Aku Terima Nikahnya
Posted by Adi on
June 7, 2008

Alhamdulillah..akhirnya habis juga baca buku setebal 227 muka surat ni. Aku Terima Nikahnya adalah buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal atau nama glamernya Abu Saif yang mengisahkan tentang hal-hal rumah tangga sebagai suami isteri dan ibu ayah.
Si dia bagi buku ni kat Adi minggu lepas. Lebih kurang seminggu baru Adi dapat habiskan. Tak boleh lawan si dia yang boleh habiskan dalam 8 jam hehe. Si dia memang kuat membaca, Adi pulak baca sikit-sikit tapi suka fikir lepas habis baca beberapa perenggan. Memang tak boring baca buku ni. Abu Saif mengolah penerangan dalam bentuk cerita kehidupan, kehidupan dirinya dari seorang bujang hinggalah bergelar bapa. Macam mana dia boleh berkahwin dengan isterinya tanpa mengenali rupa parasnya membuatkan Adi rasa kagum. Cinta selepas kahwin, itulah dia. Tak mustahil untuk mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. Tapi sangat sukar dilakukan masyarakat kini, tanpa pegangan agama yang kuat.
Satu ungkapan yang paling Adi suka dalam Aku Terima Nikahnya ni adalah ‘Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah’. Sangat setuju, itulah yang kami amalkan waktu si dia belajar kat Queensland University of Technology, Australia. Berjumpa jarang sekali. Selalunya kami berjumpa kat rumahnya, bual-bual dengan mak ayahnya, adiknya, kadang-kadang kucingnya yang bernama Chindai. Adi tenang begitu. Rasa diredhai keluarganya.
Sejak Adi balik kampung sebulan lepas, Adi buat solat istiqarah berkenaan pemilihan sesuatu untuk masa depan. Lama Adi tunggu petunjuk tapi tak datang2. Bila si dia bagi Adi buku ni, Adi rasa inilah petunjukNya. Adi rasa Adi dah buat keputusan yang terbaik untuk masa depan Adi bersama si dia nanti. Olahan santai Abu Saif dalam Aku Terima Nikahnya banyak berikan tunjuk ajar dan pengajaran. Alhamdulillah.
Elok sangatlah remaja baca buku ni. Buku ni mengajar kita perkahwinan itu bukan sekadar menghalalkan apa yang haram ketika ini. Ia lebih kepada tanggungjawab, persediaan menjadi suami isteri atau ibu ayah, dan lebih penting kehidupan kita seterusnya. Adi tak klasifikasikan Aku Terima Nikahnya sebagai sebuah buku agama. Ia lebih kepada buku motivasi Islamik. Kalau cakap buku agama, rasanya ramai yang tak nak baca. Takut nak baca sebab dia tau kesalahan yang dia buat. Jadi dia tak nak terima kebenaran atas kesalahan yang dia telah lakukan. Umat Islam kini memang begitu…


