Guru Pondan, Jangan Beri Muka

Rutin pagi aku sebelum mula kerja, buka Berita Harian Online untuk baca berita yang menarik perhatian aku. Yang politik tak baca sangat. Ikutkan nak je aku cerita pasal Saiful Bukhari yang mengangkat sumpah kat Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lepas tapi malas pulak. Masa tu aku kat sana untuk handle program motivasi dengan pelajar-pelajar seluruh Selangor. Apa yang dikatakan dalam satu blog tentang angkat sumpah tersebut bukanlah betul 100%. Aku sendiri duduk semeja dengan salah sorang saksi akuan sumpah Saiful yang banyak cerita tentang kekurangan majlis mengangkat sumpah tersebut.

Ops. Lupakan tentang itu. Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi. Pagi ni dalam Berita Harian aku tertarik dengan satu isu yang dah lama ada dalam profesion guru tapi pihak Kementerian Pelajaran baru nak ambik tindakan sewajarnya. Isu guru pondan ni dah lama aku dengar, tapi diorang yang pondan-pondan ni pandai sembunyikan kepondanannya dalam kelas. Habis kelas barulah diorang melaram habis.

Satu sekolah kat Negeri Sembilan, ada sorang cikgu lelaki ni memang tak dijangka yang dia ni pondan lepas waktu sekolah. Ini bukan aku reka cerita. Betul-betul berlaku dan diceritakan oleh orang yang rapat dengan aku. Katanya, cikgu tu bila dah pondan memang tak dapat cam wajah lelakinya. Kalau setakat lembut, itu biasa. Lelaki lembut dan pondan adalah dua makhluk yang berbeza. Lembut, tapi ada kejantanannya. Beranak-pinak jugak. Tapi pondan, hilang sifat kejantanannya walaupun dia ada apa yang orang lelaki tulen ada, kebanyakannya.

Kita kat Malaysia tak memelihara golongan macam ni. Kita bukan Amerika yang wujud satu petempatan khas untuk golongan homoseksual. Kalau disebut tentang guru pondan macam dalam berita hari ini, memang dikhuatiri akan mempengaruhi pelajar-pelajar lelaki yang bersifat lembut. Takut dari lembut terus jadi pondan. Memang wajar pihak Kementerian Pelajaran ambil tindakan selayaknya kepada golongan pondan, maknyah, bapok atau sotong ini.

RSS feed | Trackback URI

6 Comments »

Comment by anis
2008-08-19 11:42:06

hehehe kuar gak cite neh kt cni yer :miam:

tp bagus gak cdgn kementerian tue..at least,dpt memartabatkan profession keguruan neh..mcm tindakan kerajaan nie boleh menaikkan kembali taraf guru di mata masyarakat…kalau tiada tindakan tegas, alamatnya nt makin merudum lak org value harga seorang guru… :neo:

lagi 1..guru kan ‘model’ anak bangsa..lau tiada ape tindakan yang diambil utk tangani isu nie..semacam bende nie ‘dihalalkan’ ahh berlaku dlm masyarakat kita..at least, bila dh buat cmnie, masyarakat tengok kerjaya guru nie masih unggul n mulia (diterima oleh masyarakat) dan perbuatan ‘pondan n sebagainya nie’ TIDAK diterima oleh masyarakat Malaysia yg NORMAL :) :8 :ciao:

jadi, sy..menyokong saranan saudara adi agar kerajaan mengenakan tindakan yang setimpal kepada guru-guru tersebut..sekurang2nya..tindakan yang boleh memberikan manfaat kepada SEMUA akan seriusnya impak ‘perbuatan itu tidak ditangani’…

sekian terima kasih… :choler:
aniss last blog post..Kekalkan Hubungan Bersama yang Tersayang

Comment by Adi
2008-08-19 14:53:07

mcm berpidato pulak hehe :)

 
 
Comment by humbleandmodest
2008-08-19 22:51:07

isu yang dah lama ada dalam profesion guru….

dah lama berlaku baru nak ambil tindakan……..
bagus punya cara…
huhu…

humbleandmodests last blog post..Biarkan Mereka Gagah Perkasa

Comment by Adi
2008-08-20 10:24:54

baru perasan barangkali

 
 
Comment by megat
2008-08-20 03:17:44

sekurang-kurangnya mereka sedar akan ketirisan dalam institusi perguruan.

guru sebagai orang yang paling hampir dengan anak didik. jadi mereka perlu tunjukkan contoh yang baik kepada anak didiknya.

di luar sekolah pun klu kita jumpa guru, kita tetap panggil guru juga kan?

sebab itu guru mesti kelihatan bersih dari segalanya. peranan guru besar seperti peranan seorang ibu bapa.

megats last blog post..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan

Comment by Adi
2008-08-20 10:26:01

ada ibu bapa yg dtg skolah mrh cikgu sbb cikgu denda anak diorg. kerjaya cikgu skang ni lebih mencabar dr dulu

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post