Here In My Home - Malaysian Artistes For Unity

Here In My Home Free Download

Mula² dengar lagu ni kat Fly FM Adi ingat lagu dari artis Barat yang buat recording dengan artis Malaysia. Bila Adi cari lagu ni kat Internet, rupanya ia adalah lagu sumbangan ikhlas artis² Malaysia yang korang boleh download secara percuma lagi sah di www.malaysianartistesforunity.info. Haha. Tak perlu ke Gua Muzik untuk download dengan harga RM3 untuk satu lagu. Tak payah susah payah menorrent (kalau ada) ataupun cari kat limewire, terus ke website diorang untuk download lagu Here In My Home dalam bermacam² format; lagu, klip video, the making mengikut saiz yang korang suka.

Projek ni berkaitan dengan cintakan Malaysia, negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Sebab tu lagu ni dinamakan Here In My Home. Ramai artis yang terlibat dalam projek ni; Afdlin Shauki, Awie, Jacklyn Victor, Jason Lo, Ida Nerina…Shebby Singh dengan Tony Fernandez pun ada jugak eheh. Erk, tapi diorang tu artis ke? Personaliti la lebih tepat rasanya. Ramai lagilah yang join, sporting morting belaka.

Klip video boleh download kat website diorang. Boleh jugak tengok kat Youtube kalau suka. Bukan senang nak tengok personaliti² Malaysia bergabung seramai ni. Klip video diorang simple tapi happening, ceria, dan Malaysian style. Syabas untuk diorang ;)

Download lirik Here In My Home (78)

Cuti-cuti Melaka

Lama jugak tak update. Adi ke Melaka sebenarnya hari Khamis lepas. Pukul 10 malam semalam baru sampai, tapi singgah rumah nenek dulu makan nasik. Nak singgah kedai, tak kenyang mana. Nasik nenek jugak jadi idaman eheh.

Tak nak cerita pasal percutian Adi ke Melaka, takde yang best selain pergi zoo Melaka je haha. Percutian yang tak dirancang. Alang-alang nak hantar adik kat UiTM Lendu, ma cakap nak stay 2 malam kat sana, duk kat Hotel Seri Malaysia.

Rabu malam Khamis, Adi dapat SMS daripada Helmie yang dia secara tiba-tiba tak jadi nak teman Adi ke Melaka hantar adik. PC yang dia baru beli 2 hari sebelumnya ada prob. Jadi dia nak pergi kedai tu balik hari Khamis. Sabtu dia dah nak balik UTHM. So, alternatifnya family Adi semua ikut sekali ke Melaka. Jadilah macam pergi bercuti eheh.

Pukul 10 baru bertolak dari rumah sebab ma kena pergi sekolah dulu setelkan beberapa hal. Tak sampai setengah jam drive, Adik tanya Lan bila dia masuk daftar. Hari Jumaat katanya Lan. Masa tu Adi teringat lesen driving, hidup lagi ke tak. Keluarkan wallet, tarik lesen, berkedip-kedip mata tengah fikir tahun ni tahun 2007 ke tahun 2008. Tanya ma, ma cakap tahun 2008. Aiyark!! Lesen dah 2 bulan lebih mati huhu. Selama ni Adi ke hulu ke hilir sampai ke Dungun, Penang dengan lesen yang dah tak bernyawa. Nasib memang baik, tak kena tahan polis pun.

Masa tu kat Pulai Chondong. Cari pejabat pos nak renew lesen. Ramai betul manusia duk beratur. 15 minit tunggu. Tiba-tiba pulak Internet tak dapat. Hampeh. Macam mana nak renew takde Internet kalau kat pejabat pos.

Masuk kereta, bergerak ke Machang. Call makcik yang mengajar kat SMK Hamzah 1, mana pejabat pos terdekat. Makcik cakap pergi JPJ teruslah senang. Baru teringat pasal JPJ. Bukan ape. Dalam hati ni tak suka JPJ yang suka menyaman orang ni eheh. Sebab tu tak tersemat dalam kepala Adi pasal JPJ. Tapi dalam kes ni kenalah jugak ke tempat yang paling Adi tak suka tu.

Mula-mula tak jumpa JPJ Machang. Dua kali round barulah jumpa. Dulu warna biru. Sekarang ni warna oren pulak. Ingat sama macam balai polis yang sinonim dengan biru gelap.

Ambik nombor, 1169. Tengok angka giliran terkini, 1120. Tengok kaunter pulak, ada 8 tapi cuma 4 je beroperasi. Lemah semangat dah. Entah berapa lama baru sampai turn. Nak tak nak terpaksalah tunggu, nak hantar adik punya pasal.

Laju jugak nombor bertukar giliran. Ada yang tak datang masa dipanggil. Bagus jugak, cepat sikit sampai giliran. Tapi Adi perasan sorang laki ni yang cerdik. Nombor giliran dia 1185. Masa tu baru panggil nombor 1148. Dia tengok takde orang ke kaunter, dia pun bangun buat-buat macam nombor 1148 tu nombor dia. Hampeh. Ini potong queue namanya bang. Orang lain pun menunggu jugak. Nak jugak Adi buat macam tu tapi kesian pulak kat orang lain yang dah tunggu lama sebelum Adi.

12:06 tengah hari baru gerak dari JPJ Machang ke Gua Musang, berenti solat kat situ. Pukul 10 malam baru sampai Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh. Sampai bilik hotel, layan national geographic sampai pukul 1 pastu baru tido eheh.

Sepanyol Juara Euro 2008

Sepanyol Juara Euro 2008Tamat dah Euro 2008 dengan kemenangan 1-0 oleh pasukan Sepanyol menentang Jerman. Tau daripada berita je haha. Tak tengok pun awal pagi semalam. Baik tido. Cuma minat tengok highlight je. Apa² pun, pasukan Jerman pilihan Adi kalah kali ni.

Lepas ni takde dah iklan Power Root Farah dengan Rosyam Nor. Sikit komenlah pasal iklan versi panjang Power Root sempena Euro 2008 tu. Si Farah tu terkejut bila abang Rosyam kita tertido tak tengok Euro.

“Tak tengok, tido,” katanya Rosyam malu.

“(Terkejut) Ya Allah! Tido? Takpe². Malam ni mesti tengok Euro 2008 di TV3 dan NTV7,” Farah terkujat lalu memesan tegas kepada Rosyam untuk menyaksikan Euro 2008 seawal 2 pagi.

Haha. Camtu sekali reaksi dia bila tak tengok Euro, tertido. Sampai keluar ‘Ya Allah’. Kalau maksiat depan mata tak tersebut pulak ‘Ya Allah’. Kalau kemungkaran depan mata tak tersebut pulak ‘Ya Allah’. Nampaknya Euro tu lagi ‘berdosa’ kalau tak tengok daripada segala kemaksiatan yang berlaku di Malaysia ni. Takyah tengok jauh², Malaysia sudah.

Lagi satu, nak bangun pukul 2 pagi tengok bola bukan main senang. Nak bangun 3 pagi untuk menghadap Allah swt bukan liat kemain. Hai, orang Barat sikit² cuba kikis keimanan kita.

Akademi Nasyid Kurang Penginsafan

Akademi NasyidMalam esok bermulalah undian untuk kelayakan bagi peserta² Akademi Nasyid meneruskan pertandingan dalam konsert ala² Akademi Fantasia tu. Kenapa Adi kata macam Akademi Fantasia? Tengok tak konsert pengenalan Akademi Nasyid minggu lepas? Ada makcik² (pakcik² tak nampak pulak) yang terhibur dengan persembahan peserta sampai terhangguk² kepala.


Makcik, Adi nak cakap sikit kat makcik. Nasyid bukanlah begitu caranya untuk berhibur. Angguk² kepala itu budaya Akademi Fantasia. Ini nasyid makcik, mengagung-agungkan kebesaran Allah swt. Sepatutnya makcik menghayati setiap lirik lagunya, menginsafi diri, memikirkan mati suatu hari nanti. Walaupun muziknya rancak, liriknya membuatkan makcik terangkat bahu dan kening, adab mendengar lagu² nasyid perlu dipelihara. Jangan jadikannya seperti konsert Akademi Fantasia yang kita sedia tahu tidak elok untuk kesihatan rohani kita. Betul kan Adi cakap ni makcik?

Dalam ramai² peserta Akademi Nasyid minggu lepas, hanya seorang saja yang Adi betul² kagum dan tersentuh. Sampai rasa nak menitis air mata dibuatnya. Beliau adalah saudara Azhan Atan yang nyanyikan lagu Kaulah Yang Satu. Walaupun lagu tu pendek, tapi mesejnya sangat mendalam. Suara Azhan pun sedap. Sedap sebab dia nyanyi dengan pengertian, dan juga keinsafan. Tidak seperti beberapa peserta lain yang nyata Adi tengok macam tak berapa ikhlas nak nyanyi nasyid, hanya sekadar untuk berhibur semata². Mungkin jugak mengejar glamour. Siapa tahu hati di dalam?

Adi tak tengok semua peserta minggu lepas. Tapi yang Adi sempat tengok, anggota nasyid berkumpulan menggunakan nama dalam bahasa mat saleh. Kenapa ek? Nak nampak moden ke? Yelah kot. Guna bahasa Malaysia mungkin hilang ‘kecanggihan’ dan ‘kemodenan’ kumpulan tersebut. Bahasa Arab pun rasanya tak jadi pilihan dah. Kurang glamour kata orang yang ‘up to date’.

Tengok kumpulan nasyid yang sedia popular dan dikenali ramai sekarang ni macam Raihan, Rabbani, Hijjaz. Mereka lagi nampak ‘tulen’ dalam arena nasyid. Nama itu panggilan. Panggilan itu adalah doa. Tapi Adi tak kata salah pun guna bahasa asing. Cuma tak berapa sesuai nampaknya untuk kita berbangsa Melayu. Bahasa Malaysia dan Arab lebih sinonim dengan bangsa kita. Betul tak makcik²?

Walaupun Akademi Nasyid tidak meriah dan gah seperti Akademi Fantasia, namun ianya adalah rancangan pilihan Adi untuk disaksikan setiap Sabtu jam 8:30 malam di TV9. Lebih baik dan berbaloi untuk meluangkan satu jam di waktu malam.

PC Baru

Susah betul nak online skang ni. Internet selalu je tak dapat. Kalau dapat pun punyalah lembap macam kura-kura. Satu lagi sebab musabab Adi tak update blog ni, motherboard (mobo) Adi rosak huhu.

Kisah bermula Jumaat lalu lepas Adi try untuk update BIOS. Tak pernah2 buat, hari tu memberanikan diri mengambil risiko. Adi guna mobo brand Msi. Msi ni sediakan live update dari web diorang. So Adi pun updatelah ikut arahan, sampailah suatu ketika…

Macam biasa Streamyx skang ni tidak berada dalam keadaan stabil. Masa Adi tengah update time tulah dia nak putus. Maka proses mengupdate BIOS atau dalam istilah komputer disebut flash BIOS tak berjaya. Adi klik Cancel. Komputer berjalan macam biasa sampailah Adi reboot…

“PLEASE INSERT SYSTEM DISK AND PRESS ENTER”

Adeh. Parah ni. Belum sempat masuk BIOS dah keluar mesej tu. Cubalah jugak try2 ilmu yang ada tapi semua tak jalan. Last2 terpaksa hantar kedai hari Ahad lepas.

Brader tu cakap kena hantar kilang nak reset BIOS. Lemah jugak dengar tapi apa nak buat. Katanya 2 minggu paling kurang baru siap. Runtuh jiwa lara nak tunggu komputer kesayangan Adi ni sihat kembali. Adi merelakan ia dimasukkan ke wad dengan perasaan hiba.

Esoknya brader tu call. Katanya mobo yang rosak, terpaksa beli baru. Aduss, duit lagi. Takpelah, tukarlah yang baru pun. Katanya RAM Adi tu boleh guna lagi tapi graphic card tak boleh guna dah. Adi punya jenis AGP. Yang kat mobo tu slot untuk PCIE. Takpelah, tak penting pun. Bukan main game pun kat PC ni. Selasa petang katanya boleh siap.

Petang tadi dalam pukul 4 Adi ke kedai untuk menjemput PC Adi pulang ke rumah. RM170 kena. Harap2 ia sihat untuk jangka masa yang lebih lama. Nasib baik jugak cuma 3 hari je masuk wad. Kalau tak, banyak keje tergendala. Mobo murah, camtulah.