Selamat Hari Bapa Wahai Abah

selamat hari bapa4 hari terlewat untuk sampaikan ucapan Selamat Hari Bapa kepada abah Adi. Bukan sengaja lupa, tapi tak kesampaian…sebab abah telah pulang ke rahmatullah pada 1 November 2004. Pulangnya arwah abah ke ‘sana’ pada pertengahan bulan Ramadhan dulu tidak diiringi dengan air mata anak sulungnya ini. Mungkin ada orang yang mengata anaknya ini tidak rasa sedih, tidak rasa kehilangan, tapi hanya Allah yang tahu apa yang Adi rasakan pada waktu itu.

Tin susu F&N Teringat masa kecik-kecik dulu Adi kena marah dengan abah. Seingat Adi masa tu baru Tingkatan 1. Biasalah budak tak matang, selalu ikutkan perasaan. Adi rasa marah sangat dengan abah masa tu. Benci abah. Tak tegur pun berjam-jam. Tapi Adi sedar perasaan tu tak boleh kekal dalam hati Adi selagi Adi bergelar anaknya.

Adi ke dapur nak buat air milo sendiri tapi susu habis. Adi ke kabinet ambik tin susu pekat F&N. Adi cuba buka dengan pembuka susu tapi susah. Masa tu abah tengah buat kerja dengan komputer kesayangannya dalam bilik komputer yang tak jauh dari dapur. Adi berdiri di luar bilik, dengan suara terketar-ketar sama ada nak mintak tolong atau tak, akhirnya Adi minta tolong abah bukakan tin susu tu. Tak ada sepatah pun ungkapan “nantilah”, “sekejap”, “abah sibuk” atau “buka sendiri” yang keluar dari mulut abah. Abah ke dapur dan bukakan tin susu dengan ikhlas. Adi tengok riak muka abah langsung tiada tanda-tanda yang abah marahkan Adi. Masa itulah baru Adi tau, itu cara Adi untuk ‘berkawan’ semula dengan abah. Cara Adi untuk memujuk ala-ala budak ego dan degil. Itulah Adi tika kecilku.

Baca lagi »

5 Tip Menghadapi Temuduga

Tip Menghadapi TemudugaSemalam Adi ke temuduga terbuka seluruh negara kat KB lebih kurang pukul 3 petang. Sampai kat tempat temuduga tu, tinjau-tinjau, pelik…takde orang pun. Tengok dalam, takde pun booth atau orang yang nak cari pekerja. Kain rentang pun takde. Confuse dah, ingatkan salah tempat. Tapi memang sah takde pun temuduga kat situ. Heran…

Ok. Ini Adi nak share tip-tip untuk menghadapi temuduga. Bukan daripada pengalaman Adi sendiri. Tip-tip ni dipetik daripada Majalah Maskulin Volume 55 oleh penyanyi, usahawan dan pakar motivasi iaitu Dr. Fazley.

  1. Peka – Calon harus peka isu-isu semasa supaya nampak lebih berpengetahuan luas. Jangan pandai soal akademik je. Ianya boleh dijadikan satu kelebihan jika dapat jawab atau beri pandangan tentang isu-isu semasa. Ia juga dapat elakkan sesi temuduga daripada jadi hambar. Cuba jinak-jinakkan diri dalam politik, ekonomi, sosial malah sukan. Harus diingat, soalan yang bakal ditanya tidak semestinya soal tentang syarikat. Teringat lecturer Adi masa dia nak ditemuduga dulu kat sebuah syarikat minyak. Soalan yang ditanya bukan pasal minyak, tapi pasal penjara. Takde kaitan pun kan? Tapi itulah dia, peka!
  2. Keterampilan – First impression tu penting. Jangan datang temuduga dengan selekeh je. Belajar-belajarlah untuk berpenampilan meyakinkan. MEYAKINKAN, bukan MENARIK ye kawan-kawan. Menarik sahaja tidak cukup aura untuk meyakinkan penemuduga. Tapi kalau penampilan nampak yakin, automatiknya kamu akan kelihatan lebih menarik. Malah model pakaian pun kena berpenampilan meyakinkan.
  3. Keyakinan – Kesinambungan daripada tip di atas. Yakin bukan sahaja pada penampilan, malah percakapan kamu dalam berkomunikasi. Ia menunjukkan sejauh mana kamu mampu melaksanakan tanggungjawab yang bakal diberikan. Berlatih di depan cermin adalah satu cara baik untuk membentuk keyakinan diri.
  4. Karisma – Ini perlu. Sebaik memasuki atau berada di tempat temuduga, segala tingkah laku haruslah dijaga. Dari cara perbualan dengan calon lain, gaya berjalan dan segala lontaran pendapat haruslah positif. Perlu diingat, jangan terlalu ketara untuk menegakkan pandangan atau pendapat kamu. Ia harus dilakukan dalam kesederhanaan.
  5. Buktikannya – Kamu juga perlu buktikan kemampuan atau kebolehan kamu untuk diambil sebagai pekerja syarikat tersebut. Selalunya ada soalan yang ditanya kenapa syarikat perlu ambil kamu sebagai pekerja. Kamu harus bijak untuk tackle soalan ni.

Tip tambahan daripada Adi, kaji dahulu tentang syarikat tersebut sebelum ditemuduga. Boleh search di Internet kalau syarikat tu ada laman web, ataupun boleh tengok profail syarikat kat pejabat, ataupun bertanya dengan kenalan yang bekerja kat situ kalau ada. Lepas tu carilah informasi yang berkaitan dengan apa yang diusahakan oleh syarikat tersebut. Mestilah kan, nak kerja kat situ kenalah tau pasal syarikat tu. Tak gitu?

Dia Di Langit Biru

IMG_0916

Baru balik dari Airport Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hantar si dia nak balik KL. Minggu depan dia dah start latihan mengajar kat Pulapah yang cuma ada lebih kurang 150 orang pelajar je hehe. Anak-anak polis kot. Cikgu pulak cuma 18 orang termasuklah dia dan rakan-rakan seperjuangan. Tak kisahlah sekolah kecik, yang penting dapat jadi teacher contoh dan disayangi kanak-kanak sekolah rendah.

Gambar curi kat atas tu si dia membelakangi PowerShot A470 Adi. Berbaju biru, berseluar cream dan bertudung labuh putih. Baju baru katanya. Kali pertama Adi tengok.

Tak sangka rahsia Adi pecah kat airport huhu. Terserempak dengan tok sedara kat sana nak hantar anak dia ke Jepun. Dia pun terkejut. Takkan Adi nak cakap saje2 datang. Anaknya, Afiq yang nak ke Jepun tu pun Adi tak pernah tau huhu. Terpaksalah Adi kenalkan si dia kat tok sedara Adi tu. Pandai pulak dia mengusik, kawan ke ‘kawan’ hehe. Mujur jugaklah dia ada sebab Afiq tu sorang2 pergi KLIA. Dia terpilih untuk wakil SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra ke Jepun. Kat KLIA baru dia jumpa yang lain2 untuk urusan seterusnya. Flight sama, jadi takde masalah la Afiq nak biasakan diri kat KLIA nanti, si dia boleh jaga.

ust wan akasha & usz nor bahyahTak sangka jugak terserempak dengan Ustazah Siti Nor Bahyah dengan suaminya, Ustaz Wan Akasha kat sana. Semalam diorang ada ceramah kat Telipot. Kalau tau, bleh pergi semalam huhu. Dalam tv Adi tengok ustazah ni nampak kecik je. Rupanya sangkaan Adi tu meleset bila tengok depan mata hehe. Gaya dia cakap pun lain. Memang Adi tak cam mulanya. Adi cuma cam suaminya. Pelik, Adi cam Ustaz Akasha dari belakang, bukan lepas tengok muka dia. Padahal tak pernah tengok pun sebelum ni kecuali dalam tv, itupun secara depan. Hati Adi berkata-kata kot eheh.


InsyaAllah kalau Adi tak ke mana2, kalau jadi, dalam hujung minggu ni Adi akan ke IPBA dengan adik lelakinya untuk bawak barang-barang dia ke Pulapah, Negeri Sembilan. InsyaAllah.

Internet Macam Kura-Kura

Kura-kuraTensen betul dengan Internet sekarang ni. Pakej 512Kbps tapi rasa macam 56Kbps je. Dial-up lagi ok rasanya, slow tapi tak putus². Sekarang ni guna tak sampai 5 minit dah putus. Banyak keje Internet Adi tertangguh huhu. Apa masalah sebenarnya?


Sebenarnya dah dua minggu Adi tak dapat Internet kat rumah. Selama dua minggu ni guna wireless dari rumah sebelah je; rumah pakcik, dia tak marah pun haha. Itu pun kadang² putus jugak tapi taklah seteruk kat rumah ni.

Dua minggu lepas jugak LCD monitor Adi ni rosak kena kilat. Tak sampai satu saat nak cabut plug dah kena sambar. Nasib baik upah repair cuma RM30. Hampir² nak dapat claim warranty, padahal warranty LCD ni dah lepas setahun. Tapi akak tu terlalu berhati² pulak. Takpelah, RM30 tak mahal pun. Ingatkan beratus kena.

Isnin lepas Adi pergi Pulau Pinang. Hari Selasa tu baru balik. Ingat boleh buat cerita sensasi pasal pelacur kat sana yang kawan pakcik Adi bawak pergi dulu. Baru² ni takde pelacur pun yang berkeliaran. Penguatkuasa buat operasi time tu. Apa nak jadi daa…selalu sangat dia buang masa pergi sana.

Eh, dah melalut cerita hal Penang pulak. Asalnya nak lepas geram kat Internet ni je. Hahaha, memang tempat untuk melalut pun. Sorry sangat² kepada kawan² yang tanya bila nak post entry baru. Idea tu ada, tapi waktu ni otak Adi kurang sihat. Nanti Adi dah sihat, dapat mood yang baik baru Adi post yang baru.

Selamat hujung minggu. Jya.

Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah..akhirnya habis juga baca buku setebal 227 muka surat ni. Aku Terima Nikahnya adalah buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal atau nama glamernya Abu Saif yang mengisahkan tentang hal-hal rumah tangga sebagai suami isteri dan ibu ayah.

Si dia bagi buku ni kat Adi minggu lepas. Lebih kurang seminggu baru Adi dapat habiskan. Tak boleh lawan si dia yang boleh habiskan dalam 8 jam hehe. Si dia memang kuat membaca, Adi pulak baca sikit-sikit tapi suka fikir lepas habis baca beberapa perenggan. Memang tak boring baca buku ni. Abu Saif mengolah penerangan dalam bentuk cerita kehidupan, kehidupan dirinya dari seorang bujang hinggalah bergelar bapa. Macam mana dia boleh berkahwin dengan isterinya tanpa mengenali rupa parasnya membuatkan Adi rasa kagum. Cinta selepas kahwin, itulah dia. Tak mustahil untuk mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. Tapi sangat sukar dilakukan masyarakat kini, tanpa pegangan agama yang kuat.

Satu ungkapan yang paling Adi suka dalam Aku Terima Nikahnya ni adalah ‘Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah’. Sangat setuju, itulah yang kami amalkan waktu si dia belajar kat Queensland University of Technology, Australia. Berjumpa jarang sekali. Selalunya kami berjumpa kat rumahnya, bual-bual dengan mak ayahnya, adiknya, kadang-kadang kucingnya yang bernama Chindai. Adi tenang begitu. Rasa diredhai keluarganya.

Sejak Adi balik kampung sebulan lepas, Adi buat solat istiqarah berkenaan pemilihan sesuatu untuk masa depan. Lama Adi tunggu petunjuk tapi tak datang2. Bila si dia bagi Adi buku ni, Adi rasa inilah petunjukNya. Adi rasa Adi dah buat keputusan yang terbaik untuk masa depan Adi bersama si dia nanti. Olahan santai Abu Saif dalam Aku Terima Nikahnya banyak berikan tunjuk ajar dan pengajaran. Alhamdulillah.

Elok sangatlah remaja baca buku ni. Buku ni mengajar kita perkahwinan itu bukan sekadar menghalalkan apa yang haram ketika ini. Ia lebih kepada tanggungjawab, persediaan menjadi suami isteri atau ibu ayah, dan lebih penting kehidupan kita seterusnya. Adi tak klasifikasikan Aku Terima Nikahnya sebagai sebuah buku agama. Ia lebih kepada buku motivasi Islamik. Kalau cakap buku agama, rasanya ramai yang tak nak baca. Takut nak baca sebab dia tau kesalahan yang dia buat. Jadi dia tak nak terima kebenaran atas kesalahan yang dia telah lakukan. Umat Islam kini memang begitu…