Sepetang di Kuala Lumpur

Best betul semalam keluar dengan si dia selama 6 jam kat KL. Dari pukul 12 sampailah pukul 6 petang, terus balik semula ke BP. Nasib baik datang hari Sabtu, orang tak seramai hari Ahad. Setiap kali naik tren mesti dapat temput duduk. Tapi cuaca agak panas semalam. Pening kepala rasanya. So…kami banyak luangkan masa dalam Sogo dan Pertama je.

Ramai betul orang kat Sogo, tak macam sebelum ni. Patutlah ramai, rupanya ada sale. Tak nak bazirkan masa, kami pun turun sama join dalam sale tu. Si dia asyik duk cari kemeja untuk dihadiahkan kepada Adi. Terkejut jugak, tapi gembira hehe. Banyak pilihan, tapi cuma satu je berkenan di hati, kemeja buatan Itali, Valentino Rudy. Cantik baju tu. Terima kasih wahai si dia :8

Baca lagi »

Pontianak dan Orang Minyak

Hooray!! Bebas!! Ingat lagu Bebas yang kumpulan…kumpulan apa ek? Kalau korang ingat korang nyanyilah sendiri. Adi tak ingat dah lagu tu..zaman kanak² ribena time tu hehe.

Pagi semalam tamatlah sudah paper paling last untuk final exam dalam tahun pengajian terakhir Adi kat UTHM ni. Lepas ni tak tau lagi nak sambung ke tak. Rest dulu, pastu keje. Dah puas keje, baru fikir nak sambung belajar. Perancangan tu ada, tapi jadualnya tak tau bila.

So what’s next? Siapkan tesis!! 11 pagi tadi baru hantar draf tesis kat penyelia. Sepatutnya hantar semalam, tapi terlewat sikit je sebelum dia balik. Isnin ni dia bagi balik sama ada dah ok ataupun kena betulkan lagi. Kalau dah ok, hari tu jugak Adi hantar untuk jilid. Esoknya dah boleh hantar kat fakulti. Seterusnya, dah boleh balik kampung ho ho yeah!!

Mesti korang tertanya² apa kaitan dengan dah habis belajar dengan tajuk pontianak dan orang minyak? Aha, ni nak habaq mai neh. Mungkin korang dah tau, mungkin jugak tidak. Dalam Harian Metro baru² ni (tak tau bila), kawan Adi, Wan namanya ada bagitau berita pasal orang jumpa pontianak tengah menangis kat Melaka. Betul ke tak berita tu, entahlah. Yang bestnya, Adi ada video pontianak (137) tu. Download je, free Adi bagi sempena hari merdeka untuk diri sendiri eheh. Tapi ada password. Saje ngada² nak letak password. Nak tau password? Kena baca lagilah.

Baca lagi »

Hidup Seawal Subuh

Subuh

Indahnya dunia terasa bila kita bangun seawal 5:30 pagi tanpa rasa mengantuk. Lagi indah bila azan Subuh berkumandang kita bersiap² untuk ke masjid solat berjemaah. Terasa dunia ini indah, nikmat, selesa dan tenang.

Terjaga 5:30 pagi tadi dengan badan yang serta-merta segar. Buka komputer seminit dua, lepas tu siap ke masjid. Buat pertama kalinya dalam dua semester ni Adi berjemaah Subuh di masjid UTHM. Sejak duk kat TDI ni yang jauh dari masjid, selalu tak sempat nak solat jemaah kat sana. Biasanya bangun pukul 6:30, waktu jemaah dah pun balik. Dulu duk kat TSN. Dari bilik Adi boleh nampak pagar masjid. Kat TDI pun ada surau, selesa jugak, bersih lagi. Bak kata Ustaz Kamal, takde roh nak solat kat situ sebab hati dah terpaut pada masjid. Begitulah juga Adi rasa. Sejak Tahun 2 pengajian lagi Adi menghadap masjid. Situlah tempat Adi sujud kepadaNya. Tapi skang, susah benar rasanya walaupun tak berapa jauh. Insaflah wahai diri ini huhu.

Baca lagi »

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008Salam petang. Esok bersamaan dengan 13hb April 2008 Adi akan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 yang bertempat di PWTC bersama dengan si dia. Agenda lain selain nak jumpa si dia, Adi ada gathering bersama dengan geng² Hellobebeh Community yang buat julung² kalinya Adi join gath bersama diorang. Sebelum ni asyik tak jadi je huhu. Gath tu jugak buat kat PWTC yang dinamakan Gath Pesta Buku 2008.

Siapa Hellobebeh Community

Sebagai pengetahuan, Hellobebeh Community adalah terdiri daripada member² forum yang minat dengan komik Blues Selamanya dan jugak sebahagian warga Blues Selamanya. Sayangnya komik tu dah tak dikeluarkan lagi atas sebab² tertentu.

Agenda lain

Adi jugak nak tengok lebih dekat depan² mata beberapa orang selebriti yang Adi kagum seperti Dr. Irfan Khairi, saudara Zamri Nanyan dan Zul Smartusaha. Adi panggil diorang selebriti sebab diorang adalah selebriti Internet yang bekerja sepenuh masa sebagai usahawan Internet yang halal. Kenapa ada perkataan ‘halal’? Korang sendiri pun tau :)

Adi jangkakan Gobala Krishnan, Azizi Ali dan jugak SaifulSham pun akan turun ke PWTC. Diorang semua ni adalah mentor tak langsung Adi sepanjang lebih kurang setahun yang lalu. Harapnya dapatlah jumpa diorang semua ni esok.

Esok hari Ahad, jomlah ramai² ke sana ;) Maklumat lanjut tentang Pesta Buku Antarabangsa KL 2008.

ps: baru beli digicam. bleh amik gambar esok :D

Fitna Menghina Islam

Rasa terpanggil untuk post berkenaan dengan Fitna ni walaupun agak terlewat tapi perkara ni perlu diingatkan selalu. Balik dari solat Jumaat tadi Adi tanda tangan satu borang yang disediakan oleh Pusat Islam UTHM sebagai bantahan kepada filem Fitna dan memboikot barangan dari negara Belanda. Adi yakin badan-badan lain pun ada yang buat tindakan macam ni, mungkin dalam bentuk yang lain. Tak kiralah macam mana bentuk cokelat sekalipun, yang penting rasanya adalah sama. Oh ye, sebut pasal cokelat, Ferrero Roche antara produk Belanda yang diboikot.

Dah ramai yang berikan pendapat dan jugak artikel berkenaan dengan kes penghinaan Islam ni. So ni sebahagian senarai blog² yang buat entri berkenaan dengan Fitna:

Sape penulis skrip filem ni? Geert Wilders! Dia neh ahli politik Belanda sejak 1998. Nak tengok gambar dia?

Baca lagi »