malam. Dia kata ok tapi kena tunggu dia balik dari outstation kat Penang. Dalam pukul 11 malam baru sampai Gombak, hari Ahad.

Tempat tinggal dah ada. Tiket je belum cari. Tanya ejen kat kedai katanya takde. Dua syarikat bas dah tanya, takde. Risau gak ni. Terpaksa ke KB. Tanya tiket malam, bas tak lalu Gombak pulak. Tiket pagi je bas lalu. Malas fikir panjang, sapu jelah pagi pun dalam pukul 9. Maknanya sampai Gombak mungkin pukul 5 petang. Terpaksalah menapak mana² nanti. Bukannya tau nak jalan² cari makan kat sana. Naik Batu Caves orait jugak kalu eheh.

Doakan Adi berjaya dalam interview tu nanti ;)

5 Tip Menghadapi Temuduga

Tip Menghadapi TemudugaSemalam Adi ke temuduga terbuka seluruh negara kat KB lebih kurang pukul 3 petang. Sampai kat tempat temuduga tu, tinjau-tinjau, pelik…takde orang pun. Tengok dalam, takde pun booth atau orang yang nak cari pekerja. Kain rentang pun takde. Confuse dah, ingatkan salah tempat. Tapi memang sah takde pun temuduga kat situ. Heran…

Ok. Ini Adi nak share tip-tip untuk menghadapi temuduga. Bukan daripada pengalaman Adi sendiri. Tip-tip ni dipetik daripada Majalah Maskulin Volume 55 oleh penyanyi, usahawan dan pakar motivasi iaitu Dr. Fazley.

  1. Peka – Calon harus peka isu-isu semasa supaya nampak lebih berpengetahuan luas. Jangan pandai soal akademik je. Ianya boleh dijadikan satu kelebihan jika dapat jawab atau beri pandangan tentang isu-isu semasa. Ia juga dapat elakkan sesi temuduga daripada jadi hambar. Cuba jinak-jinakkan diri dalam politik, ekonomi, sosial malah sukan. Harus diingat, soalan yang bakal ditanya tidak semestinya soal tentang syarikat. Teringat lecturer Adi masa dia nak ditemuduga dulu kat sebuah syarikat minyak. Soalan yang ditanya bukan pasal minyak, tapi pasal penjara. Takde kaitan pun kan? Tapi itulah dia, peka!
  2. Keterampilan – First impression tu penting. Jangan datang temuduga dengan selekeh je. Belajar-belajarlah untuk berpenampilan meyakinkan. MEYAKINKAN, bukan MENARIK ye kawan-kawan. Menarik sahaja tidak cukup aura untuk meyakinkan penemuduga. Tapi kalau penampilan nampak yakin, automatiknya kamu akan kelihatan lebih menarik. Malah model pakaian pun kena berpenampilan meyakinkan.
  3. Keyakinan – Kesinambungan daripada tip di atas. Yakin bukan sahaja pada penampilan, malah percakapan kamu dalam berkomunikasi. Ia menunjukkan sejauh mana kamu mampu melaksanakan tanggungjawab yang bakal diberikan. Berlatih di depan cermin adalah satu cara baik untuk membentuk keyakinan diri.
  4. Karisma – Ini perlu. Sebaik memasuki atau berada di tempat temuduga, segala tingkah laku haruslah dijaga. Dari cara perbualan dengan calon lain, gaya berjalan dan segala lontaran pendapat haruslah positif. Perlu diingat, jangan terlalu ketara untuk menegakkan pandangan atau pendapat kamu. Ia harus dilakukan dalam kesederhanaan.
  5. Buktikannya – Kamu juga perlu buktikan kemampuan atau kebolehan kamu untuk diambil sebagai pekerja syarikat tersebut. Selalunya ada soalan yang ditanya kenapa syarikat perlu ambil kamu sebagai pekerja. Kamu harus bijak untuk tackle soalan ni.

Tip tambahan daripada Adi, kaji dahulu tentang syarikat tersebut sebelum ditemuduga. Boleh search di Internet kalau syarikat tu ada laman web, ataupun boleh tengok profail syarikat kat pejabat, ataupun bertanya dengan kenalan yang bekerja kat situ kalau ada. Lepas tu carilah informasi yang berkaitan dengan apa yang diusahakan oleh syarikat tersebut. Mestilah kan, nak kerja kat situ kenalah tau pasal syarikat tu. Tak gitu?