Download Komik Ubi Percuma
Posted by Adi on
August 20, 2008
Aku baru tahu yang kartunis Ubi skang ni dah ada blog sendiri. Zaman sekolah menengah dulu aku takkan miss beli majalah Ujang, semata² nak ikut cerita Aku, Dia & Wolkswagen. Watak Ubi dalam cerita tu memang ada sangkut menyangkut dengan diri aku zaman sekolah dulu. Ubi yang suka kat Kak Zurina, Kak Zurina pulak anggap Ubi macam adik. Dulu aku pun ada perasaan macam tu kat seorang kakak yang skang ni dah ada anak pompuan, birthday sama dengan aku, baru 9 bulan.
Baru je tadi subscribe untuk download komik Ubi kat blog dia. Baru download tapi belum lagi baca. Kalau komik Ubi, aku jamin ianya pasti menarik. Habis kerja ni nanti nak menelaah komik Aku, Dia & Test eheh. Tajuk hampir sama dengan komik lama. Best. Nampaknya aku tak download dah komik Naruto, dah ada komik tempatan yang kena dengan jiwa dan raga. Naruto, download anime jela eheh.
Kalau tak silap, Ubi skang ni dah cuba menjadi Internet Marketer. Baru² ni dia join satu program Usahawan Internet yang aku lupa kat mana. Tengok pada blog dia pun dah macam IM yang lain cuma dalam bentuk kreativitinya sendiri. Jujurnya aku cakap, cara Ubi sebagai IM lebih menyenangkan aku.
Kalau kamu peminat Ubi sejak kecik, rasa nak download komik² Ubi yang diberi percuma, sila²lah ke www.kartunisubi.com. Memang berbaloi membaca



dah lama aku dload komik percuma ni. ubi mmg best. aku tak pernah ketinggalan membaca majalah hasil nukilan darinya.
terkejut juga ubi sudah menjadi usahawan internet!?
megats last blog post..Kemaskini Laju, Berubat Dan Bisnes
aku baru je tau smlm eheh.
sblm ni susah nak ikut perkembangan dia…
juz tanya khabar kat forum hellobebeh je.