Nama saya Rain

Rain“Hitam nampak kemas, hitam nampak bergaya, nama saya Rain.” Haha. Dulu kalau Adi tengok je iklan Clear Men Shampoo ni mesti terhibur gak sket hati kecil ni. Tiba-tiba dia sebut nama dia, buat Adi nak tergelak. Ntah mamat mana ntah ni, macam nak bagitau nama dia satu dunia.

Gelakan kecil hati Adi terhenti gak semalam. Rupanya Rain adalah seorang pelakon, penyanyi dan model dari Korea Selatan. Haha, hambek kau ngata orang lagi. Kalau artis Korea ni Adi tak berapa kenal sangat. Kalau Jepun, baru Adi berminat nak kenal eheh. Iklan Clear Men Shampoo tu merupakan satu cara mempromosikan diri Rain untuk pasaran Asia seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Adi percaya makin ramai yang dah mengenali Rain ni hanya dengan menonton iklan tu, dari budak kecik umur 3 tahun sampailah peringkat atuk nenek, walaupun tak tau dia neh artis sebenarnya.

Rain nak promo diri ek? Ok, mari kita berkenalan dengan artis Korea Selatan neh. Nama sebenar Rain ialah Jung Ji-hoon, lebih mesra dipanggil Rain atau Bi. Dilahirkan pada 25 Jun 1982 di Seoul. Pernah mendapat anugerah Aktor Baru Terbaik Filem I’m a Cyborg dan Artis Lelaki Terbaik Asia, Macau, China. Hebat jugak Rain ni ek.

Lagi berita hebat tentang Rain. Ke mana Rain pergi, dia sering dikejar peminat. Walaupun berusia 26 tahun, mamat kacak ni masih lagi single pringle. Katanya dia nak tumpukan pada karier. Dia gak agak memilih. 26 tahun, dalam dunia artis boleh dikatakan sangat sangat muda. Koman-koman 30 tahun baru fikir soal couple atau nikah kahwin. Yang bukan artis ni 26 tahun dikira tua dah, lagi-lagi perempuan eheh. Kalau boleh habis je belajar nak kawen terus. Kawen secara sah la ek. Bukan yang terpaksa huhu. Mintak jauh..!

Lagi berita pasal Rain, Rain akan mengadakan konsert di Bangkok, Thailand pada 25 dan 26 Februari nanti yang dikenali dengan nama konsert ‘Raini Day-Taipei’. Ada aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak Rain iaitu seramai 7 orang peminat bertuah Asia akan berpeluang untuk menyaksikan konsertnya tu nanti. Tiket VIP turut disediakan untuk peminatnya yang hadir. Tapi jumlahnya terhad dan bergantung pada nasib peminat. Peminat yang dapat tiket VIP berpeluang untuk duduk berdekatan pentas untuk menyaksikan persembahan Rain secara langsung. Bagi peminat dari Korea Selatan dan Jepun pulak akan disediakan tiket premium. Populariti Rain tidak hanya terbatas di Asia. 2 Februari nanti Rain akan mengadakan konsert solo pertamanya di Madison Square Garden, New York. Bukan calang-calang artis jugak Rain ni ek.

Udah, cukuplah pasal Rain. Sumber di atas Adi dapat daripada Harian Metro 18 Januari lepas eheh. Mana Adi rajin nak cari info pasal artis-artis ni. Kalau pasal badminton, Adi sukalah. Tapi blog Tangkis Dot Net tu tak dapat nak run secara konsisten huhu. Ada sape-sape yang sudi jadi co-author untuk blog tu tak?

Sebelum Adi menamatkan coretan ni, Adi pun ada iklan macam Rain. Moga-moga korang akan ingat Adi macam korang ingat Rain…

“Putih nampak bersih, putih nampak suci, nama saya Adi.” Hahaha.

RSS feed | Trackback URI

12 Comments »

Comment by anis
2008-01-19 17:11:58

heheh senpai..rain tue..hero cite full house yg best tue..glamer tau die :P

 
Comment by Adi
2008-01-20 14:37:03

oo ye ke. tgk gitu2 je cite full house. patutlah mcm familiar eheh :D

 
Comment by CypherHackz
2008-01-20 15:30:43

Kalau kau tak kenal rain maksudnye kau tak pernah tengok cite Full House. Drama bersiri Korea yang sangat2 popular pada suatu ketika dulu. So better kau gi carik cerita tu and kau tengok sape watak utama dia. Hua3.

 
Comment by Adi
2008-01-20 17:18:39

huhu. aku penah tgk full house dulu..tgk jap je..x menarik minat aku. cite2 korea aku kureng sket. member2 bilik dpn duk layan je siang mlm..aku x terasa pulak nak join

 
Comment by matyuz
2008-01-24 14:49:24

penah tgk ‘love to kill’? best tak crite tu? mamat ni berlakon cam poyo jer dlm crite tu (bkn ak ckp la)

 
Comment by qider
2008-01-24 16:35:18

count me in..aku pon tak layan korea..kalo jepun aku ‘on’ aje..eheheh

p(^_^)q
gambaru!

 
Comment by Adi
2008-01-25 11:28:23

matyuz >> mcm penah dgr tajuk cite tu tp x tau psl ape

qider >> yeah..sou sou. nihon suki desu..hontou ni suki desu. gambaru desho (^_^)

 
Comment by matyuz
2008-01-28 20:20:17

tgk ar drama jepun baru musim ni. honey & clover

xpun galileo. dvd boxset pun dh kuar.

Comment by Adi
2008-08-12 12:14:55

galileo dh abis tgk. menorrent je hehe.
honey tu lum lg

Adis last blog post..Gambar di Lembah Pangsun

 
 
Comment by matyuz
2008-01-28 20:21:05

x pun nodame cantabile yg tgh main kt 8tv skrg. ak rekomen sgt2

 
Comment by arin
2008-08-12 11:28:19

rain adalah lelaki yang tampan :8

Comment by Adi
2008-08-12 12:15:20

hehe.boleh tahan :D
Adis last blog post..Gambar di Lembah Pangsun

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post