Siaran Laluan Trafik Kurang Relevan
Posted by Adi on
September 23, 2008
Bermula Jumaat ni Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) akan menyiarkan keadaan trafik terkini pada masa nyata dengan kerjasama RTM1 untuk pengguna yang merancang perjalanan balik ke kampung. LLM juga akan cadangkan waktu perjalanan paling sesuai kepada pengguna untuk keselesaan perjalanaan.
Bagi aku, ianya kurang relevan. Cadangan untuk memantau dan memberitahu pengguna jalan raya tentang keadaan trafik semasa memang bagus, cuma yang aku kurang setuju adalah penyiarannya di TV.
Adalah lebih baik kalau disiarkan di radio. Hanya peratusan kecil saja kenderaan yang mempunyai LCD. Majoriti kenderaan dilengkapi radio, jadi penyampaian melalui stesen radio lebih berkesan. Siaran melalui TV hanya untuk pengguna yang belum lagi mula bertolak balik ke kampung. Dijangka bermula Jumaat malam nanti ramai yang sudah mulakan perjalanan untuk elakkan kesesakan yang pasti pada hari Sabtu, termasuklah aku.
Setuju dengan pendapat aku?



erk!? siaran di TV. siapa jer yang ada TV dalam kereta!? kan lebih bagus update trafik melalui radio?
kadang-kadang ada perkara yang tak relevan langsung difikirkan oleh orang yang kununnya bijak pandai huhu.
megats last blog post..Berehat Seketika Dan Nikmati Kehidupan Yang Indah!
itulah pasal
erm..radiopun ok tv pun ok..internet pun ok..melalui sms pun lagi ok..subscribe untuk sebulan laluan hari2..kekekeke
catzers last blog post..Hari Raya Dan Video Petronas
semua ok nampaknya eheh. cdgn sms tu bagus jugak. tp make sure coverage pun ok