Pontianak dan Orang Minyak
Posted by Adi on
April 25, 2008
Hooray!! Bebas!! Ingat lagu Bebas yang kumpulan…kumpulan apa ek? Kalau korang ingat korang nyanyilah sendiri. Adi tak ingat dah lagu tu..zaman kanak² ribena time tu hehe.
Pagi semalam tamatlah sudah paper paling last untuk final exam dalam tahun pengajian terakhir Adi kat UTHM ni. Lepas ni tak tau lagi nak sambung ke tak. Rest dulu, pastu keje. Dah puas keje, baru fikir nak sambung belajar. Perancangan tu ada, tapi jadualnya tak tau bila.
So what’s next? Siapkan tesis!! 11 pagi tadi baru hantar draf tesis kat penyelia. Sepatutnya hantar semalam, tapi terlewat sikit je sebelum dia balik. Isnin ni dia bagi balik sama ada dah ok ataupun kena betulkan lagi. Kalau dah ok, hari tu jugak Adi hantar untuk jilid. Esoknya dah boleh hantar kat fakulti. Seterusnya, dah boleh balik kampung ho ho yeah!!
Mesti korang tertanya² apa kaitan dengan dah habis belajar dengan tajuk pontianak dan orang minyak? Aha, ni nak habaq mai neh. Mungkin korang dah tau, mungkin jugak tidak. Dalam Harian Metro baru² ni (tak tau bila), kawan Adi, Wan namanya ada bagitau berita pasal orang jumpa pontianak tengah menangis kat Melaka. Betul ke tak berita tu, entahlah. Yang bestnya, Adi ada video pontianak (138) tu. Download je, free Adi bagi sempena hari merdeka untuk diri sendiri eheh. Tapi ada password. Saje ngada² nak letak password. Nak tau password? Kena baca lagilah.
Dah download pontianak tu, korang kena tengok dengan kepala sendeng ke kanan. Tukang amik video tu guna kamera hanset gamaknya, lenguh kepala. Nak terbalikkan monitor pun boleh jugak eheh. Tak taulah pontianak betul ke atau main². Tapi ngilai (atau tangisan) pontianak tu agak menyeramkan jugak. Rasanya Adi kena tanya sorang kawan Adi kat Banting yang pernah dengar pontianak mengilai. Orang kampung dia berdoyan² nak tangkap pontianak tu, macam pesta lak katanya. Tangkap buat bini kot, kan orang kata bleh jadi pompuan cantik. Haha..yela tu. Oh ye, passwordnya adalah adimelalut . Tanpa noktah, sebab tu Adi jarakkan noktah tu takut korang copy sekali ngan noktah, pastu bebel plak Adi bagi password salah huhu.
Satu lagi video Adi nak bagi, pasal orang minyak kantoi (79). Lokasi tak tau kat mana. Sensored bagi pompuan. Paham² ajelah, orang minyak mana ada duit nak beli baju ngan seluar. Cukup sekadar seluar dalam bundle je. Habis kena bantai orang minyak ni. Padan jugak muka dia.
Sebut pasal orang minyak, Adi dengar kat UPM dalam bulan lepas rasanya ada student kena rogol dengan orang minyak. Kesian student tu. Entah macam mana hidup dia lepas ni. Teruk kalau dia dapat penyakit kemurungan. Lagi teruk kalau dia fikir dunia dah tak bererti bagi dirinya, mungkin akan amik jalan singkat untuk tamatkan riwayat dirinya. Apa² pun semoga dia tabah hadapi dugaan. Kepada perempuan² di luar sana, berhati²lah memandu…memandu diri anda ke jalan yang betul agar dapat elakkan diri daripada orang minyak durjana ni. Kalau kita jaga perilaku, akhlak, iman, insyaAllah musibah tersebut takkan menimpa kita. Kita?? Pompuan jelah eheh
Oh ye, password video orang minyak kantoi (79) ni pun adimelalut . Selamat menonton




yeah!!!! dh bebas!!!!

anis’s last blog post..Kahwin Orang miskin & Kahwin Orang Kaya
owh yer…lagu bebas tue..kumpulan KOOL yg nyanyi…bestt
anis’s last blog post..Kahwin Orang miskin & Kahwin Orang Kaya
a’ah..kool. lupa lak hehe. kumpulan orang orang lelaki
Adi’s last blog post..Pontianak dan Orang Minyak
Aku tak berani nak download video pontianak tu. Just download yang orang minyak tu je. Hu3.
uiks. xde apelah fauzi..x takut mana pun eheh
Adi’s last blog post..Pontianak dan Orang Minyak