Wall-E - Robot Pembersih

Hoho. Lama betul tak buat reviu. Sebelum ni aku tengok Hancock dengan Wanted tapi rasa malas nak review sebab cerita tu agak mengecewakan aku. Bagi aku taklah sehebat yang dikata. Bab efek dan aksi bagus, aku salute. Bab jalan cerita, kurang menarik. Sekadar untuk habiskan masa terluang, ya.

Ok. Ini movie yang baru aku tengok. Copy daripada Ustaz Jan haha. Ustaz pun layan jugak animasi neh.

Mengisahkan seorang robot…’seorang’ pasal dia ada perasaan :)…bernama Wall-E (Waste Allocation Load Lifter Earth-Class) iaitu robot pembersih di atas muka Bumi setelah 700 tahun dicemari sehingga tiada hidupan yang boleh menetap di Bumi. Satu²nya robot yang masih beroperasi pada tahun 2815. Manusia tak lagi menetap di Bumi, sebaliknya menetap di angkasa berjuta² tahun cahaya jaraknya dari Bumi dalam sebuah kapal angkasa bernama Axiom dengan teknologi yang terlampau canggih. Canggih sangat sampaikan semua kerja robot yang buat. Manusia cuma makan, tidur, sembang depan skrin dengan kawan. Nak gerak pun guna kerusi automatik. Malas sangat sampaikan badan jadi gemuk gedempol, kaki tak berapa kuat sebab tak pernah berjalan sendiri.

Awalnya agak boring tapi buatkan otak aku sentiasa berfikir. Kalau kau yang tengok, tak taulah apa yang kau akan fikir di kala keboringan awal cerita eheh. Menariknya cerita ni setelah Wall-E menemui sepohon anak pokok yang ditanam dalam kasut dan ketibaan robot pompuan bernama Eve (Extraterrestrial Vegetation Evaluator) seakan² produk Apple yang ditugaskan untuk mencari pohon hidup di Bumi untuk pastikan sama ada Bumi masih mampu untuk menampung kehidupan manusia sejagat. Kalau belum tengok, kenalah tengok. Best. Ada pengajaran di akhir cerita.

Keseluruhannya, Wall-E menarik untuk ditonton. 3.5 stars ;)

Boleh juga layari website rasmi Wall-E untuk reka robot sendiri dan main game yang disediakan, download wallpaper, tengok teaser, macam² ada kata Pak Abas.

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post