Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 Malaysia
Posted by Adi on
August 30, 2008
Kurang terasa kehangatan Malaysia nak merdeka walaupun lagi esok lusa dah nak 31 Ogos 2008. Rasanya bukan disebabkan 1 September dijangkakan umat Islam mula berpuasa. Mungkin pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada kemeriahan merdeka yang selalunya disambut dengan gahnya setiap tahun. Bendera pun tak banyak dikibarkan di setiap kenderaan. Di sini tiada satu pun kereta yang terpacak Jalur Gemilang setakat mata aku memandang. Namun masih ada rakyat yang begitu gembira menyambut merdeka seperti di Melaka yang mengecat atap rumahnya mengikut bentuk Jalur Gemilang. Terima kasih kepada beliau.
Rancangan tv pun rasa² aku tak banyak yang menyiarkan tentang merdeka seperti kebiasaan. Mungkin ada tapi aku tak sempat menonton. Aku cuma menonton tv bermula 8 malam hingga 11 malam. Kalau dulu 2 pagi masih lagi terasa awal nak masuk tidur, sekarang ni 11 malam pun dah rasa lewat.
Kepada rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51.



selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke 51!
megats last blog post..Bajet 2009, Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat?
selamat menyambut kemerdekaan Malaysia kembali
kurang prihatin…
itu yg boleh aku katekan…..
kt utm ni aku pon blom nampak lagi student kibarkan bendera….
btw..
selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke 51…
perpaduan teras kejayaan…
humbleandmodests last blog post..Berdiri Kembali | Perpaduan Teras Kejayaan
layu sket rasanya tahun ni kan
Adis last blog post..Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 Malaysia