Kerja Memalaskan Aku
Posted by Adi on
August 28, 2008
Pernah tak kau rasa betapa malasnya diri untuk melakukan sebarang kerja? Pernah tak kau rasa alangkah seronoknya hanya duduk di atas sofa L menonton movie sambil mengunyah jajan? Pernah tak kau rasa seronoknya hidup disubsidi orang tua yang penat lelah mencari sekepal nasi untuk kita tetapi kita hanya bergoyang kaki di rumah; tidur, makan dan buat hal sendiri yang menyeronokkan.
Seronoknya kalau begitu. Tiada tekanan. Tiada paksaan. Tiada kebimbangan. Tapi hidup di dunia bukan begitu caranya. Perlu merasa pahit sebelum manis terasa. Ibarat hujan di siang hari, akhirnya timbul sang pelangi selepas ia reda. Malah manisnya lebih terasa jika kau merasai kepahitannya terlebih dahulu. Jika kau dapat merasainya, bermakna kau merasai kehidupan yang baik di dunia penuh penipuan ini.
Kerja, kerja dan kerja. Hampir sebulan aku di negeri orang, ‘membantu’ menaikkan kualiti syarikat sedangkan aku tiada diberi apa² melainkan sesuatu yang telah ditetapkan bukan pada tahapnya. Kerja makin memalaskan aku. Kerja menjadikan aku malas segala²nya. Malas untuk bersukan, malas untuk keluar berjalan², malas untuk menambah kemesraan aku dengan si dia, malah malas mencari idea untuk update blog ini. Kerja asal aku tertangguh sebulan sudah. Entah bila akan selesai, kalau aku terus di sini.
Kerja menjadikan diri aku malas. Kerja yang senang ini memenatkan mata aku. Menghadap komputer hampir 8 jam sehari membuatkan mata aku makin kuyu. Doktor pernah pesan dulu supaya kurangkan waktu dengan komputer. Tapi aku penggila komputer, apatah lagi Internet. Seolah² aku boleh hidup hanya dengan komputer dan Internet. Itulah sebab aku menjadi penat, seterusnya menjadi malas melakukan apa² selain kerja yang diamanahkan.
Entah bila aku dapat tunaikan impian aku 2 tahun yang dulu; memiliki kebebasan kewangan dan waktu kerja. Aku nampak destinasi, tapi aku takkan sampai selagi belum mula melangkah. Aku perlu membuat pilihan dengan meminta petunjuk daripada Pencipta Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Demi masa depan, yang kini aku rasakan semakin jauh dan hampir musnah.



susah juga kan kerja yang melibatkan kita berhadapan dengan komputer huhu.
klu tak kerana kerja. hobi pun dok depan komputer juga
yalah cari duit diinternet, blog, surfing dan mcm2 lg.
memang tabiat ini perlu dicutikan dari hidup sesekali.
megats last blog post..Bagaimana Nak Muat Turun Video Yang Diminati
a’a.
kalau hobi ada jugak masa merayau2 keluar lari dr komputer.
kalau keje, dh la ngadap komputer..time rehat pun nak ngadap komputer sbb dh hobi
ko pnye bahasa laen dari yg laen…
hohoo…….
humbleandmodests last blog post..Berdiri Kembali | Perpaduan Teras Kejayaan
lain ek hoho
Adis last blog post..Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 Malaysia
guna bahasa melayu surat, tapi masih sedap dibaca..huhu..aku dengki betulla,aku masih tak dapat mencapai taraf tu lagi,asik2 rojak je..
qiders last blog post..Ramadhan during my SPM year (2001)
oo ye ke.
entah nape hari tu rs nak guna bahasa baku pulak haha
Adis last blog post..Pengiktirafan Ijazah daripada JPA
kemalasan tu dh lama dirasakan.
dan skrg tgh tunggu masa dan ketika utk berubah angin.
smoga kemalasan itu dapat diubati.
(merujuk kpd diri sndiri) :|
take a break la adi!
cikyins last blog post..hari tanpa produktiviti
tgh timbang2 nak lompat tempat len.
ada 2 tempat dlm pilihan.
dlm dilema kini huhu
Adis last blog post..Peluang Menjadi Blogger di Humairah.net
tu yg sronok keje swasta..
ade byk peluang dan pilihan, tgk mana yg byk pro dari cons..
tepuk dada tanya selera
kalo keje gomen?
mmm terima la seadanya, sy yg selalu menurut perintah :cry:
cikyins last blog post..kekawan
a’a gak ek eheh
Adis last blog post..Peluang Menjadi Blogger di Humairah.net