Peluang Menjadi Blogger di Humairah.net
Posted by Adi on
September 5, 2008
Dulu pernah aku bagitau yang aku bangunkan satu lagi blog dengan gaya majalah iaitu Humairah.net. Blog tersebut sudah pun sebulan lebih siap. Cuma sekarang aku tidak cukup masa untuk update blog tersebut. Si dia pula tiada sambungan Internet di Rembau. Jadi kami buka peluang kepada sesiapa yang berminat menjadi blogger separuh masa secara ikhlas.
Pengenalan Humairah.net
Buat pengetahuan, Humairah.net adalah blog yang menyiarkan artikel² pemantapan diri, motivasi serta artikel Islamik. Buat masa ini semua artikel dicilok dari email forward dan Internet. Bukan 100% asli daripada kami. Tapi kami berharap sangat ianya akan menjadi 100% tulen hak kami. At least 80% pun sudah memadai. Hanya menunggu masa untuk jadikannya kenyataan insyaAllah.
Blogging untuk Beramal
Ini bukanlah peluang untuk menjana pendapatan. Kami tawarkan peluang untuk anda cuba² menjadi blogger, untuk membiasakan diri dengan blogging. Maka dengan itu tiada gaji yang diberikan eheh. Kami tidak mampu. Tapi aku ada idea yang boleh beri imbuhan kepada mereka yang berminat. Itupun setelah mencapai persetujuan semua kakitangan dan reputasi Humairah.net semakin meningkat.
Coaching
Bagi mereka yang masih baru dengan blogging, aku akan berikan coaching terlebih dahulu. Apa yang aku harapkan hanyalah komitmen dan ketelitian. Aku akan terangkan dengan lebih jelas jika anda ingin menjadi penyumbang dalam Humairah.net.
Aku juga akan beri sedikit briefing sebelum anda mula post sebarang entry di Humairah.net terutamanya berkaitan dengan gambar bagi setiap entry (kalau berkaitan). Gambar² dimasukkan dengan menggunakan Custom Field yang ada pada WordPress. Kalau anda tak tahu cara menggunakan Custom Field, maka anda orang paling layak untuk diberi briefing eheh.
Artikel
Mudah saja. Anda boleh dapatkan artikel yang selalu diforward oleh kawan² anda dalam email. Ataupun boleh ‘meminjam’ artikel dari blog lain tapi make sure letakkan pautan sumber di akhir artikel. Aku akan buat satu disclaimer untuk menyatakan yang semua artikel adalah hak milik penulis asal.
Pembangunan Blog
Sekarang ni aku tengah usaha untuk mengubah sedikit theme tersebut supaya kelihatan lebih menarik. Sesiapa yang ada idea bolehlah utara selatankan kepada aku
Aku amat berterima kasih dengan idea yang dicurahkan.
Borang Permohonan
Isikan nama, email, id YM (kalau ada lagi bagus), url blog (kalau ada) dan sebarang pertanyaan pada borang di bawah:



promotion cari pekerja???

humbleandmodests last blog post..Kerana Sebungkus Mi Segera
haha..begitulah nampaknya
artikel yang menarik…
nice artikel