Badminton + Ghost
Posted by Adi on
May 14, 2008

Semalam Adi tak turun training sebab bahu ni rasa sakit sangat sebab salah teknik pukul masa main dua hari lepas. Dah lama tak main kat court terbuka, timing untuk pukul shuttle tu lari sikit. Nak angkat tangan pun rasa tak berapa gagah. Tapi hari ni dah rasa ok sikit. Harap² takde masalah nak lawan geng Kadok Jumaat nanti. Lepas tu kemungkinan ada lagi friendly dengan geng² dari Rantau Panjang. Sebenarnya Adi dah muak lawan antara kampung. Adi nak melangkah setapak ke depan lagi. Nak cari peluang² untuk bertanding dengan orang yang lebih hebat, bukan dengan orang kampung yang hanya main² waktu bermain. Bila nak berkembang kalau terus macam tu? Kalau kat UTHM, banyak peluang boleh Adi uji kekuatan. Kat sini…?? Ada tapi tak pandai cari huhu.
Semalam Adi rehat daripada kerja² lazim Adi dengan Internet ni. Layan badminton kat Youtube dengan Metacafe. Terjumpa tutorial main badminton dengan betul dari Korea. Memang sangat² membantu dalam peningkatan prestasi Adi. Tapi sayang tak boleh nak download. Dah cuba cara yang biasa buat dulu guna VideoDownloader tapi tak boleh dah sekarang ni huhu. Sape ada cara lain nak download streaming video?

Pernah tengok cerita ni kat 8TV? Dah habis dah cerita tu. Tapi korang boleh tengok kat website 8TV secara streaming. Baru je habis Adi layan semalam sampai ke Subuh. Memang best sangat², lain daripada cerita² Melayu atau Malaysia yang pernah kita tonton selama ni. Ini bukan cerita hantu walaupun tajuknya adalah Ghost. Tertipu jugak Adi pada mulanya. Kalau nak tau pasal cerita ni, kenalah tengok sendiri hehe. Mana syok kalau Adi dah cerita. Cerita ni selalu buatkan kita tertanya². Pengarah atau penulis skrip Ghost ni pandai memutar-belitkan otak kita. Cerita macam tu yang Adi nak untuk drama ataupun filem buatan Malaysia.
Kualiti Ghost ni sangatlah bagus sampai Adi tak tau macam mana nak cakap lagi dah. Inilah drama Malaysia pertama yang Adi bagi bintang penuh, KAMI jatuh pada tempat kedua eheh. Kalau korang letak 10 tahap bintang, sepuluh² bintang Adi kasi, hambek kau haha. Patut layan cerita ni bagi korang yang tak terasa nak tengok pada mulanya sebab dihasilkan oleh rakyat tempatan. Nampaknya cerita² Malaysia akan beralih gaya tak lama lagi.



hoho~
donlod youtube ke???
humbleandmodests last blog post..Ada apa dengan 13 Mei?
guna real player je..
qiders last blog post..Kasih ini pada Ayah, Cinta ini untuk Emak
hahahha…
nampaknye senior pun dh terpengaruh…
ghost memang besh x terkata..
muahahahaha
iNs last blog post..aku seorang fasi….
qider :: guna real player? bleh ek? ajar sket..
iN :: hoh..ni la budaknya yg mempengaruhi sy huhu. tp xpe..pengaruh cite yg best bleh dimaapkan
Adis last blog post..Badminton + Ghost
Hai Adi!! Lama x dgr khabar berita. Hehehe… Btw, pernah cuba Orbit Downloader x? Function GrabIt! boleh catch semua streaming media x kira la kat mane pun, termasuk lagu2 streaming kat esnips.com. Kalau nak catch lagu2 streaming kat last.fm boleh guna free music zilla. Syaratnye, window GrabIt! orbit downloader tu kene la bukak seblom video kat page tu load.
Sori, bahasa x besh T_T
oo orbit ek. nati sy try. thx adlina
sy guna Youtube Videos skang ni. memang bagus. tp juz utk youtube jelah eheh
adis last blog post..Badminton + Ghost
saya suka tgk citer adi dan ayah :P
haha. xde kaitan dgn ‘adi’ yg ni kan eheh
Adis last blog post..Badminton + Ghost
em lau nk donwload cite kt utub..gune je real player yg baru..best sgt heheh…klik je kt situ..leh donload terus…

tp kn install real player ahh
aNiSs last blog post..Kahwin Orang miskin & Kahwin Orang Kaya
tp real player antara software yg bleh memberatkan prestasi komputer mengikut laporan drp PC Magazine huhu
Adis last blog post..Badminton + Ghost
cerita ghost memang best.
best tahap gaban..best gila hehe
ikas last blog post..tugas cikgu bukan mudah
cite gaban pun x best mcm ghost hehe