Seorang Kucing, Seekor Manusia

Kenapalah manusia yang dikurniakan akal sengaja tidak menggunakan akalnya yang sangat berharga itu? Kenapa sifat simpati dan kasih manusia yang tersemat sejak azali sengaja dikikis dan dibiarkan padam dalam diri? Kenapa naluri kemanusian itu dibiarkan martabat dan maruah menjadi lebih rendah daripada seorang haiwan? Kenapa semua ini berlaku?

Adi sedih melihat perilaku seekor manusia pada waktu malam sekitar pukul 9, saat Adi tekun menelaah pelajaran yang terlalu banyak teorinya. Pandangan Adi pada mulanya melihat kepada seorang anak kucing yang suka mengikut orang yang baru balik dari kuliah. Tak kira lelaki atau perempuan, kucing itu akan mengikut sampai suatu tempat dan kembali ke tempatnya semula. Tapi hati Adi sedih bila seekor manusia ini menghampiri anak kucing tersebut. Anak kucing itu menggesel-geselkan badannya di kaki manusia itu, ingin bermanja. Sesaat dua manusia itu biarkan, dan kemudian menolak anak kucing itu ke dalam parit dengan kakinya yang busuk. Mujur parit itu kering kontang.

Seketika kemudian, anak kucing itu naik kembali dan bergesel-gesel lagi di kaki manusia tersebut. Kali ini manusia itu menolak lagi anak kucing itu ke dalam parit, seolah-olah gembira dengan perbuatannya itu. Langsung tidak hiraukan anak kucing yang tak berdosa itu, sambil tangannya menekan punat telefon bimbitnya. Seekor manusia yang tiada peri.

Tidak kasihankah terhadap anak kucing itu? Mahupun anak kucing itu tidak meraung kesakitan akibat terjatuh ke dalam parit, tidak bermakna ianya tidak merasa sakit. Mungkin anak kucing itu terkena ranting-ranting kayu atau duri-duri semak yang ada dalam parit kontang itu. Tapi anak kucing comel itu tidak meraung kesakitan, malah naik semula untuk bermanja dengan manusia. Kalaulah kucing boleh bersuara manusia…

Kebetulan Adi baru baca Mastika keluaran Mac 2008. Adi tertarik dengan satu tajuk cerita, Abang Malu Dengan Binatang. Ingin Adi kongsikan satu keratan dalam cerita tersebut:

Ogos adalah nama seekor kucing yang pada suatu malam aku selamatkan dari mati terbunuh. Ia dalam keadaan sangat kecil. Terkepung di jejambat Mahameru antara kelajuan serta ribut mobil yang tak pernah mengenal ampun.

Adi teringat satu berita tak berapa lama dulu, seorang anjing menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan di kawasan pembuangan sampah. Sungguh mulia hati anjing itu. Hatinya tidak sebusuk manusia yang sanggup tinggalkan anaknya sendiri dan menganggap anaknya tiada beza dengan sampah.

Lama dulu Adi pernah dapat satu emel berserta gambar. Beberapa gambar seekor wanita Jepun yang memijak mata anak kucing dengan kasut tingginya. Riak wajah puas dan gembira terpapar melihat mata anak kucing terbonjol keluar. Layakkah dia digelar manusia? Mana hilangnya perikemanusiannya? Manusia seperti ini patut ditinggalkan sebatang kara di sebuah pulau terpencil. Atau dihumban ke hutan Amazon, biar dimakan haiwan buas.

Janganlah hanya menyayangi diri. Sayangilah seluruh yang ada dalam bumi ini.

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by anis
2008-02-23 13:52:38

huhuh senpai…maybe diorg xtau cerita yg seorang perempuan yg amal die bnyk, tp dia masuk neraka kerana slalu menganiaya binatang, kucing lau xsilap..dan seorang perempuan yg ‘jahat’ masuk syurga kerana memuliakan binatang…
kuceng tue kan makhluk ALLAH jugak…tiada beza dgn manusia..kecuali kita dikurniakan akal dan mampu bersuara…

 
Comment by Adi
2008-02-23 16:59:24

a’a. sememangnya dia tak tau langsung pasal kisah tu. sememangnya dia takde belas kasihan langsung dlm dirinya. kisah wanita jahat yang memuliakan binatang tu patut dijadikan panduan dan ikutan

 
Comment by qider
2008-02-25 10:32:07

aku yang dok marah2 kuceng kat umah pon mintak maap balik kat dia..ni main tendang masuk longkang pulak..tak patut betul..kalau rasa dia menganggu,blah la awai2..nanti kuceng tu mintak kat Allah,baru padan dengan muka,tapi time tu pintu taubat dah ditutup..huh!seekor manusia..

p(^_^)q
gambaru!

 
Comment by Adi
2008-02-25 12:01:55

ya..seekor manusia!!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post