Entri Pendek - Campur Aduk
Posted by Adi on
March 24, 2008
Projek Sarjana Muda
Adi sibuk sesibuk²nya skang ni. Tak lain tak bukan mestilah sibuk dengan PSM. Dalam jadual, 3 April nanti dah kena present. Berbuih dah mulut Adi bagitau kat junior² suruh mintak lanjutkan tarikh presentation PSM selepas final exam yakni selepas 28 April. Tapi diorang sekadar cakap je buatnya tidak. Takkan Adi pulak nak mintak sedangkan Adi hanya ‘keseorangan’. Diorang tu satu batch yang ramai.
Kenapa Aku Kalah?
Baru² ni Adi lawan badminton dengan Jenggo dalam game perseorangan. Jenggo yang tinggi lampai tu amat kuat stamina dia. Lepas satu game, satu game lagi dia main sampailah dia ajak Adi main single. Itu pun dia tak main betul². Macam² cara Adi uji tapi tak berkesan nak menang dengan dia. Cuma satu cara je yang Adi terlupa nak guna, hantaran laju shuttle paras dada. Selalunya orang yang tinggi agak lemah dengan shuttle paras dada. Tapi tak taulah Jenggo macam mana. Ada peluang nanti nak try lawan dia lagilah. Memang susah nak kalahkan bekas pemain daerah kat KL ni (kalau tak silap).
Adik Degil
Bukan adik kandung, tapi adik angkat Adi sorang ni. Kenapalah dia berubah secara drastik? Satu perubahan yang bukan ke arah kebaikan. Jelas, terang lagi nyata perubahan tu menjurus kepada kejelekan manusia sekelilingnya. Jadi buah mulut orang, tu dah biasa. Nasihat dihidang, tapi dimuntahkan semula. Dia cuma ikutkan perasaan, naluri ditolak ke tepi. Pandangan orang tak dihiraukan. Yang penting bagi dia cuma keseronokan dirinya.
Ok. Cukuplah untuk hari ni. Ingatkan pendek je, tapi terpanjang pulak haha. Tak sesuai pulak guna tajuk Entri Pendek. Biarlah. Takde idea nak letak tajuk apa. Ni pun sebab gatal tangan nak update blog. Lama tak update sebab bz dengan PSM.



ehe..macam prnh kudengar nama jenggo tuh
nama dia alhafiz ke mirez??
oho. bz ek? gud luck k?
ops, lupe lak nk gtau. akak ade cite ayat2 cinta the movie. kalo teringin nk download nnt bgtau yer?
iN :: ye kot.xigt nama betul dia.dia org KL.muka kdg2 serius,kdg2 nmpk frenly eheh.
pu3 :: wah ye ke??besar x file dia?nak donlod camner ek?
filenye dah pecah2. besar gaklah. 3 cd. tiap cd lbh krg 500MB filenya. cuma cd ke 3 100++MB jer. kalo nk download try masuk sini :
http://fr3zh-movie.blogspot.com/2008/02/ayat-ayat-cinta.html
Tak boleh donlod huhu. kat ito ni kena gam. katanya blog tu ada unsur2 pornografi pulak. sensitip sgt ah ito neh
lor, kesiannye. tgkla cemana nnt. kalo sempat bakar nnt org kirim kat dak in.