Akhirnya iMood Color Change Clock Tiba
Posted by Adi on
June 4, 2008
Hoho. Sampai jugak akhirnya iMood Color Change Clock yang Adi menang bid kat Lelong.com.my hari Jumaat lepas. Adi sorang je bid dengan harga RM1 bolehlah menang hehe. Kos penghantaran pulak RM13. Maknanya penjual tu dapat untung melalui kos penghantaran. Biasa la, sape nak rugi kan. Taktik kat Lelong.com.my ataupun ebay memang camtu. Tau la…
Entah kenapa Adi rasa macam budak-budak yang tunggu ayahnya balik rumah bawak aiskrim sejak pagi tadi. Check transaksi online kat website SkyNet jam yang boleh bertukar-tukar warna tu dah sampai Kota Bharu dari Kepong hari Selasa pukul 10 pagi. Ingatkan petang tu dah boleh sampai rumah. Tunggu punya tunggu punya tunggu, jam tak timbul2. Mungkin Adi rasa sikit gembira dengan jam tu sebab dah sebulan Adi tidur tanpa alarm clock hadiah daripada si dia tahun lepas. Adi sayang sangat alarm clock dari Australia tu. Entah mana hilangnya. Takkan tertinggal kat kolej. Rasanya dah simpan semua dalam kotak elok2. Sedih…
Adi tidur dalam pukul 6:30 lepas solat Subuh. Pukul 9:30 tersedar, orang SkyNet call tanya rumah kat mana. Ingat dia dah nak sampai, Adi bingkas bangun tunggu van SkyNet tu datang ke rumah. Tapi tak datang jugak sampai ke tengah hari. Adi tidur kejap dalam bilik, mata tak boleh tahan mengantuk yang amat tak tidur semalaman.
Pukul 3 petang lebih kurang adik bongsu Adi ketuk kuat2 pintu bilik yang agak usang tu. “Mari doh!” katanya. Dari semalam lagi dia tanya bila nak sampai. Sape yang rasa happy ni sebenarnya hehe. Adi capai towel nak lap muka yang serabai. Dengar bunyi enjin van SkyNet yang bising. Adi tengok bonda tengah sain terima bungkusan. Ok jugak, malas nak jumpa orang dengan muka baru bangun tidur. Sangat tak manis, lagi-lagi pukul 3 petang.

Dah dapat jam tu, apa lagi, test2 la tengok dia tukar2 warna macam mana hehe. Rasa macam budak2 pulak. Adi letak jam tu dekat dengan jam hadiah daripada si dia kepada bonda yang baru habis bateri, sebelah TV. Bentuk kiub comel dengan warna-warna menenangkan jiwa bertukar setiap waktu. Tak tengok TV nampaknya, tengok jam iMood hehe.
Adik kata RM10 je jam tu kat KB. Masih lagi Adi untung. Untung minyak kereta ke KB yang RM10 ulang-alik lebih kurang. Lagipun SkyNet terus hantar ke rumah, itu yang bagusnya. Badan tak penat ke KB 18km yang sesak dengan kereta mengalahkan KL, duit pun dapat jimat RM6. Bukan ke itu pemikiran yang bagus hahaha.
Tapi ada satu masalah. Adi tak pandai nak set alarm huhu



