Kubah Masjid Terapung
Posted by Adi on
October 9, 2008
Aku terdengar bunyi seakan² orang berzikir menyebut Lailahaillallah dalam komputer Ustaz Jan. Bila aku jenguk, dia tengah tengok Youtube rupanya; satu rakaman video berkenaan dengan kubah masjid yang berat diangkat ke atas menara masjid tanpa menggunakan sebarang alat jentera.
Dikatakan peristiwa ajaib itu berlaku pada tahun 2003 di Kampung Kailolo yang terletak di Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indonesia. Adakah kau percaya ianya menunjukkan kekuasaan Allah swt?
Menurut cerita, sekumpulan kiyai berzikir dengan harapan untuk mengangkat kubah tersebut kerana tiada jentera. Adakah kau percaya?
Pendapat aku dan juga Ustaz Zul, Allah swt tidak akan menunjukkan kekuasaannya dengan cara yang sekecil itu. Mungkin ada sekumpulan manusia menggunakan khidmat jin, tidak mustahil seperti yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman a.s.
Adakah kau percaya?



mcm real. mmg real eh? pakai jin? tapi berdiri bulu roma tgk. fuhhh
seram gak tgk dpn mata
tak tahu patut percaya atau tidak. Tapi, tak rugi tengok video nih. Tahu benda baru.
makaseh2