Malas
Posted by Adi on
September 11, 2008
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”



hehehe bagus tul cite neh…
kdg2 rs..nk nulis pn malas
aniss last blog post..Kekalkan Hubungan Bersama yang Tersayang
hehe. memang malas tahap tertinggi tu
aku dah baca lawak neh..tapi kali kedua baca kat sini, part aku aku plg tak tahan,malas yang last tu..adeh2 (gelak guling2)
qiders last blog post..Cold and cool, my type huh?!
haha..guling2 lagi. bagus utk tubuh badan
Adis last blog post..Wanna Try Some Pussy?