Coretan Hari Ini #1

Senyuman Palsu Shabery

Dalam surat khabar Berita Harian ruangan Rencana Kaca mata Hishamuddin Aun bertajuk “Keterbukaan pilihan Shabery perjuang pendirian kerajaan” ada satu perenggan ditulis begini, “Menteri Penerangan itu, yang terkenal murah senyum – malah ketika berdebat pun turut tidak lekang dengan senyuman”. Haha. Dari kaca mata Adi pulak senyuman Shabery senyuman sindir. Ada jugak senyuman lagak. Tidak sebetul-betulnya senyum. Mungkin dia suka lagu Senyumlah daripada Raihan yang buatkan dia tidak lekang daripada ‘murah senyuman’ walaupun senyumannya itu tidaklah seikhlas mana.

Polis New Mexico Rungkai Misteri Perpandukan Drama CSI

Sebelah ruangan Kaca mata Hishamuddin Aun ada satu sisipan ringkas kat London tentang polis New Mexico yang dapat selesaikan misteri kematian kematian seorang lelaki bernama Thomas Hickman berpandukan drama bersiri jenayah popular, Crime Scene Investigation. CSI memang best dan tak rugi luangkan masa sejam untuk tengok.

Tempah Makanan Melalui Internet

Agak mustahil untuk jual masakan panas melalui Internet, tapi MangkukTingkat.com berjaya usahakannya. Layari MangkukTingkat.com, lihat menu, tempah, kemudian bayar secara online. Mangkuk tingkat berisi menu pilihan akan sampai untuk lunch dan dinner. Adi fikir ianya sangat bagus. Guna mangkuk tingkat lebih baik untuk kekal panas daripada polisterin yang tidak mesra alam.

Peluang Mengikuti INSEP

UTHM dah buka peluang untuk mengikuti Latihan Peningkatan Kemahiran Industri Khas untuk Siswazah (lepasan ijazah dan diploma). Teringin jugak nak join tapi takde satu pun kursus yang minat. Satu-satunya Kursus Teknologi Mikroelektronik yang Adi pernah belajar dulu yang ditawarkan dalam INSEP ni. Dapat A untuk subjek Mikroelektronik, tapi cuma A di atas kertas, pandainya tak haha. Cuma tau lukis CMOS je. Kalau terrer subjek ni peluang kerja sangat besar dalam industri mikroelektronik.

Pembetulan Gambar Gedik Nabila Huda

Terbaca dalam Berita Harian hari ni, gambar Nabila Huda yang dikatakan berkelakuan tidak sopan kat Mekah tu sebenarnya bukan kat Mekah, tapi Madinah. Baju putih yang dipakainya tu bukan baju ihram, tapi pakaian biasa yang tutup aurat. Adi pun nak minta maaf sebab salah info. Ni la akibatnya kalau tak selidik betul-betul. Maafkan Adi Nabila, jangan saman Adi huhu.

Humairah (dot) Net – Blog Baru

Dari pagi sampai ke petang Adi bersengkang mata dengan kod-kod php untuk redesign Mimbo Theme supaya sesuai dengan konsep blog baru yang dinamakan Humairah (dot) Net. Blog tu adalah blog si dia, buat migrasi dari blog asal. Isi dikekalkan, cuma konsep ditukar dalam bentuk e-majalah. Buat simple-simple je dulu masa ni. Nak tukar kepada betul-betul bentuk macam majalah rasanya setahun lagi kot eheh.

Hari ni penat sampai tertidur petang (tak suka tidur petang) kat sofa ruang tamu pukul 4 lebih tadi.

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by humbleandmodest
2008-07-20 22:27:38

Senyuman Palsu Shabery:
mungkin setiap pendebat perlu melemparkan senyuman semanis mungkin walaupun secara tidak ikhlas…. :pff:

Polis New Mexico Rungkai Misteri Perpandukan Drama CSI:
aku xpernah tgk CSI….huhuhh.. :oh:

Tempah Makanan Melalui Internet:
boleh jimat minyak…
xpyh susah2 nak g kedai makan……
hohoho…. :)

Peluang Mengikuti INSEP:
aku ade dgr pasal degree ++..
ape advantage nye ekk??? :creve:
aku rase cam na amek je klau ade free…..

Pembetulan Gambar Gedik Nabila Huda:
keputusan berdasarkan pemerhatian…
hipotsis anda tidak diterima…
wakaka~ :[

Humairah (dot) Net – Blog Baru:
dalam proses meninjau….
akan tiba disana tidak lama lagi…
hehehe….. :gene:
humbleandmodests last blog post..Melayu Membisu Seribu Perkataan

Comment by Adi
2008-07-21 04:08:05

huhu..hipotesis x diterima ek?
xpelah..peduli apa hahaha

 
 
Comment by neo
2008-07-21 23:52:39

yang mangkok tingkat tuh best giler la..makan pon beli online ke skangni??weeee

yang nabila huda tu..hmm..kalau dah macam tu pangainye macam tu gak la…tak payah pembetulan pon orang dahh tau dier camner..huuuu :[

Comment by Adi
2008-07-22 13:33:12

a’a kan.jimat myk.xpyh susah pyh beratur.
rasa2nya nanti sume akan jd online :)

 
 
Comment by humbleandmodest
2008-07-23 19:29:18

juga harga untuk meng online akan meningkat…..

begitu lah kitaran hidup…

:bloody:
humbleandmodests last blog post..Melayu Membisu Seribu Perkataan

Comment by Adi
2008-07-24 03:30:03

betul jugak tu.
sume meningkat la gamaknya. :oups:

 
 
Comment by anis
2008-07-25 00:01:06

huhu semua meningkat kan??? cedeyyy :bloody:
takpelah..zaman dh berubah…mcm dlm iklan berita harian tue ahh 8) :neo:
aniss last blog post..Kekalkan Hubungan Bersama yang Tersayang

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post