Speed Trap Pulak Dah
Posted by Adi on
April 5, 2008
Habis je present PSM, esoknya Adi rasa nak balik kampung kejap nak release segala benda yang menyendatkan kepala Adi ni terutamanya pasal PSM. Nasib baik gak progamming jadi last² minit. Kalau tak, entah apa la yang panel suruh buat nanti. Kesian member² lain yang projek tak jadi. Ada yang kena suruh extend la, bagi tempoh seminggu lagi la, ada jugak yang nak dapat D daripada extend 1 sem lagi semata² buat PSM. Alhamdulillah PSM Adi ok.
So, esoknya yakni pagi semalam Adi drive sorang² balik kampung. Toksah cakaplah dia punya ngantuk macam mana. Drive sorang² ni sangatlah memboringkan, lagi² perjalanan sejauh 600km. Macam² lagu Adi nyanyi. Ku Di Halaman Rindu, Iris, Lagu Untukmu, Teratai, lagu Ahmad Albab pun Adi nyanyi hehe. Suara jadi serak² basah pastu, tapi sesuailah nak nyanyi lagu rock dengan penuh perasaan dan perasan haha.
Lebih kurang pukul 5:30 petang kat Jerteh. Masa tu kat highway Jerteh. Highway la kot, jalan panjang, luas, cantik dan lebar. Masa tengah syok pecut dengan DAR tu, rasa hati tak tenang. Macam akan kena speed trap. Selalunya tak pernah kena kat situ. Baru je tengok sorang student PSM present projek dia pasal speed trap detector guna SMS. Dia present sebelum Adi. Hebat jugaklah projek dia. Cuma kelemahan dia, SMS tu akan terus dihantar tak henti². Tak laratlah nak topup nanti huhu.
Adi ingat nak cucuk mana² kereta yang sama laju dengan Adi. Tujuannya, supaya alat untuk kesan kereta melebihi had laju tu tak nampak plat kereta Adi. Tapi takde mangsa pulak. Adi pun drive la macam biasa. Nak sampai kat pintu gerbang Selamat Datang ke Kelantan, ada la dua tiga orang polis trafik buat sekatan. Adi check seat-bealt, pakai dah. Rasa boleh lepaslah. Sekali dia hayun bendera merah tu kat Adi suruh berenti tepi huhu. Terpaksa berenti kat depan pintu gerbang tu sebab banyak kereta dah kena tahan.
Adi keluar dari kereta dengan machonya buat² blur macam takde kesalahan. Sorang polis datang lalu berdialoglah kami berdua di bawah pintu gerbang Che Siti Wan Kembang…
Polis: Bakpo belakey hitey? (Kenapa belakang hitam?)
Adi: Keno teppuh ore. Lamo doh. (Orang langgar)
Polis: Kawase 90 deh, bawok 106. Kijo mano? (Kawasan 90 km/j, bawak 106 km/j. Kerja mana?).
Adi: Johor. (Alah, sikit je pun berkira.)
Polis: Kijo gapo? (sambil tulis surat saman)
Adi: Engineer (dalam hati la hehe). Student.
Polis: Kelik cuti la ni? (Balik cuti la ni?). 300 deh (sambil hulur surat saman)
Adi: (macam jual beli pulak) A’a. Balik kejap. Takleh buat rayue ko? (Takleh buat rayuan ke?)
Polis: Boleh. 150. Tapi tokleh buat kat Kelate atau Johor. Kat trafik Jerteh.
Adi: Ok takpo.
Nak menyaman orang baik pulak pakcik polis ni dia punya bahasa. Kalau tak, macam nak telan orang je dia soal. Start je kereta, mesej ma sampai. “Dok mana dah bawa slo slo”. Aisey, terlewat sikit la ma. Adi balas, “Duk Jerteh. Baru sain surat saman :D” Dengan icon senyum sekali tu hehe.
Terbang camtu je RM150 huhu. Ni saman speed trap yang ke-4. Mula² kat KB, Melor, Bentong. Kat Parit Raja pun kena tapi bukan Adi yang drive. Kawan pinjam. Pukul 1 pagi lak tu. Tapi Adi tak bagitau dia la dia kena saman. Terbang 300 sebab orang lain punya kesalahan huhu.
Lain kali Adi nak cucuk je mana² kereta macam yang selalu Adi buat. Sebab tu tak pernah dapat saman sebelum ni. Memang takde rezekilah kot semalam. Adi sampai rumah dalam pukul 6:30. Kalau kira² masa perjalanan, lebih kurang 9 jam setengah lepas tolak sejam berenti solat Jumaat kat Masjid Geliga kat Chukai. Awal setengah jam. Selalunya ngam² 10 jam. Laju rupanya. Padanlah kena saman hehe



wah dh sapa kelate huhu..
anis’s last blog post..Antara Sombong..Bongkak..Angkuh dan Takbur ..
hehe..jgn sedey2 ek.nati leh balik gak
Adi’s last blog post..Speed Trap Pulak Dah
abg, adeq ade cara nk kurangkan saman RM150 tu. Hari tu adeq kena gak saman RM300 but bila minta rayuan adeq bayar RM40 je. Nanti dlm slip rayuan tu, tulis je ’saya seorang pelajar yang masih menuntut di ______’ i think u shud get less than RM150. Ape2 pun, just give it a try
who knows it might work on u.
eh ye ke? ala…abg dh byr dh. bleh ek wat camtu? xpe..len kali kalau kenaleh cuba hehe
Adi’s last blog post..Lagu Dari Penjara