Konvo Akhirnya
Posted by Adi on
August 27, 2008
Alhamdulillah..dah konvo rupanya aku eheh. Tapi majlis konvokesyen ke-7 UTHM Isnin lepas aku rasa banyak yang spoil. Bukan silap pengurusan, tapi silap mahasiswa² yang macam tak pernah tengok orang konvo macam mana, memang pun. Kemungkinan besar jugak mereka yang buat spoil tu tak datang raptai Jumaat lepas. Ada jugak yang buat gaya macam pelajar AF terima ijazah. Peminat tegar AF agaknya. Memalukan nama mahasiswa.
Penat betul hari tu. Hari tu jugak nak setelkan semua; ambik sijil, tangkap gambar yang latar belakang buku tu, hantar jubah, pastu hantar family balik kampung naik bas. Ingat nak terus balik KL, esoknya kerja. Tapi rasa tak sihat pulak. Ambik mc satu hari, lepak hotel yang berbaki 16 jam sebelum check-out.
Asalnya aku tak nak pun konvo. Aku tak suka majlis² yang formal. Tapi bila dah pakai jubah lengkap, lepas tu berarak mengikut giliran ke dewan konvo, perasaan bangga campur terharu tiba² datang. Rasa sangat² rugi kalau tak datang konvo. Kemungkinan hanya sekali seumur hidup. Ibu bapa lagilah nak tengok anaknya konvo.
Kenapa topi aku nampak pelik? Puas dah betulkan tapi macam tu jugak jadinya haha. Biorlah. Gambar kat atas aku bersama Ikmal, tukang urut dan tukang gunting rambut aku masa kat Blok D eheh. InsyaAllah ada masa jumpa lagi.
Terkilan jugak tak sempat ambik gambar dengan kawan² lain. Lepas terima skrol diorang lesap entah ke mana. Nak jumpa lecturer pun tak sempat, semua nak setelkan dalam satu hari. Satu hari yang memenatkan tapi happy. Terkilan lagi bila terfikir beberapa orang kawan yang tak sempat konvo. Ada yang kena buang, ada yang sendiri membuangkan diri daripada belajar, ada yang jadi tak betul disebabkan tekanan pelajaran, ada jugak yang tak sempat konvo kerana dipanggil menghadap Ilahi.
Apa² pun, tahniah untuk semua. Konvokesyen bukanlah penentu kejayaan masa depan yang sebenarnya. Tahniah kepada para graduan UTHM 2008.






omedeto omedeto (bow)
qiders last blog post..Dua Perkara (Part 2)
arigatou
congrat…aku hampir terlupa ko konvo tahun ni…sori lambat wish.
aku lg sedih ada org tanya..”eh bukan ke ko ada 1 sem lg?”
sampai bila aku nak duk kat parit raja tu wei huhu
cukuplah 5 tahun
Adis last blog post..Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 Malaysia
jangan cakap cenggitu,aku neh siap bleh melompat bila nampak oil palm..dulu time stadi kemain tensen kalau nampak oil palm..rendunya pose kat parit raja,pasar pagi n bazar ramadhannya,pyan gelas besar..siap time konvo insep ritu,aku bleh tlupa yg aku penah benci bau kilang sebelah hostel kita tu huhu…
well,tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pulak tempat stadi..(tapi kalau bagi pilihan,aku kompom tanak sambung masters kat ctu..ehehehe)

kalau aku,soklan aku, “hang bila nak konvo neh?”
qiders last blog post..Dua Perkara (Part 2)
bila kita dh tinggalkan ito barulah rasa bestnya duk sana dulu. ms study rs nak keluar cepat2 pulak eheh.
kalau duk sana mmg best, tp kalau nak study bertahun2..maaplah.penat dh study huhu
Adis last blog post..Rakyat Patriotik
adeh ketinggalan rupanye..
congrats lil bro!!!
(nk bg virtual flower tp tak reti nk cari kt mane hehe)
smoga semangat belaja tak berakhir di situ saje ye, keep on learning.
cikyins last blog post..hari tanpa produktiviti
thx2
wish pun dh cukup.
nak blaja gk tp lum terbuka pintu hati eheh
Adis last blog post..Peluang Menjadi Blogger di Humairah.net