Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah..akhirnya habis juga baca buku setebal 227 muka surat ni. Aku Terima Nikahnya adalah buku hasil penulisan Ustaz Hasrizal atau nama glamernya Abu Saif yang mengisahkan tentang hal-hal rumah tangga sebagai suami isteri dan ibu ayah.

Si dia bagi buku ni kat Adi minggu lepas. Lebih kurang seminggu baru Adi dapat habiskan. Tak boleh lawan si dia yang boleh habiskan dalam 8 jam hehe. Si dia memang kuat membaca, Adi pulak baca sikit-sikit tapi suka fikir lepas habis baca beberapa perenggan. Memang tak boring baca buku ni. Abu Saif mengolah penerangan dalam bentuk cerita kehidupan, kehidupan dirinya dari seorang bujang hinggalah bergelar bapa. Macam mana dia boleh berkahwin dengan isterinya tanpa mengenali rupa parasnya membuatkan Adi rasa kagum. Cinta selepas kahwin, itulah dia. Tak mustahil untuk mewujudkan kebahagiaan rumah tangga. Tapi sangat sukar dilakukan masyarakat kini, tanpa pegangan agama yang kuat.

Satu ungkapan yang paling Adi suka dalam Aku Terima Nikahnya ni adalah ‘Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah’. Sangat setuju, itulah yang kami amalkan waktu si dia belajar kat Queensland University of Technology, Australia. Berjumpa jarang sekali. Selalunya kami berjumpa kat rumahnya, bual-bual dengan mak ayahnya, adiknya, kadang-kadang kucingnya yang bernama Chindai. Adi tenang begitu. Rasa diredhai keluarganya.

Sejak Adi balik kampung sebulan lepas, Adi buat solat istiqarah berkenaan pemilihan sesuatu untuk masa depan. Lama Adi tunggu petunjuk tapi tak datang2. Bila si dia bagi Adi buku ni, Adi rasa inilah petunjukNya. Adi rasa Adi dah buat keputusan yang terbaik untuk masa depan Adi bersama si dia nanti. Olahan santai Abu Saif dalam Aku Terima Nikahnya banyak berikan tunjuk ajar dan pengajaran. Alhamdulillah.

Elok sangatlah remaja baca buku ni. Buku ni mengajar kita perkahwinan itu bukan sekadar menghalalkan apa yang haram ketika ini. Ia lebih kepada tanggungjawab, persediaan menjadi suami isteri atau ibu ayah, dan lebih penting kehidupan kita seterusnya. Adi tak klasifikasikan Aku Terima Nikahnya sebagai sebuah buku agama. Ia lebih kepada buku motivasi Islamik. Kalau cakap buku agama, rasanya ramai yang tak nak baca. Takut nak baca sebab dia tau kesalahan yang dia buat. Jadi dia tak nak terima kebenaran atas kesalahan yang dia telah lakukan. Umat Islam kini memang begitu…

RSS feed | Trackback URI

16 Comments »

Comment by humbleandmodest
2008-06-07 13:52:40

xlame lagi org kampong mkn nasi minyak le ek???

:)

hehe…

humbleandmodests last blog post..Ini Kisah Dongeng

Comment by Adi
2008-06-07 14:18:16

hehe.mkn nasik dagang kot.beras wangi je yg murah.
xpun pulut kuning :)

 
 
Comment by qider
2008-06-09 09:36:06

hik hik hik..hg pulak baca buku ni ye? sume bab2 dlm buku tu act esktrak dari blog ustaz hasrizal jugak..tapi besh kan baca?aku ni tgh tunggu nak bagi kat ’sapa’ buku tu…ehehehe :D
qiders last blog post..And it’s weekend again..

Comment by Adi
2008-06-09 10:03:17

a’a. patutlah aku rs mcm penah baca je hehe.
hg simpan elok2 buku tu..balut kalau boleh..
nati hg bglah kat mr green tu ;)

 
 
Comment by aNiS
2008-06-09 11:45:15

heheeh mcm2 ahh :) :neo: :pff:
aNiSs last blog post..Kahwin Orang miskin & Kahwin Orang Kaya

Comment by Adi
2008-06-11 19:54:09

hehe.nak pinjam buku lagi :)

 
 
Comment by megat
2008-06-10 14:28:13

lihat pada tajuk ingatkan penulis yang akad nikah eheh rupanya tajuk sebuah novel. aku minat baca novel lepas n bolehlah aku cari novel ni.

megats last blog post..Psikologi : Jujur. Setia. Percaya.

Comment by Adi
2008-06-11 19:55:57

eheh.buat persediaan neh :)
aku x minat baca novel,tp kalau org bg aku baca hehe

 
 
Comment by draxter
2008-06-10 22:00:17

Hmm bercinta selepas berkahwin,sangat menarik. Oh ini adalah persediaan kamu ye. Semoga berbahagia hendaknya

Comment by Adi
2008-06-11 20:02:13

trimas draxter. insyaAllah :8

 
 
Comment by humbleandmodest
2008-06-10 23:08:09

ko pon sokong firefox 3 donlod day???

hehe….

:pff:
humbleandmodests last blog post..Jangan Percayakan Aku

 
Comment by humbleandmodest
2008-06-10 23:08:29

برجالن-جالن :oh:
humbleandmodests last blog post..Jangan Percayakan Aku

 
Comment by kakeru
2008-06-11 19:57:01

Buku ni mmg bagus, tapi masih tak abis baca lagi..huhu… Klu tak dah lama ulas dah…

Comment by Adi
2008-06-11 20:03:47

a’a mmg bagus sgt2 buku ni

 
 
Comment by umiraudhah
2008-07-06 12:52:45

Frasa ” bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah” dipetik dari sebuah lagu yang jd lagu tema cinta akak 13 ys ago. x jadi nikah pun. Seteguh mana pun cinta, sehebat mana dijaga, Allah jua yang tentukan penyudahnya. Alhamdulillah, Allah ganti dengan yang lebih baik.

Comment by Adi
2008-07-06 17:36:17

oo ye ke kak.
lirik lagu rupanya.
tp best jugak frasa tu eheh.

betul tu kak. Allah yg tetapkan. kita cuma hambaNya.
syukurlah akak dpt yg lebih baik.
sy pun dh byk kali bercinta.
setiap kali putus..Allah kurniakan yg lebih baik.
walaupun dh buat solat istiqarah n dpt petunjuk tentang si dia,tp sy x menaruh harapan 100% dpt hidup bersamanya.

Adis last blog post..Sepanyol Juara Euro 2008

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post