Claim Duit Undi
Posted by Adi on
March 8, 2008
Dengar kata hanya orang yang mengundi di Kelantan je yang dapat claim duit tambang. Adi baru je balik claim duit tadi, tapi nilai yang Adi dapat kurang RM50 daripada nilai sebenar. Kemusykilan berlaku dalam benak kepala Adi bila orang yang check nama tu kata Adi daftar kat KL, bukan Johor. Pelik betul. Bukan Adi yang daftar sendiri untuk mengundi, tapi antara orang kuat BN kat kampung Adi yang daftarkan, sedara Adi sendiri. Orang tu kata mungkin tak sempat update. Biarlah, bukan Adi nak sangat duit tu. Adi cuma nakkan nilai tambang pergi balik je. Selebihnya Adi nak ‘pulangkan’ kepada rakyat. Cuma belum tau saluran yang macam mana lagi.
Dengar kata lagi, kat Tanah Merah boleh claim lagi banyak kalau balik dari Johor. Kat sini nilai paling tinggi cuma Johor dengan Perlis. Tak kisahlah berapa pun dapat claim. Yang penting kita undi atas dasar calon yang sesuai jadi pemimpin. Bukan undi atas nama parti. Seandainya parti yang diwakili calon tersebut bukanlah parti yang kita suka, tapi sekiranya calon tersebut adalah calon yang bagus, yang baik dan bertanggung jawab, maka dialah yang patut kita pilih. Amanah kita untuk memilih calon² yang sebetul²nya layak. Di akhirat nanti kita akan ditanya berkenaan dengan hal ini.
Kalau betul hanya orang yang balik ke Kelantan untuk mengundi je yang dapat claim, kenapa ini berlaku? Korang boleh dapatkan jawapannya kat blog kawan Adi sorang ni di www.izoblog.com.
Tanggung jawab sebagai pengundi dah lepas. Yang tinggal sekarang hanya keputusan undian. Dalam doa musafir Adi berdoa agar pihak yang menang adalah mereka yang bertanggung jawab, amanah, jujur, dapat berikan kemakmuran kepada negara tanpa rasuah, masalah sosial, duit haram, pemulihan akidah dan meningkatkan ekonomi negara tanpa penyelewangan wang.
Setuju sangat dengan khutbah Jumaat semalam tentang pemimpin yang amanah. Khutbah tersebut bukanlah berkisarkan tentang politik. Ianya lebih kepada ceramah agama yang buatkan kita berfikir lebih matang. Disertakan dengan hadis², nas² dan maksud ayat al-Quran, yang sepatutnya kita menerima kebenarannya tanpa ragu². Tapi masih ramai yang butakan mata, pekakkan telinga. Yang hak adalah hak, yang batil adalah batil.



senpai..kirenye duet claim tue senpai dh dptla eh??
a’a dpt dh hehe. bleh blanja abc ah pasni :P
wah dpt dh eh…best2…yeah!!! leh mkn abc lps neh :P