Sudikah Kau Mengahwiniku?
Posted by Adi on
May 23, 2008
Hehe. Bukan Adi yang dah nak kawen. Lambat lagi kot. Saje buat tajuk camtu, takde idea nak letak tajuk.
Cuti sekolah dah bermula. Apa lagi yang sinonim dengan cuti sekolah kalau bukan kenduri kawen. Dalam sisa² bulan Mei ni sampailah awal bulan Jun nanti banyak betul orang terdekat dengan Adi yang dah nak kawen. Baguslah, alhamdulillah diucapkan, dan tahniah juga kepada diorang semua. Semoga perkahwinan diorang diberkati Allah dan berkekalan selamanya, amin. Ini tarikh² undangan kahwin Adi setakat hari ni:
17 Mei 2008
Kak Wardah & Rasdi. Tak sangka korang bersatu di bawah masjid yang sama. Dua² ni senior Adi setahun. Dua² adalah mantan MT Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE). Dua² adalah mentor kepada Adi masa Adi jadi MT dulu. Korang pun ikut jejak langkah Cik Wan ngan kak Wahidah rupanya. Semoga berbahagia hendaknya. Cantik kad undangan kawen diorang yang sampai ke rumah Adi sebelum Adi balik kampung hari tu. Tengoklah…

25 Mei 2008
Sepupu Adi, abang Yie akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal isteri yang solehah. Adi tak kenal bakal isteri dia tu. Daripada yang Adi dapat tau, bakal isteri dia pakai purdah. Alhamdulillah, sejuk telinga mendengar
Sesuailah dengan karakter abang Yie. Abang Yie ni keje sebagai tok siak. Kerja yang mulia.
31 Mei 2008
Ada 3 pasangan akan kawen dalam tarikh ni. Pertamanya, kawan sekampung iaitu Fariman. Kecik² dulu rasa macam sebaya je dengan Fariman. Bila dah besar ni barulah Adi tau rupanya antara kitorang ada jarak umur yang agak jauh. Takdelah sampai 10 tahun eheh, tapi jauhlah jugak. Tak pasti berapa tahun dia hidup lebih awal daripada Adi. Ni kes undangan mengejut ni, tup² je dah nak kawen. Itupun Adi tau daripada ma Adi, bukan dia huhu.
Kedua adalah kawan lama Adi masa sekolah rendah dulu, Shekay. Tak sangka dah nak kawen rupanya dalam usia 24 tahun. Masa sekolah rendah dulu senang je nak tau dia datang sekolah ke tak. Kalau tak dengar suara dia yang kuat tu maknanya dia tak datanglah hehe. Shekay, jangan mare arr
Semoga menjadi isteri mithali.
Ketiga, Faizul a.k.a CyberPhreax. Ex-housemate Adi masa Tahun 1 ni, sama² menginap kat rumah No. 8, Jalan Melewar 2, Taman Melewar, Parit Raja. Haha, ingat lagi tu alamat rumah. Dialah yang banyak ajar Adi tentang Flash ngan buat website guna Dreamweaver. Banyak Adi belajar daripada dia. Tua 4 tahun daripada Adi kalau tak silap, tapi perangai rasanya muda 4 tahun daripada Adi muahahaha
Phreax, tahniah atas pernikahan ko dengan orang Bachok. Dekat je ngan rumah Adi.
1 Jun 2008
Adilah. Erk, ia adalah satu nama, bukan Adi nak bagitau yang Adi akan berkahwin (Adi la) hehe. Adilah ni adik kepada abang Yie merangkap sepupu perempuan yang tak pernah bercakap pun dengan dia. Malu, sebab dia anggun sangat macam datin. Bukan datin yang terlebih makan. Macam kak Siti kita la lebih kurang Adilah ni hehe. Baru je abis belajar dalam bidang Ilmu Wahyu kat UIA. Terkejut gak tiba² je dengar dia nak kawen. Baru nak rapat tapi dah nak jadi isteri orang. Seganlah nanti nak tego kalau dah kawen huhu. Sejuk bakal suami dia dapat memperisterikan Adilah yang sopan, ayu dan muslimah ni. Murah senyuman sokmo. Semoga dia dapat menjadi isteri yang solehah.
Lain²…
Ada lagi yang lain tapi tak ingat tarikh bila. Yang lain² tu undangan majlis kahwin daripada orang sekitar sini. Al-jawabnya bulan ni kenyanglah perut dengan daging lembu hehe. Habeslah, naik darah gamaknya.
Sebelum mengakhiri posting hari ni, ada satu perkataan Kelantan yang digunakan dalam kenduri kawen yang sampai skang Adi tak tau kat negeri lain sebut apa. Perkataan tu adalah ‘ngele’. Maksudnya, bagi duit kat tuan rumah masa datang ke majlis kawen tu. Selalunya tuan rumah yang kurang berada yang selalu buat macam ni. Yang dah kaya raya tu tak buatlah, apa pulak orang cakap nanti. Tak pasti kat negeri lain buat tak amalan ni. Ada tak kat negeri korang? Kalau ada, panggil apa ek?



on my way….
hohoho~
humbleandmodests last blog post..Musim durian hampir tiba?
hoho..jgn lupa ajak aku walaupun aku maybe xdpt dtg
Adis last blog post..Sudikah Kau Mengahwiniku?
alamak adi..ceta pasal kenduri kawen ye?kawen ni hanya membuatka aku seram sejuk je tau..huii..
qiders last blog post..Reading and Al-Quran
aku pun seram sejuk gak
Adis last blog post..FIFA Street 3 - Acrobatic Soccer
mana aci tiru,tak aci,tak aci..aku doa cepat2le mr. green spot aku tu kawen,bleh aku blah dari kompeni ni cepat2..

qiders last blog post..Reading and Al-Quran
awat lak ngan mr green spot hg tu? hg nak keja kat mana lak? apa kata kita keje kat tempat baiya kat penang? payid pun dgr kata apply situ. aku pun dah dihasul baiya keje kat situ eheh
sbb dia tak kawen lagi la aku jdkan dia green spot aku daa..kompeni ape weh?aku nak join,bleh balik utara..yea yea..
qiders last blog post..
oo camtu ka hehe.
kilang wat meter kete.
baiya ckp keje ok x tensen.
kompeni bg task, buat sampai siap tu je.
lg 1..mudah g outstation oversea
Adis last blog post..FIFA Street 3 - Acrobatic Soccer