Gambar di Lembah Pangsun

Banyak nak tunjuk sebenarnya gambar² masa kat Kem Nur Lembah Pangsun untuk Kem Cetusan Kesedaran minggu lepas. Tapi sebab gambar² tu kebanyakannya private untuk kompeni dengan klien, makanya tak dibolehkan untuk publish kat umum…pada pandangan akulah eheh. Bos tak cakap apa² pun haha.

Hari kedua breakfast air nescafe dengan nasik lemak. Teringat pulak kak Mek dalam rancangan Nasik Lemak Kopi O dengan Aziz Desa Hai Hai Hai Cermin² Diri Anda eheh. Yang peliknya pagi tu, budak pompuan ramai yang sakit perut lepas makan nasik lemak. Tapi budak laki ok je. Diorang saje kot buat alasan nak skip slot pagi tu. Macam² helah.

Baca lagi »

Kem Pelajar Hardcore di Lembah Pangsun

First time pergi Kem Nur Lembah Pangsun. Memang best kat sana. Nur Lembah Pangsun ni letaknya di Hulu Langat, Selangor. Dua hari aku kat sana dengan staf² motivasi yang lain untuk bagi motivasi pencetus kesedaran kat student² hardcore sebuah sekolah kat Cheras. Diorang memang betul² hardcore punya student. Itulah kali pertama kitorang berdepan dengan student yang kepala batu, degil, banyak masalah tingkah laku dan macam² lagilah. Penat nak sebut satu², banyak sangat masalah diorang.

Kata bos, program dua hari satu malam memang tak cukup untuk diorang. Setiap slot mesti mengikut flow yang betul kalau nak menyelam ke dalam lubuk hati budak² ni. Sekurang²nya tiga hari diperlukan.

Hari pertama, jelas lagi nyata diorang nampak bosan dengan slot pertama haha. Kalau aku pun mesti bosan tahap dewa. Baru je sampai dah mula ceramah yang agak berat. Sebenarnya kitorang ingat student² tu macam student² bermasalah yang lain. Tapi yang ni memang pelik perangai. Sakit kepala dibuatnya. Patutlah cikgu² diorang dah tak sanggup nak brain wash budak² ni.

Waktu tido yang paling kitorang risau. Mana taknya, dorm laki dengan pompuan bertentangan. Jarak pintu dorm laki cuma lebih kurang satu meter lebih dengan pintu dorm pompuan. Diorang ni budak² bermasalah. Dibuatnya yang laki masuk dorm pompuan, habislah. Kitorang berjaga kat luar sampai 2 pagi. Syukurlah takde pape berlaku kecuali ada 4 orang student laki yang keluar senyap² untuk hisap rokok pukul 4:30 pagi.

Baca lagi »

Mematangkan Diri

PC sendiri tak bawak sini lagi. Kat ofis pulak ada je keje nak kena siapkan. Tapi ni baru sikit. Nanti lagi banyak kena buat. Masa untuk blogging pun terhad. Ingat nanti nak bawak PC, sambar celcom broadband satu. Bolehlah menorrent sepanjang malam haha.

Rasanya, dah tak best bahasakan diri sebagai ‘Adi’ lagi. Guna ‘Aku’ sebagai ganti diri nama rasa lebih sesuai. Sesuai dengan perubahan zaman; zaman belajar dengan zaman kerja. Dulu remaja, skang ni ke arah dewasa. Dulu kurang tanggungjawab, skang ni banyak kena fikir untuk masa depan dengan lebih teliti dan serius. Cuba untuk hidup. Jadi aku mesti mematangkan diri.

Dua hari lepas aku join perbincangan kawan² serumah dengan kawan lama diorang pasal kerja kedua. Kawan lama diorang tu senior masa belajar kat Universiti Al-Azhar yang dulunya lecturer Lim Kok Wing tapi skang ni dah mengajar kat IPTA lain atas kehendak dirinya sendiri. Katanya dia tak dapat nak mengajar kat Lim Kok Wing dengan keadaan sosial kat sana termasuklah cara dressing student² LUCT.

Katanya ustaz tu, area sini adalah lubuk emas untuk tambah pendapatan. Kebanyakan orang yang kerja kat KL ada kerja kedua yang dibuat secara sambilan. Persoalannya, kenapa perlu kerja kedua? Takde sape yang nak penatkan badan letihkan otak untuk kerja lebih selain daripada menampung kos hidup kat bandar macam ni. Gaji yang tak seberapa hanya sekadar cukup makan. Makan biasa², nak makan Pizza, Chicken Rice Shop, Kenny & Rogers…kirim salamlah. Kena pandai cari peluang kerja lain untuk makan mewah.

Terlintas jugak dalam kepala aku untuk jadi tutor Matematik, ataupun tutor personal dalam subjek yang aku minat sangat tu untuk student Form 1 sampai Form 3. Cuma masalahnya, aku baru kat sini. Belum ada kredibiliti lagi. Belum marketkan lagi diri aku dalam komuniti manusia yang tak mengenal matahari. Aku harus buat sesuatu…

Noraniza Idris nak datang ofis, petang ni barangkali. Katanya nak guna ofis sampai 8hb untuk projek anti-dadah kalau tak silap. Seofis dengan kak Ani la nanti eheh. Tadi baru bersihkan toilet. Dah bersih dah sebenarnya, tapi bersihkan lagi. Tetamu penting nak datang, kenalah jaga kebersihan kelas A++. Dapatlah tengok kak Ani dari dekat macam mana eheh.

Kerja Memotivasikan Orang

Terkejut jugak (tapi buat selamba) diterima kerja terus lepas interview tak sampai setengah jam dengan dua orang bos yang sporting lagi sempoi. Training 3 bulan dengan gaji yang cukup makan, lepas tu baru confirmkan jawatan sebagai..erk..tak tau jawatan apa sebenarnya. Graphic designer pun ye, bahagian teknikal dan slide pun ye, maintain website pun ye, motivator pun ye tapi yang tu insyaAllah dalam bulan depan.

Kerja kat Institut Pembangunan Minda ni ok. Jauh beza dengan suasana kerja masa Adi buat Latihan Industri dua tahun sudah. Kat sini kerja dalam suasana Islamik. Motivasi pun terapkan modul islamik. Tak study lagi modul² tu. Nanti nak motivasikan orang tak tau point huhu.

Duduk rumah sewa kat Taman Sri Batu Caves dengan 4 orang staf yang lain. Tiga orang bahagian staf al-Quran, dua orang bahagian motivasi & printing termasuk Adi. Salah sorang tu HR eheh. Senang nak apply cuti :) Semua graduan Al-Azhar, hafiz² belaka. Adi sorang je yang kerdil lagi hina huhu. Bagus jugaklah, boleh improve diri.

Dari pagar rumah boleh nampak KLCC. Nak jalan² pergi sana tak biasa lagi jalan kat sini. Nanti sesat pulak. Makan pun boleh tahanlah jugak. Kalau hari² nak makan luar, memang takleh hidup senang buat masa ni. Kalau ada slot untuk bagi ceramah motivasi kat mana² badan korporat, persatuan atau sekolah, dapatlah makan free hehe. Bila fikir balik, jauh betul terpesong dengan kelulusan yang Adi ada. Langsung takde kaitan dengan engineering. Tapi Adi lebih selesa kerja ni daripada kerja jadi engineer. Ini bidang yang Adi suka sejak matriks lagi. Boleh dikatakan jugak 100% pengetahuan Adi tentang electrical engineering tak apply kat kerja sekarang. Kerja² yang dulunya Adi jadikan hobi macam Flash, Photoshop, blog dengan website, sekarang ni jadi kerja yang bergaji. Daripada hobi dan minat kepada kerja. Motivasikan orang pun minat Adi dulu, tapi lebih kepada kaunseling bukan motivasi. Adalah jugak sangkut-paut sikit.

InsyaAllah, nanti nak sambung belajar bidang kaunseling kalau ada rezeki.

9 Tentang Adi

Hoho. Dah lama tak kena tag. Rindu pulak. Bagus betul iN neh mengetag seniornya dengan sopan-santun lagi susila. Tatkala kamu tengah baca jawapan tag ni, Adi sekarang tengah tido dalam bas eheh. Ok. Mari mengenal Adi hoho.

  1. Nama² timangan oleh orang tersayang - Dee. Kadang² Pok Di. Pok Di ni kalau diKuala Lumpurkan Pak Di ah kiranya. Kalau ‘orang tersayang’ tu panggil Kanda eheh.
  2. Anda seorang yang… - agak pendiam kalau dalam kelompok manusia sejagat. Banyak mulut kalau cuma berdua atau bertiga eheh. Suka berfikir. Macam² yang nak fikir. Bleh join Ahli Fiqir la lepas ni ganti Mawar Berduri jap sementara dia beranak eheh.
  3. Insan teristimewa. Describe apa yang membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda. - Hoho. Dialah orang yang Adi cari selama ini. Maka dialah yang teristimewa eheh. Jawapan ringkas, padat, ketat dan sendat daripada Adi haha.
  4. Makanan favourite anda - Nasik putih kuah gulai terung nyum². Lauk tak kisah, semua bedal. Tak pun ikan masak pedas. Meleleh-leleh air liur kalau nampak ikan masak podeh. Lagi satu, nasik goreng usa. USA = udang sotong ayam ye wahai tukang masak. Ada satu kedai kat Melaka tu dia letak telur mata dengan ayam dalam nasik goreng. Bila tanya, dia kata nasik goreng usa la ni. Apa beza dengan nasik goreng ayam? Apparaa!!
  5. Favourite colour - Putih, hitam, biru, kuning, merah, hijau…argh semua sukalah. Tapi warna-warni tak suka eheh. Kalau kamu suka warna-warni, boleh apply keje jadi badut eheh. Jangan marah arr..
  6. Favourite song - Susah nak jawab neh. Kalau tanya favourie genre song senang sikit. Banyak lagu suka, tapi buat masa ni Adi suka lagu Chantek dengan Here In My Home. Lagu Aku Stacey pun suka jugak eheh.
  7. Sikap yg membuatkan anda stress - Orang yang kelam-kabut. Tengok dia kelam-kabut, Adi pulak yang jadi serabut. Lagi apa ek? Jadi tak ingat pulak kalau dah orang tanya camni, padahal banyak.
  8. 3 benda yang mesti ada dalam handbag anda - Huhu. Adi bukan Awww nak pakai handbag² neh.
  9. Kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa?? - Tak ingat la pulak. Rasanya masa kecik² dulu kot time nak buang balut lepas sunat eheh. Sakit woo. Tapi lepas tu terus tak rasa sakit sebab citer Otromen Taro dah start main.
  10. Tag 5 rakan anda - 5 ke? Dua orang je yang rasa nak tag. Tak pernah tag lagi diorang ni haha. Kalau nak buat, buatlah. Kalau tak nak, tak kecik hati pun eheh. Orangnya ialah humblemodest dan jugak megat.