Kung Fu Dunk Dink Donk
Posted by Adi on
February 17, 2008

Haha. Saje je tambah Dink Donk tu. Dah tengok belum movie ni? Kalau belum, eloklah baca dulu reviu tentang movie main bola keranjang guna kungfu neh. Adi sarankan korang baca reviu ni sambil dengar streaming audio lagu tema Kung Fu Dunk, ada kat bahagian last sekali entri ni. Baru ada feel eheh.
Semalam Adi pergi tengok movie ni kat Summit Batu Pahat. Kat BP ni mana lagi nak tengok wayang kalau tak Summit huhu. Kat BP Mall tak bukak lagi rasanya. Bulan 3 kalau tak silap baru bukak. So, Adi dengan kawan-kawan pilih waktu tayangan pukul 9:45 malam. Masuk je dalam panggung, penuh kerusi dengan manusia. Majoritinya orang Cina. Masa Adi tengok filem Cuci hari tu cuma lebih kurang 2/3 panggung je penuh.
Sinopsis
Kung Fu Dunk ni mengisahkan tentang sorang penuntut sekolah kungfu yang dibuang sekolah sebab bergaduh atau timbulkan huru-hara kat sebuah kelab. Ketua kelab tu mengadu kat pengetua sekolah kungfu tu. Maka dengan itu, watak utama cerita ni, Shi-Jie telah dibuang sekolah. Dari situlah bermulanya cerita ni. Shi-Jie berkenalan dengan Wang-Li yang membawa dirinya untuk masuk ke pasukan bola keranjang universiti selepas melihat kehebatan Shi-Jie melontar tin minuman ke dalam tong sampah dari jarak jauh. Sebenarnya Wang-Li nak jadikan dirinya kaya dengan mengambil kesempatan ke atas kehebatan Shi-Jie dalam bola keranjang.
Shi-Jie terpikat pada Li-Li, adik kepada kapten pasukan bola keranjang. Tapi Li-Li menaruh minat terhadap sorang lagi pemain, Xiao-Lan iaitu ayam tambatan pasukannya selain daripada kapten sendiri. Shi-Jie berusaha bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan Xiau-Lan supaya dapat menarik perhatian Li-Li. Jadi dia cuba terapkan pengetahuan kungfunya dengan bola keranjang untuk menjadikannya lebih hebat. Tujuan Shi-Jie menyertai pasukan bola keranjang universiti adalah untuk mencari ibu dan ayah kandungnya yang telah tinggalkan Shi-Jie di sebuah tempat berhampiran dengan gelanggang bola keranjang ketika lahir.
Pelakon
Pelakon utamanya adalah Jay-Chou yang pegang watak Shi-Jie. Sebelum ni Jay-Chow berjaya bawak watak Takumi atau Touhai dalam versi Taiwan dalam movie Initial-D Live Action dulu. Dia jugak pengarah kepada filem Korea bertajuk Secret. Adi tak tau Secret tu drama ke movie. Adi tak minat cerita Korea eheh. Jay-Chou ni bukan je pelakon, dia penyanyi sebenarnya dari Taiwan. Lagu-lagu dia memang best.
Sape yang tak kenal dengan Eric Tsang, pelakon yang selalu menyuntik elemen lawak dalam setiap ceritanya. Dia pegang watak Wang-Li dalam cerita ni sebagai ejen kepada Shi-Jie.
Lawak
Cerita ni bukanlah aksi sukan bola keranjang berkungfu semata-mata. Lawak cerita ni boleh tahan jugak buatkan kita basah gusi haha. Lawak-lawaknya bukanlah lawak bodoh. Bukan jugak lawak cerdik. Adi kategorikan sebagai lawak atas lawak. Hmm, Adi tak tau nak bagi istilah apa. Korang kena tengok sendiri baru faham eheh.
Adi suka betul dengan efek kungfu cerita ni. Efek yang lembut dan menarik. Tak keterlaluan macam dalam kungfu yang satu tu…lupa lak tajuk apa huhu. Tapi yang pasti, aksi bola keranjang dalam Kung Fu Dunk ni memang mengujakan.
Kalau korang sukakan cerita yang dramatik, Kung Fu Dunk bukanlah pilihannya. Cerita ni kurang dramatik, agak tenggelam. Macam ditenggelamkan oleh lawak dan jugak aksi hebat bola keranjang. Tapi kalau korang sukakan aksi, Kung Fu Dunk patut jadi pilihan antara 3 movie aksi terbaik bagi Adi bulan ni; Batman : The Dark Knight dan Rambo 4. Oh ye, soundtrack movie ni pun best eheh.
Overall Adi bagi 3.5/5 bintang kepada movie ni. Berbaloilah hanguskan RM8 untuk Kung Fu Dunk. Kalau korang mengharapkan jalan cerita dramatik untuk movie ni, korang akan keluar panggung dengan rasa tak puas hati. Buatlah pilihan yang bijak sebelum beli tiket eheh.
:: Sape ada soundtrack Kung Fu Dunk? Adi nak huhu. Terima kasih kat pakcik Google yang bagi lagu tema Kung Fu Dunk neh



lagu nie mmg best.time kasih
sama2 ayie