Cuti-cuti Melaka
Posted by Adi on
July 6, 2008
Lama jugak tak update. Adi ke Melaka sebenarnya hari Khamis lepas. Pukul 10 malam semalam baru sampai, tapi singgah rumah nenek dulu makan nasik. Nak singgah kedai, tak kenyang mana. Nasik nenek jugak jadi idaman eheh.
Tak nak cerita pasal percutian Adi ke Melaka, takde yang best selain pergi zoo Melaka je haha. Percutian yang tak dirancang. Alang-alang nak hantar adik kat UiTM Lendu, ma cakap nak stay 2 malam kat sana, duk kat Hotel Seri Malaysia.
Rabu malam Khamis, Adi dapat SMS daripada Helmie yang dia secara tiba-tiba tak jadi nak teman Adi ke Melaka hantar adik. PC yang dia baru beli 2 hari sebelumnya ada prob. Jadi dia nak pergi kedai tu balik hari Khamis. Sabtu dia dah nak balik UTHM. So, alternatifnya family Adi semua ikut sekali ke Melaka. Jadilah macam pergi bercuti eheh.
Pukul 10 baru bertolak dari rumah sebab ma kena pergi sekolah dulu setelkan beberapa hal. Tak sampai setengah jam drive, Adik tanya Lan bila dia masuk daftar. Hari Jumaat katanya Lan. Masa tu Adi teringat lesen driving, hidup lagi ke tak. Keluarkan wallet, tarik lesen, berkedip-kedip mata tengah fikir tahun ni tahun 2007 ke tahun 2008. Tanya ma, ma cakap tahun 2008. Aiyark!! Lesen dah 2 bulan lebih mati huhu. Selama ni Adi ke hulu ke hilir sampai ke Dungun, Penang dengan lesen yang dah tak bernyawa. Nasib memang baik, tak kena tahan polis pun.
Masa tu kat Pulai Chondong. Cari pejabat pos nak renew lesen. Ramai betul manusia duk beratur. 15 minit tunggu. Tiba-tiba pulak Internet tak dapat. Hampeh. Macam mana nak renew takde Internet kalau kat pejabat pos.
Masuk kereta, bergerak ke Machang. Call makcik yang mengajar kat SMK Hamzah 1, mana pejabat pos terdekat. Makcik cakap pergi JPJ teruslah senang. Baru teringat pasal JPJ. Bukan ape. Dalam hati ni tak suka JPJ yang suka menyaman orang ni eheh. Sebab tu tak tersemat dalam kepala Adi pasal JPJ. Tapi dalam kes ni kenalah jugak ke tempat yang paling Adi tak suka tu.
Mula-mula tak jumpa JPJ Machang. Dua kali round barulah jumpa. Dulu warna biru. Sekarang ni warna oren pulak. Ingat sama macam balai polis yang sinonim dengan biru gelap.
Ambik nombor, 1169. Tengok angka giliran terkini, 1120. Tengok kaunter pulak, ada 8 tapi cuma 4 je beroperasi. Lemah semangat dah. Entah berapa lama baru sampai turn. Nak tak nak terpaksalah tunggu, nak hantar adik punya pasal.
Laju jugak nombor bertukar giliran. Ada yang tak datang masa dipanggil. Bagus jugak, cepat sikit sampai giliran. Tapi Adi perasan sorang laki ni yang cerdik. Nombor giliran dia 1185. Masa tu baru panggil nombor 1148. Dia tengok takde orang ke kaunter, dia pun bangun buat-buat macam nombor 1148 tu nombor dia. Hampeh. Ini potong queue namanya bang. Orang lain pun menunggu jugak. Nak jugak Adi buat macam tu tapi kesian pulak kat orang lain yang dah tunggu lama sebelum Adi.
12:06 tengah hari baru gerak dari JPJ Machang ke Gua Musang, berenti solat kat situ. Pukul 10 malam baru sampai Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh. Sampai bilik hotel, layan national geographic sampai pukul 1 pastu baru tido eheh.

machang! teringat masa sekolah kat SMK(A) Wataniah uhuhu. selamat bercuti!
megats last blog post..Politik Negara : Fitnah!?
oo skolah wataniah rupanya.ada 2 org kwn blaja kat situ..spm 2001
sebut pasal melaka teringat masa abis spm dulu, 1st time kerje kat sifano siber cafe kat plaza hang tuah…syahdu..syahdu..
zaidis last blog post..Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet
1st time keje mmg pengalaman yg best