Terakhir Buatku

Ini adalah entri terakhir buat aku dalam blog ini. Bukan ekspresi rajukan diri, cuma bebanan blogging semakin banyak untuk aku urus dengan lebih fokus. Jadi blog ini akan berkubur untuk beri nyawa kepada blog aku yang lain.

Semalam aku perasan kat Google toolbar yang Google PR blog ini jatuh dari 2 kepada 0. Aku check di sini juga 0. Takpelah. Tiada erti pun walau blog ini mendapat PR 10. Ia tetap subdomain orang lain.

Sebelum ni aku cadang nak tukar theme yang lebih personal gayanya. Tapi aku bermasalah dengan FTP. Atau FTP yang bermasalah dengan aku? Tak kisahlah, pokoknya aku tak dapat nak upload theme baru tu. Error in connection katanya sebaik saja proses untuk paparkan file list. Dah adu kat Adlina minggu lepas, tapi dia diam membisu seribu perkataan. Sibuk tugasan agaknya; blog dia lama dah tak update.

Sebagai yang terakhir, aku ingin lagi melalut tanpa tujuan di blog ini. Teringat waktu baru mula blogging di sini. Entri pertama dan kedua adalah entri paling happening aku rasa. Yelah, dapat rumah baru sape tak gumbira ye tak? Fresh² lagi. Tapi itu dulu. Makin lama makin lain pulak gaya bahasa. Asalnya nak melalut habis, tapi tak jadi. Terkadang skema, terkadang merapu, terkadang ntahapahapantah. Penangan daripada baca blog orang lain agaknya. Aku ni duplicator. Mudah tiru orang lain. Tapi aku tak pernah tiru dalam final exam haha. Kecuali ujian² biasa, sekadar nak carry mark tinggi. Aku student yang normal.

Malam di KL

2 hari lepas aku bawa Kimi dengan 2 orang kawannya jalan² KL. Singgah KLCC melihat bulan separuh di puncak menara. Sungguh cantik pemandangan dari bawah KLCC mendongak ke langit tanpa bintang, hanya bulan menyinari alam. Lucunya, lepas aku dan Kimi snap gambar bulan, barulah orang lain keluarkan kamera dan handphone masing² untuk ambik gambar. Tak perasan barangkali malam itu sungguh indah.

Aku melihat sekumpulan budak sosial yang melepak di depan KLCC berhampiran dengan tangga LRT. Laki pompuan bergaul seakan usia 4 tahun. Jangkaan aku diorang dalam lingkungan 13 atau 14 tahun. Pakaian si pompuan hanya berseluar pendek paras suku paha dengan sweater besar. Sungguh hodoh pandangan mata aku. Paha pulak kecik, sah² budak sekolah. Yang lelaki macam biasa, bertopi. Ada yang main gitar. Ada yang cuba² buat breakdance. Impian nak jadi b-boy agaknya. Oh ye. Waktu tu dalam pukul 11 malam. Entah pukul berapa diorang nak balik rumah.

On the way nak balik, aku trapped dalam trafic jammed kat Bukit Bintang. Alang² kat situ, sempat jugaklah tengok kelibat orang yang baru nak pergi club, mak nyah tengah menunggu ‘rezeki’, kereta² mewah yang aku tak pernah tengok depan mata, pakaian si gadis yang menjolok mata; lebih daring dan hawt. Minah saleh lebih sopan dan santun daripada Melayu. Macam² 1001 pemandangan malam tu. Malam lain entahlah apa yang ada. Aku memecut ke UIA untuk hantar Kimi and da geng.

Sultan Tipu

Semalam waktu lunch hour datang 2 orang Pakistani ke ofis. Yang sorang tu fasih speaking, kelu lidah aku dibuatnya untuk balas balik cakap omputih dia. Aku sendiri tak paham apa aku cakap, tapi dia paham.

Kedatangannya disambut mesra oleh aku. Dia masuk ke ofis. Lepas berjabat tangan yang fasih speaking tu persilakan aku duduk. Aik, tetamu yang suruh tuan rumah duduk? Dia keluarkan satu naskah buku, portfolio atau proposal mungkin. Owh, dia nak cerita panjang lebar rupanya. Dia terangkan yang dia buka satu madrasah mengajar agama kepada anak² Pakistan di Jitra. Aku teliti nama pembangun madrasah tersebut, ada 4 orang. Salah satu yang aku ingat, Sultan Tipu. Tanda soal bermain dalam kepala. Sape pulak yang menyamar jadi Sultan ni?

Jadi kedatangan diorang ke ofis adalah untuk meminta ‘duit raya’. Lepas bagi 3 cawan air sejuk (yang tak fasih speaking tu kuat minum), aku hulurkan seberapa yang mampu. Tangan dijabatkan lagi sebelum diorang melangkah pergi. Yang tak fasih speaking tu sempat tanya nama aku. Lepas tu cuba untuk eja pulak. Nama aku cuma Adi. Tak perlu eja panjang². Dia bagitau nama dia Sultan. Owh, dia rupanya Sultan Tipu. Haha, hatiku gelak kecil.

Bau

Ahad lepas aku naik LRT dari Stesen Putra menuju ke KLCC untuk berjumpa dengan si dia. Selalunya dari Stesen Putra tak ramai yang naik, jadi aku dapat duduk di tengah² dua orang lelaki dalam lingkungan seusia dengan aku. Sebelah kiri, cukup bergaya kemeja dengan spek hitam tutup penuh mata. Sebelah kanan agak sempoi. Aku? Fesyen tengah² antara diorang. Persamaan kitorang, semua pakai jeans biru yang season sikit² kat paha.

Sampai satu stesen, agak ramai yang masuk. Aku tengok gaya rambut sorang amoi yang pelik. Ekor ayam serama jauh lagi cantik daripada fesyen rambut amoi tu. Pulak tu, mimik muka yang macam baru bangun tidur dan tak mandi. Skirt paras lutut, kasut berstokin paras buku lali. Tak lalu aku nak tengok.

Berdiri membelakangi aku juga sorang amoi tapi lebih sopan dan tak terlalu bergaya. T-shirt putih ketat dengan jeans biru. Pikul beg galas merah melepasi punggung. Tengah main sudoku sambil berdiri. Minat yang bagus. Cuma tak enaknya, dia kangkang agak luas.

Seketika kemudian, gas ammonia bercampur sulfur menusuk hidung. Biasa aku buat, tahan nafas seberapa lama yang boleh. Si macho bergaya kat sebelah dah gosok² hidung tanda kurang selesa. Yang sempoi pulak tengah tidur. Jadi sah bukan kami bertiga. Selalunya yang melepaskan gas tu buat² tiada apa yang berlaku atau buat² sibuk hal lain. Ataupun mata melilau cari orang yang perasan gas lepasan dia. Atau, tuduh orang lain haha.

Aku dapat tangkap ada 2 orang dalam kategori pertama dan ketiga. Tapi mungkin jugak yang sebelah ni buat² tidur lepas ‘terlepas’. Chet.

Shopping Jogathon

Ahad lepas lagi. Aku dan si dia keluar bersama. Tempat pertemuan, KLCC. Survey TV LCD dengan alat² moden yang lain. Paling teruja, peti sejuk yang 5 kali lebih moden daripada kat rumah. Harga, fuhhh…RM4K. Tengok je, bukan nak beli pun haha. Maybe one day.

Tengok buku² menarik kat Kinokuniya. Banyak buku best tapi sayang nak keluarkan duit sebab fikir boleh download je buku² Adobe Flash CS3 Pro. Sampai hari ni aku tak dapat lagi download. Si dia belek² koleksi buku Men from Mars, Women from Venus. Kami saling usik-mengusik bila kandungan buku tersebut terkena diri masing². Lepas tu kami melangkah keluar Kinokuniya tanpa beli apa².

Tengah hari itu lunch McD dan makan ABC Special kat Sogo sambil tengok ulangan badminton saluran Astro. Kemudian, cari baju pujaan tapi tak jumpa. Kesian si dia layan aku yang cerewet pasal pakaian. Itu tak kena, yang ini singkat, yang itu warna tak sesuai. Nampak dia penat dengan karenah aku, tapi dia sabar huhu. Aku nak belikan dia sesuatu tapi tak nak.

Balik ke Stesen Putra bersama. Naik DAR, terus ke One Utama, Bandar Utama Damansara. Ramai betul manusia di OU. Apa yang boleh aku katakan tentang OU; sesat, besar dan tak sistematik. Agak pening nak cari jalan. Guna touch screen map nak cari surau, tapi takde. Serius, memang takde. Kami ke Jusco, kot² ada surau kat situ. Takde jugak. Tanya guard, kat atas katanya. Alhamdulillah, ada. Luas dan selesa. Tak macam sesetengah surau kat shopping complex yang berbau hapak.

Penat pusing, akhirnya singgah kat butik Giordano buat kali kedua. Aku cukup puas hati dengan pilihan kami bersama. Untuk pakaian, wang bukan masalah. Yang penting kualiti dan kepuasan.

Hantar si dia balik kolej. Sesampainya aku kat rumah, buat kira² belanjawan harian; rutin biasa setiap malam. RM246 habis digunakan dalam sehari.

Akhir Kalam

Ini yang terakhir. Aku akan ‘hantar surat’ kepada Adlina di New Zealand untuk hapuskan akaun blog ni. Aku tetap terus blogging, tapi bukan di sini. Banyak komitmen lain perlu aku fokus. Kemungkinan besar aku akan berhenti kerja di Gombak, balik ke kampung menjadi penganggur di mata orang, tapi tidak untuk diri sendiri. Rasanya cukup pengalaman yang aku dapat di sini.

Aku juga memohon pekerjaan lain yang lebih baik dan berlandaskan apa yang aku belajar. Ikut nasihat orang dan juga bakal mertua. Untuk masa depan yang lebih terjamin. Aku ingin memiliki keluarga, rumah gaya moden dan sebijik RX-8. Dulu mengidam Civic Type-R Gen 8, tapi kata Kimi Honda dan Toyota di Malaysia dijual terlalu mahal degan spec yang kurang. Mungkin beli motorsikal sebijik cukup buat pergi kedai beli sayur.

Seperti aku kata dalam entri pertama, blogging adalah tempat aku memperbaiki diri. Rasanya banyak eksperimentasi aku dapat daripada blog ini. Dengan entri yg ke-90 ini tamatlah sudah arena blogging aku di sini. Aku mempunyai banyak projek lain yang lebih serius. Salah satunya berkaitan dengan blog. Tapi aku tak pasti bila dapat launch. Harapnya dalam masa terdekat.

Kalau ada apa², boleh keep in touch di friendster. Salam semua. Ukhwah Fillah Abadan Abada =(

RSS feed | Trackback URI

14 Comments »

Comment by Extremist Thinker
2008-10-14 13:08:57

mula2. kasik backup ini xml. pastu baru hapus. hehe. citer yg panjang. huhuhu! tp akoo bc dr a-z sbb syok. jom la join akoo jd pekebun tua yg tegar. awek auckland tue awek ko ke? haha!

Comment by Adi
2008-10-14 16:59:53

hoho.thx la ET baca dr a-z.
sbb ni yg last, jd aku mengarut pjg2 haha. x puas lg tu :)

jd pekebun? orait jugak tu bro. leh kuar peluh haha.

dia skang kat auckland.
ahad lepas aku keluar dgn dia kat KLCC.
x ke mustahil tu eheh.

 
 
Comment by qider
2008-10-15 12:05:55

ehemm..pape keep me updated yer..sbb ko adalah pioneer aku dalam berblogging,atau istilah kat opis aku ni,ko lah yg telah meracun aku utk start blogging.. :ciao:

Comment by Adi
2008-10-15 15:43:18

haha. kalau aku racun, hg carilah penawarnya ;)

 
 
Comment by aNiS
2008-10-16 12:21:27

huhuhu lau ni entry terakhir….kat mane lg la nk lepak lps nie….mesti rindu sgt lps nie huhuhuh

Comment by Adi
2008-10-16 18:25:23

huhu…jgnlah cenggitu.ada tmpt len :beurk:

 
 
Comment by menteil
2008-10-17 19:49:37

boleh la masuk contest aku..
mana tau dapat rumah sendiri nanti..
hehe..
:bloody: :bloody:

Comment by Adi
2008-10-18 14:21:21

eheh..insyaAllah. bleh diusahakan :) :8

 
 
Comment by chokilala
2008-10-18 15:08:46

ala.. kenapa nak stop plak? bes pe gaya penulisan kamu. jgn la stop =(

Comment by Adi
2008-10-21 15:02:06

tak kira..nak stop jugak hahaha :p

 
 
Comment by humbleandmodest
2008-10-20 00:15:27

huhu…
post terakhir?????
ko jgn lupe bgtau blog ko..
buley aku tukar link yg sedia ada….

Comment by Adi
2008-10-21 15:01:36

insyaAllah…
kalau ada eheh :)

 
 
Comment by naughtyprop
2008-10-28 10:26:18

ala…sudah mo tutup ke? xnak buka lg? kat mana2 ke..
pape hal t btau ek.

(alahai, pasni nak lepak mana jela…)

Comment by Adi
2008-11-03 08:52:27

tgh pk2 jugak eheh

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post