L Change the WorLd
Posted by Adi on
April 6, 2008

WorLd? Eheh, memang camtu ejaannya untuk filem ketiga Death Note ni. Tapi cerita kali ni hanya berkisahkan tentang L yang ingin menyelamatkan dunia dalam masa 23 hari. Kenapa 23 hari? Tengok trailer dia dulu hehe.
Sinopsis
Selepas kes Kira/Yagami Raito, sebuah lagi kes serius jatuh ke tangan L dan dia hanya mempunyai 23 hari sahaja untuk selesaikannya.
L telah diminta untuk menyelamatkan manusia sejagat dari sejenis virus maut yang telah pun menghapuskan sebuah perkampungan Thai dan rakannya F. Kini, musuhnya adalah K dan sekumpulan pencita alam sekitar yang ingin ‘membersihkan’ dunia disebabkan masalah penambahan populasi dengan senjata yang paling digeruni, iaitu virus yang dikenali sebagai Shinigami (dewa maut).
Teman L kali ini adalah dua orang budak iaitu Boy, seorang budak lelaki Inggeris yang merupakan satu-satunya penduduk dari kampung yang dijangkiti Shinigami dan terselamat, dan Maki, seorang budak perempuan Jepun yang merupakan anak kepada profesor yang mencipta penawar untuk virus tersebut. Mereka berdua memegang kunci untuk menyelesaikan kes ini dan L berdepan dengan sebuah krisis antarabangsa untuk melindungi mereka berdua.
Namun, tanpa pembantu yang paling dipercayainya, Watari, L tidak boleh bergantung kepada kebijaksanaannya sahaja untuk cabaran ini.
Sebelum L Mengubah Dunia…
Di penghujung Death Note: The Last Name, L pernah berkata bahawa masanya hampir tamat. Dalam permulaan L Change the WorLd, Watari meninggal dunia. Sebelum itu, L telah menulis nama sendiri di dalam nota maut KIRA. KIRA pula menulis nama Watari dalam nota maut Misa. Watari mati di dalam lif. Yagami Soichiro, bapa KIRA membawa nota maut palsu kepada KIRA sementara Reuk mengambil nota maut yang sebenar dan menulis nama sebenar KIRA iaitu Yagami Raito. KIRA mati dan L membakar kedua² nota tersebut. Misa pula telah melupakan segalanya.
Alkisahnya…
Dalam filem Death Note: The Last Name dulu, L telah korbankan nyawa sendiri dan mati bersama Yagami Raito/Kira. Tapi dalam filem ni L masih lagi hidup. Rupa²nya sebelum L telah menuju ke Thailand demi menyelamatkan kes virus Shinigami tersebut, dan kisah ini berlaku 23 hari sebelum L mati dalam Death Note: The Last Name.
Pesanan
Adi tak tengok lagi. Belum berkesempatan. Ingat nak download je
Bagi yang nak tengok kat panggung tu, pastikan korang tunggu sehingga habis kredit filem ni. Ianya adalah jawapan kepada persoalan korang bila tengok filem ni nanti. Ianya babak yang sedikit tapi efektif. Ni yang Adi dapat daripada majalah Arena.
ps: adi suka sangat cerita penyiasatan. menguji minda.



hahaha..interesting sgt!!
nati la lusa ke baru nk g tgk~s0ldout maa..
musti tgk neh. dh tgk nati citelah kat sini camner ek
Adi’s last blog post..L Change the WorLd
last 2 days aku baru tgk 1st movie..
dulu ingat cm xbest..
tapi skrg da addicted sket…..
hoho~
humbleandmodest’s last blog post..Middlesbrough 2-2 Manchester United
oo ye ke. ketinggalan sket ah tp xpe.
dulu aku pun x minat langsung anime dia.
lps mula tgk, terus rs minat
Adi’s last blog post..Lagu Dari Penjara