Posted by Adi on
August 23, 2008
8 pagi semalam aku start enjin DAR nak ke UTHM untuk raptai konvo aku pagi Isnin nanti. Entah macam mana tersilap masuk jalan, aku terpatah balik masuk kota KL. Melilau mata cari sign board ke Seremban. Lepas setengah jam lebih kurang gitu barulah dapat petunjuk ke sana. Terus masuk tol Sg. Besi sampailah ke tol Ayer Hitam dalam masa lebih kurang 3 jam untuk 300km.
Sesampai kat sana aku singgah Warung Kita untuk lunch. Cubit² lauk, pastu tanya akak kedai berapa kena bayar. 4 ringgit katanya. Huish, murahnya. Dulu kedai tu boleh dikatakan antara yang mahal dekat Parit Raja (tapi sedap). Skang ni rasa murah pulak sebabnya kat KL ni mana nak dapat makan semurah itu dengan kuantiti sebanyak semalam. Habis lunch aku ke rumah Ying pulak dia mintak tolong troubleshoot projek PSM dia. Check punya check, modem dia tak pasang antena. Patutlah tak dapat send SMS haha. Jenuh la gitu. Dia tak tau yang panjang berlingkar² dalam kotak tu adalah antena sebab gambar lain dalam user guide.
Kata pukul 2:30 start raptai. Tunggu dekat sejam lebih takde orang pun dalam DTII. Ramai manusia yang datang nak raptai rimas dah tunggu kat luar. Pukul 4 barulah diorang panggil masuk DTII. Diorang tayang video cara untuk pakai jubah konvo dengan cara untuk terima sijil. Adalah demo kejap diorang buat atas stage. Lepas tu nak buat raptai dari luar masuk ke dalam dewan, tapi budak² ni balik pulak. Kesian pihak pengurusan. Terpaksa batal raptai tu rasanya. Dewan yang penuh mulanya tinggal berapa orang je. Aku pun dah takde mood tengok ramai keluar dewan, aku pun samalah mengeluarkan diri untuk ambik jubah dengan Umar.
Round² gerai konvo, hambar. Tak semeriah dulu. Sejak tapak gerai konvo dipindahkan dekat padang golf, aku tak nampak langsung kemeriahannya. Rasa macam pasar malam pulak sebab buat satu line je dekat pinggir padang. Dulu buat kat parking kereta yang menghadap jalan raya. Nampaklah meriah buat kat situ. Orang luar pun boleh nampak ada pesta konvo tengah berlangsung.
Lepas Maghrib, Helmie nak tumpang balik KL pergi rumah kakak dia. Sampai kat Petronas Parit Yaani aku isi angin tayar kejap bagi best sikit nak drive. Tapi tayar kiri depan tu makin aku isi makin keluar. Kat pam digital tu pulak duk tunjuk error je. Aku fikir tayar tu bocor dah time tu. Ambik tayar spare, tukar terus dalam setengah jam. Sempat jugaklah berpeluh.
Pukul 2 baru sampai rumah. Aku makan angin malam kat KL kejap sebelum balik. Tapi tak masuk tengah bandar, takut tak jumpa jalan balik pulak huhu. Dua hari lepas dah keluar ke tengah bandar dengan Ustaz Zul tapi tak ingat² lagi jalan.
Penat, sabtu kerja.