Awek Pegang Anjing

Dulu Malaysia digemparkan dengan gambar pelajar vaterinar UPM pegang anjing dan anak khinzir. Tak nak sebut khinzir? Ok. B**i. Tak jelas? Ok. Bab*. Nak jelas lagi? Ok. Ba alif ba ya. Arghhh…sangat jijik ingin menyebutnya. Apatah lagi mendukung, mengusap atau membelai haiwan kotor itu. Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya ‘Islam’, khinzir dan anjing adalah haiwan yang diharamkan untuk memegangnya. Apatah lagi berlaga pipi seperti yang ditunjukkan dalam majalah Mastika keluaran Februari 2008.

Tapi masih ada orang Melayu yang jelas berpewatakan Islam, membelai dan mengusap haiwan tersebut seperti kucing. Mungkin dengan kenyataan beberapa pihak yang mengatakan boleh dipegang asalkan kulit tangan kita atau badan haiwan itu tak basah terutamanya anjing, maka ada orang yang terus mengambil fahaman tersebut bulat-bulat tanpa usul periksa untuk memegang haiwan yang diharamkan pegang dalam mazhab Syafi’i di Malaysia. Termasuklah artikel yang Adi tulis balik dalam tajuk Awek Pegang Khinzir kat Amirez.com, petikan daripada seorang profesor UPM tentang dibolehkan pegang anjing atau khinzir dalam kes vaterinar, sebab ianya adalah tugas mereka.

Lihatlah gambar² kat bawah ni. Dua orang perempuan memegang dan membelai manja seekor anjing, ibarat tiada larangan terhadapnya.

Kalau dilihat suasana dalam gambar tu, macam takde kepelikan yang berlaku terhadap perempuan ni pegang anjing. Seolah² semuanya setuju, orang Melayu boleh pegang anjing.

Apa sudah jadi sebenarnya? Adakah betul kita boleh pegang anjing dan khinzir, asalkan kita samak kemudiannya? Ya, memang boleh samak. Tapi adakah dibolehkan dalam budaya kita?

Dalam majalah Mastika keluaran Mac 2008 ada penjelasan ringkas tapi konkrit daripada Datuk Dr. Mahmud Zuhdi iaitu pensyarah di Fakulti Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Katanya, mazhab syafi’i yang menjadi mazhab rasmi Malaysia tidak membenarkan kita untuk memegang anjing atau khinzir. Hukumnya adalah haram. Apa yang ditekankan adalah budaya merupakan suatu asas dalam menentukan hukum. Budaya Melayu zaman berzaman menganggap anjing dan khinzir adalah haiwan yang kotor dan haram dipegang. Jadi, hukumnya adalah HARAM.

Ada pendapat yang mengatakan boleh, ada yang tidak. Mana satu yang patut kita pakai? Mengikut Dr. Zuhdi, dalam kes ini kita kena rujuk kepada satu kaedah yang dipanggil uruf, atau budaya setempat. Ini adalah asas untuk menentukan sesuatu hukum. Kalau budaya setempat dah mengatakan ianya haram, maka jatuhlah hukumnya sebagai HARAM.

Gambar² kat atas, dan jugak gambar² lain yang tersebar luas di Internet dianggap sebagai mencabar budaya Melayu. Orang Melayu mencabar budaya sendiri. Sungguh tidak patut!!

RSS feed | Trackback URI

10 Comments »

Comment by pu3
2008-03-04 22:16:00

salam. baru je dapat emel ni tadi. tapi kekdg kita sendiri pun confuse dengan hukum dan fatwa kan? jadi, jalan paling selamat, jauhkan la diri daripada haiwan2 ni. betul x?

 
Comment by Adi
2008-03-05 15:41:49

a’a. betul tu kak. sejak dulu lg kita diasuh utk jauhkan diri drp haiwan2 ni. terima pakai jelah. itu lebih baik

 
Comment by qider
2008-03-06 08:32:09

tulah,islam pada nama ja,cenggitu jadinya.akal buang jauh2,letak kat lutut.orang sekarang ni nama ja pandai,open minded tapi bila beramal tanpa ilmu,haihh buat sempit pembuluh darah aku je..

p(^_^)q
gambaru!

 
Comment by naughtyprop
2008-03-06 14:37:01

cet,bleh plak dia bgurau senda dgn haiwan tu. aku nak dkat pun takut.tp bkn la aku takut dgn haiwan tu.ofkos takut hanya pd Dia.cuma leceh r nak samak.gpun ade story ckit aku dgn haiwan ni masa matrix dlu.2 yg mls nak dkat dgn menatang ni.pg2 kat tmpt keje, ske je haiwan ni dkat dgn moto aku.leceh tol!

yup, mmg ramai yg bg pdpt or ckp mcm2 kbaikan haiwan ni. bleh gtu la gni la. tp dah jelas nyata dan trang2 ade batas n larang terhadap haiwan ni. so patuh jela. mana lg tahu? org cerdik pandai or Dia Yg Maha Bijaksana? Sesungguhnya Dia yg mciptakan segala ec dunia, Dia Maha Mengetahui. Dan Dia tidak menjadikan sesuatu dgn sia2.

 
Comment by Adi
2008-03-07 17:03:07

prop..dulu aku ada kwn Islam ms duk kat sabah. dia bela anjing berekor², selalu aku n da geng kena kejar kalau nak pegi maktab main badminton. tp x penah lg kena gigit :D

 
Comment by haniey shukor
2008-03-11 02:46:36

assalamualaikum,
pelik-pelik la manusia skarang nih….
kawan abang aku pun ade bele anjing gak.
melayu islam tu.
harap-harap bile diorang dah pegang tuh, diorang samak balik la kan…law x, memalukan orang yg beragama islam aje la.
:]

 
Comment by Adi
2008-03-12 14:48:35

ntahlah…melayu makin ‘moden’

 
2008-12-11 17:10:45

aslam……….
terkejut jgk tok tgk gambar “AWEK PEGANG MENATANG HARAM 2″
memang merawat haiwan itu merupakan kebajikan kerana ianya juga makluk tuhan tetapi ada caranya……….
memang kita boleh menyentuh haiwan iti TETAPI bila ianya berada dalam keadaan KERING…..YAKIN ke awek 2 semasa ia menyentuh haiwan 2…haiwan itu dalam keadaan KERING…..
sudah sesak sangat ke sanpai tak pakai sarung tangan ????
adakah awek 2 tau maksud “SAMAK”????……… KITA boleh MAKAN haiwan 2 SEKIRANYA kita berada dalam keadaan DADURAT…. TP MAKAN HANYA UNTUK SEKADAR MENGALAS PERUT SAHAJA…(JIKA X MAKAN PADA WAKTU ITU KITA BOLEH MATI)………

ASLAM……………. :prud:

 
Comment by Figo
2008-12-11 20:12:38

Yang mengatakan anjing najis berat cuma mazhab imam shafie saja..mungkin awek UPM tu mengikut mazhab maliki, kalau ikut imam malik , anjing tak dikira sebagai najis…so, apahal perlu disamak…

dalal al quran tak der pun cakap tak boleh ambik pic berlaga pipi dengan babi atau anjing, kalau rujuk sunah dan hadis pun tak ada…. so, biar la awek tu nak ambik pic dengan binatang apa sekali pun, kalau betul dia berdosa, biar Allah SWT saja yg memberi pembalasan di akhirat kelak, tak payah lah kita bersusah payah untuk mengkritik atau mengata awek tu.

Comment by Adi
2008-12-12 01:03:55

sy pun baru blaja psl mazhab len.
jln terbaik..pk baik jelah kat diorg.
maybe ilmu diorg lebih tinggi drp sy.

dlm artikel kat atas sy cuma sampaikan
apa yg dinyatakan oleh Dr. Mahmud Zuhdi..sekian

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post