Interview Kerja
Posted by Adi on
July 25, 2008
Petang tadi masa digunakan sebaik-baiknya untuk siapkan projek yang dah tertangguh dua minggu. Sambil² tu belajar² main gitar lagu Ayat-ayat Cinta dendangan Rossa yang comel eheh. Baru nak masuk intro, dapat satu SMS daripada sedara yang sekarang ni kerja sambilan kat Gombak macam ni:
“Ady,minat x kije bidang motivasi n latihan?kat consultan company.diorg tgh cari org skrg.Reply cepat”
Bidang motivasi memang dah lama Adi idam-idamkan sejak matriks lagi. Tapi peliknya tak pulak apply course tu kat IPT. Cepat² taip mesej bagitau nak call dia tanya lebih lanjut. Dia bagi nombon telefon lain, tak bernama. Fikir tu nombor dia satu lagi, terus tekan dial. Tapi yang jawab orang laki. Terkedu kejap kot² tersilap nombor. Orang dalam telefon tu tanya, “Adi ke?”. Sah nombor tu betul eheh. Maka bermulalah sesi soal jawab dengan Encik Azuhan yang peramah tu. Perbualan diakhiri dengan “naik bas Ahad malam, sampai sini Isnin pagi. Turun kat Greenwood. Call saya, nanti saya datang jemput.”
Lepas letak telefon lama dan pudar tu baru terfikir. Nak sampai Gombak bukannya lama. Dalam pukul 4 atau 5 pagi dah sampai kalau bertolak malam. Takkan nak suruh dia datang ambik lepas Subuh. Tak awal sangat ke? Teringat member sorang kat Gombak. Call dia. Masa tu dia tengah keje kat menara ape ntah. Dia yang cakap ‘menara ape ntah’ haha. Bagitau dia nak tumpang rumah satu malam. Dia kata ok tapi kena tunggu dia balik dari outstation kat Penang. Dalam pukul 11 malam baru sampai Gombak, hari Ahad.
Tempat tinggal dah ada. Tiket je belum cari. Tanya ejen kat kedai katanya takde. Dua syarikat bas dah tanya, takde. Risau gak ni. Terpaksa ke KB. Tanya tiket malam, bas tak lalu Gombak pulak. Tiket pagi je bas lalu. Malas fikir panjang, sapu jelah pagi pun dalam pukul 9. Maknanya sampai Gombak mungkin pukul 5 petang. Terpaksalah menapak mana² nanti. Bukannya tau nak jalan² cari makan kat sana. Naik Batu Caves orait jugak kalu eheh.
Doakan Adi berjaya dalam interview tu nanti
Tak cukup dengan Burj Al Arab Hotel, Palm Island, The World, Dubai buat pulak lagi satu projek mega yang boleh buat kita cakap “perrgghh..kagum²”. Projek yang dikatakan bangunan berputar pertama di dunia tu dijangka siap dalam tahun 2010. Bangunan itu dinamakan The Dynamic Tower dengan 80 tingkat setinggi 420 meter. Berkonsepkan bawah pejabat dan atas kediaman mewah The Dynamic Tower ni akan jadi simbol baru kepada Dubai yang pesat membangun sekarang ni.

Akhirnya berjaya jugak install Yahoo! Messenger pagi tadi. Dah tiga hari try tapi selalu tak sempat complete. Lecehnya Yahoo! Messenger ni nak install mesti kena ada Internet. Kenapa la diorang tak bagi je full version punya setup? Menyusahkan orang je. Dah la Internet kat rumah Adi ni tersedu², selalu sangat putus. Bila putus, tak dapat nak sambung installation. Siot je.
