Protected: Hari Paling Lama

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Dia Teristimewa

Enter your password to view comments

Claim Duit Undi

Dengar kata hanya orang yang mengundi di Kelantan je yang dapat claim duit tambang. Adi baru je balik claim duit tadi, tapi nilai yang Adi dapat kurang RM50 daripada nilai sebenar. Kemusykilan berlaku dalam benak kepala Adi bila orang yang check nama tu kata Adi daftar kat KL, bukan Johor. Pelik betul. Bukan Adi yang daftar sendiri untuk mengundi, tapi antara orang kuat BN kat kampung Adi yang daftarkan, sedara Adi sendiri. Orang tu kata mungkin tak sempat update. Biarlah, bukan Adi nak sangat duit tu. Adi cuma nakkan nilai tambang pergi balik je. Selebihnya Adi nak ‘pulangkan’ kepada rakyat. Cuma belum tau saluran yang macam mana lagi.

Dengar kata lagi, kat Tanah Merah boleh claim lagi banyak kalau balik dari Johor. Kat sini nilai paling tinggi cuma Johor dengan Perlis. Tak kisahlah berapa pun dapat claim. Yang penting kita undi atas dasar calon yang sesuai jadi pemimpin. Bukan undi atas nama parti. Seandainya parti yang diwakili calon tersebut bukanlah parti yang kita suka, tapi sekiranya calon tersebut adalah calon yang bagus, yang baik dan bertanggung jawab, maka dialah yang patut kita pilih. Amanah kita untuk memilih calon² yang sebetul²nya layak. Di akhirat nanti kita akan ditanya berkenaan dengan hal ini.

Kalau betul hanya orang yang balik ke Kelantan untuk mengundi je yang dapat claim, kenapa ini berlaku? Korang boleh dapatkan jawapannya kat blog kawan Adi sorang ni di www.izoblog.com.

Tanggung jawab sebagai pengundi dah lepas. Yang tinggal sekarang hanya keputusan undian. Dalam doa musafir Adi berdoa agar pihak yang menang adalah mereka yang bertanggung jawab, amanah, jujur, dapat berikan kemakmuran kepada negara tanpa rasuah, masalah sosial, duit haram, pemulihan akidah dan meningkatkan ekonomi negara tanpa penyelewangan wang.

Setuju sangat dengan khutbah Jumaat semalam tentang pemimpin yang amanah. Khutbah tersebut bukanlah berkisarkan tentang politik. Ianya lebih kepada ceramah agama yang buatkan kita berfikir lebih matang. Disertakan dengan hadis², nas² dan maksud ayat al-Quran, yang sepatutnya kita menerima kebenarannya tanpa ragu². Tapi masih ramai yang butakan mata, pekakkan telinga. Yang hak adalah hak, yang batil adalah batil.

Jadi Tutor + Balik Mengundi

Jadi tutor

Petang tadi dalam pukul 4 Adi jadi tutor kepada sorang student PSM I under Pn. Zarina Tukiran untuk ajar dia Adobe Flash CS3 (dulu Macromedia Flash). Sebelum ni Pn. Zarina pernah bagitau yang student dia buat PSM guna Flash. Katanya guna action script. Adi pun macam..wah..kagum², sebab Adi cuma tau sikit je action script Flash ni. Ingat habis belajar nanti baru nak belajar yang advance.

Masa tengah syok tidur waktu hujan renyai² pagi tadi, tiba² dapat SMS daripada student Pn. Zarina tu. Katanya Pn. Zarina suruh belajar Flash dengan Adi. Adi mulalah fikir, nak ajar apa, bukannya Adi tau action script yang advance² ni. Biasanya Adi cuma guna script yang simple untuk buat Flash. Tapi Adi setuju jugaklah, maybe boleh mengajar sambil belajar.

Terfikir jugak, kenapa Pn. Zarina suruh Adi ajar student dia? Fikir punya fikir, barulah teringat masa awal² semester dulu Pn. Zarina bagi assignment buat animation untuk proses scheduling dalam sistem operasi komputer. Dia tak kisah guna apa software. Apa lagi yang terlintas dalam kepala Adi kalau bukan Flash. Sejak Tahun 1 kat UTHM lagi Adi guna Flash. Itu jelah yang Adi tau. Power Point pun tak berapa pandai haha. Adeh!! Assignment tu tak buat² lagi rupanya. Tapi nasib baiklah PSM I student tu cuma guna script yang simple. Sebenarnya dalam istilah Adi, takde script langsung pun dalam PSM dia. Lagipun dia bukan buat CD interaktif macam yang sorang student master nak upah Adi buat semester lepas. Ini cuma banyak kepada animation yang menggunakan motion tween. Jadi taklah susah sangat :D

Balik mengundi

Pagi esok Adi ke KL dalam pukul 11. Pukul 9 malam baru balik kampung. Tiket BP-KB dah abis lama dah. Terpaksa lompat ke KL dulu. Tiket ke KL ni pun beli sebulan yang lepas. Yang bestnya dapat balik dengan si dia sekali :D Tapi si dia tak mengundi, tak sempat daftar.

8:30 pagi esok Adi kena jadi tutor lagi, sambung kelas tadi yang berjalan cuma sejam. Susah jugak nak bagi orang paham rupanya. Kelas tadi pun cuma sikit sangat yang dia dapat paham. Maybe cara pengajaran Adi yang tak betul. Takde bakat agaknya nak jadi pengajar. Esok kelas sampai pukul 10. Kena fikir pendekatan lain pulak macam mana nak bagi dia faham.

Sape² yang akan keluar mengundi pada 8 Mac nanti, buatlah pilihan dengan bijak. Banyak blog yang dah panas dengan entri² politik dalam seminggu dua ni. Adi tak nak buat entri pasal politik sebab tak suka sangat dengan politik² neh lagi² kat negara kita yang masing² nak kutuk antara satu sama lain. Tak suka pun, kena mengundi jugak sebab kita yang tentukan masa depan negara. So, buatlah pilihan yang bijak. Undi calon yang layak jadi pemimpin sebenar, jangan undi parti.

Awek Pegang Anjing

Dulu Malaysia digemparkan dengan gambar pelajar vaterinar UPM pegang anjing dan anak khinzir. Tak nak sebut khinzir? Ok. B**i. Tak jelas? Ok. Bab*. Nak jelas lagi? Ok. Ba alif ba ya. Arghhh…sangat jijik ingin menyebutnya. Apatah lagi mendukung, mengusap atau membelai haiwan kotor itu. Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya ‘Islam’, khinzir dan anjing adalah haiwan yang diharamkan untuk memegangnya. Apatah lagi berlaga pipi seperti yang ditunjukkan dalam majalah Mastika keluaran Februari 2008.

Tapi masih ada orang Melayu yang jelas berpewatakan Islam, membelai dan mengusap haiwan tersebut seperti kucing. Mungkin dengan kenyataan beberapa pihak yang mengatakan boleh dipegang asalkan kulit tangan kita atau badan haiwan itu tak basah terutamanya anjing, maka ada orang yang terus mengambil fahaman tersebut bulat-bulat tanpa usul periksa untuk memegang haiwan yang diharamkan pegang dalam mazhab Syafi’i di Malaysia. Termasuklah artikel yang Adi tulis balik dalam tajuk Awek Pegang Khinzir kat Amirez.com, petikan daripada seorang profesor UPM tentang dibolehkan pegang anjing atau khinzir dalam kes vaterinar, sebab ianya adalah tugas mereka.

Lihatlah gambar² kat bawah ni. Dua orang perempuan memegang dan membelai manja seekor anjing, ibarat tiada larangan terhadapnya.

Baca lagi »

Seni Debu Kereta

Ini kes malas nak basuh kereta punya pasal. Kereta yang berdebu tak basuh berbulan² memang nampak kotor, kadang² nampak jijik jugak. Tapi mamat ni ada idea yang baik supaya orang tak memandang kotor lagi terhadap keretanya yang sangat berdebu, sebaliknya memuji dan menyukai kereta debunya itu. Untungnya kalau ada otak yang kreatif. Tengoklah hasil kreativiti mamat ni mencorakkan kereta debu beliau:

 

Amacam? Cantik kan? Kalau nak save duit pergi carwash, tirulah macam beliau ni. Mesti takde dah orang duk kutuk² kereta kita, kononnya malas nak basuh. Lagi puji dan kagum adalah hehe :D