Dia Teristimewa

Kugayakan kemeja yang dibeli beberapa minggu lepas seperti iklan syampu rambut lelaki, Clear, untuk dipadankan dengan seluar. Hitam nampak kemas, hitam itu bergaya, nama saya Rain. Haha, suka betul dengan iklan tu. Lepas puas bergaya, keputusan dibuat untuk kenakan kemeja outfit biru gelap Dapper dengan seluar jeans biru Levi’s.

Seawal 5 pagi kutersedar dari mimpi. Bas ke Kuala Lumpur bertolak pukul 8 pagi dari Batu Pahat. Seakan-akan tidak sabar untuk bertemu dengan si dia. Hati ini berdegup sekata, rasa rindu kian membara, diri ini segera ingin bertemu si dia. Walaupun baru berjumpa si dia beberapa minggu yang lepas di kampung, tapi peluang ini amat jarang ada, peluang berdua bersamanya. Inilah kali kedua kami keluar bersama. Selalunya kami sentiasa ditemani adik-adiknya. Paling tidak, kami berjumpa di rumahnya dengan ditemani abah dan mamanya. Keadaan sebegitu tidak sedikit pun merimaskanku. Kerana kutahu, itulah peluang untuk bergaul lebih rapat dengan keluarganya. Setiap kali berjumpa, pasti mereka ada bersama. Terasa seperti diriku sebahagian daripada keluarganya. Kadang-kala mereka memberi ruang kepada kami untuk bersendirian. Amat beruntung mempunyai keluarga yang amat memahami.

Bas KKKL bertolak tepat 8 pagi. Badanku menggigil kesejukan dek penghawa dingin bas tersebut. Kulihat ramai penumpang turut sama kesejukan dengan penghawa dingin yang sejuk melampau. Ingin saja kumenegur pemandu bas untuk perlahankan penghawa dingin, tapi kaki ini berat melangkah. Terasa diri seperti ikan di dalam peti ais. Baju dua lapis yang kupakai tidak cukup untuk memanaskan diriku. Kualihkan pemikiran sejuk badanku terhadap si dia. Kufikirkan detik-detik istimewa kami nanti, moga-moga rasa sejuk yang kualami hilang.

Baca lagi »

Steamboat Kasih

Tajuk ni idea daripada rumet Adi yang bernama Otai. Kenapa kasih? Maybe ikatan kasih sesama kitorang kot. Ataupun kasih sorang lagi rumet, Umar yang masak steamboat ni untuk kitorang berlima eheh. Umar memang suka masak. Ada sape-sape nak isi borang buat menantu mak ayah, kaunter pendaftaran dibuka skang eheh.

Ni antara pelahap-pelahap steamboat kasih. Sorang takde iaitu Adi. Takpe, tak nak publisiti haha. Idea buat steamboat ni datangnya daripada Umar lepas Otai bawak rice cooker hari tu. Tong-tong ah berapa sorang kena. Kenyang sampai tak ingat dunia makan. Untung ada ‘orang rumah’ ni haha.
Baca lagi »

Thumb Drive Comel

Macam-macam bentuk thumb drive ada skang ni. Apabila cabang kreativiti dalam otak dibuka, maka terhasillah thumb drive yang comel neh. Tengoklah thumb drive itik kat bawah. Comel kan? Kalau adik umur 2 tahun tengok ni mesti habis dipunah-ranahkannya huhu. Kalau korang beli thumb drive macam ni pastikan simpan elok-elok, ataupun simpan di tempat yang tinggi. Terjongket-jongket adik tu nak ambik tapi tak tercapai haha. Kesian dia. Kalau dia nangis mintak thumb drive itik ni jangan bagi pulak, silap-silap dia selam dalam air. Yang nayenye kitalah huhu.

Baca lagi »

Raket Baru

“Senangnya dalam hati, kalau berraket dua,” eheh, raket je. Kalau beristeri dua, mengamuk si dia nanti. Adi baru beli satu lagi raket baru. Sebelum ni Adi guna raket jenama ProAce. Murah je beli, RM100 time promosi. Sangat sayang dengan raket tu. Raket tu la yang buatkan ada orang takut dengan pukulan smash Adi eheh. Bukan nak bangga diri sendiri. Rasa bangga dengan daya momentum raket tu. Raket baru ni tak tau lagi macam mana. Raket yang Adi maksudkan adalah Yonex Nanospeed 9000 Type X.

Yonex Nanospeed 9000 Type X

Mesti nak tau berapa harganya kan? Jangan terkejut. Mungkin tak tercapai akalmu dengan harga raket ni. Bagi pemain-pemain badminton pastinya dapat agak dalam lingkungan berapa harga Yonex Nanospeed 9000 ni. Raket ni kat pasaran harganya dalam RM750. Terbeliak bijik mata haha. Ingat hanset je bleh cecah harga camtu, raket pun ada jugak rupanya. Tapi Adi manalah ada duit nak beli dengan harga RM750. Baik guna duit tu untuk beli digicam. Raket ni Adi beli dengan harga yang jauh lebih murah. Separuh harga pun tak sampai. Beli dengan kawan, brand new, bukan second hand. Kenapa murah? Nanti Adi bagitau eheh.

Baca lagi »

Rumah Baru

Akhirnya, wujudlah sudah blog peribadi Adi secara penuh. Sebelum ni Adi banyak cerita kisah diri Adi kat blog lagi satu. Blog tu sebenarnya khas untuk share info-info tentang Internet, komputer dan tutorial mengikut kategori tertentu. Tapi dah nama blog tu Story of Mine, Adi terbawa-bawa pulak kisah diri Adi kat sana eheh. Bermula saat ni, anything yang Adi nak cerita yang takde sangkut-paut kait-mengait sahut-menyahut dengan dunia Internet atau komputer akan Adi cerita kat sini.

Domain name

Adi menggunakan subdomain bagi domain carameltoffee.net. carameltoffee.net bukanlah satu rangkaian yang dikendalikan oleh Adi sendiri. Pemiliknya adalah Adlina. Terjumpa blog Adlina yang menarik, kreatif dan lain daripada yang lain secara tak sengaja masa merayau-rayau kat ruang maya neh. Dia ada tawarkan free blog kat blog dia. Kejap je Adi fikir nak ke tak, lepas tu terus hantar email application kat dia tanpa was-was macam iklan sabun Zaitun. Macam nak hantar resume mintak kerja pulak eheh.

Baca lagi »