Kem Pelajar Hardcore di Lembah Pangsun

First time pergi Kem Nur Lembah Pangsun. Memang best kat sana. Nur Lembah Pangsun ni letaknya di Hulu Langat, Selangor. Dua hari aku kat sana dengan staf² motivasi yang lain untuk bagi motivasi pencetus kesedaran kat student² hardcore sebuah sekolah kat Cheras. Diorang memang betul² hardcore punya student. Itulah kali pertama kitorang berdepan dengan student yang kepala batu, degil, banyak masalah tingkah laku dan macam² lagilah. Penat nak sebut satu², banyak sangat masalah diorang.

Kata bos, program dua hari satu malam memang tak cukup untuk diorang. Setiap slot mesti mengikut flow yang betul kalau nak menyelam ke dalam lubuk hati budak² ni. Sekurang²nya tiga hari diperlukan.

Hari pertama, jelas lagi nyata diorang nampak bosan dengan slot pertama haha. Kalau aku pun mesti bosan tahap dewa. Baru je sampai dah mula ceramah yang agak berat. Sebenarnya kitorang ingat student² tu macam student² bermasalah yang lain. Tapi yang ni memang pelik perangai. Sakit kepala dibuatnya. Patutlah cikgu² diorang dah tak sanggup nak brain wash budak² ni.

Waktu tido yang paling kitorang risau. Mana taknya, dorm laki dengan pompuan bertentangan. Jarak pintu dorm laki cuma lebih kurang satu meter lebih dengan pintu dorm pompuan. Diorang ni budak² bermasalah. Dibuatnya yang laki masuk dorm pompuan, habislah. Kitorang berjaga kat luar sampai 2 pagi. Syukurlah takde pape berlaku kecuali ada 4 orang student laki yang keluar senyap² untuk hisap rokok pukul 4:30 pagi.

Hari kedua, diorang tunjukkan perubahan. Nampak lebih mengikut kata, lebih baik, lebih sopan kalau nak dicompare dengan hari pertama. Masa aku bagi ceramah pendek untuk isi kekosongan masa, ada dua orang yang suruh lain² diam. Hari sebelumnya jangan harap ada sorang nak kawal keadaan.

Sempat jugak aku bual² dengan ustaz diorang. Ustaz tunjukkan kat aku sorang² student yang ada masalah besar. Ada yang lawan cakap cikgu pompuan. Itu biasa. Ada yang kuat hisap rokok. Itu jugak biasa. Mana² sekolah pun ada. Paling aku terkejut, ada student pompuan yang minum arak. Kalau laki aku tak heran. Kat sekolah aku dulu pun ada. Ini pompuan. Apa nak jadi dengan diorang ni. Bila selidik mak ayah diorang, kebanyakannya ada masalah. Ada yang mak ayah dah bercerai. Ada yang terlalu sibuk dengan kerja, pangkat besar². Ada yang terlalu manjakan anak sampaikan datang sekolah marah cikgu sebab denda anak diorang. Lepas tu suruh cikgu mintak maaf kat anaknya. Tak macam dulu². Mak ayah serahkan kat cikgu² untuk buat apa je yang patut asalkan tak melampaui batas. Tapi skang, cikgu nak cubit pun tak berani. Lagi² kalau anak dato’. Jangan main².

Orang macam diorang ni kena ajar sikit. Kitorang buat satu aktiviti dipanggil blind train. Semua kena tutup mata lepas tu jalan mengikut tali yang dah diikat siap². Naik bukit, panjat tunggul, masuk sungai, macam² haha. Pekak telinga dengar budak² pompuan pekik. Menangis pun ada sampaikan tangan terketar² sebab terlalu takut. Mata dibutakan, tak nampak apa kat depan. Dalam hutan pulak tu. Kesian. Tapi kesannya, diorang mula berubah dalam slot terakhir iaitu slot Noktah Kehidupan.

Dalam slot terakhir diorang semua terdiam. Yang pompuan ramai menangis. Yang laki tertunduk dengan mata merah. Cara penyampaian ustaz Azlan memang betul² dapat menusup hati batu diorang. Kasihan. Diorang baru kenal kehidupan. Bila tanya pasal solat langsung tak tau cara untuk solat dengan betul. Ambik wuduk pun tak ikut tertib; masa bila nak basuh tangan, masa bila nak basuh kaki. Sedih tengok diorang. Hidup dalam kejahilan. Mandi wajib pun tak pernah. Cikgu² meluat pandang diorang, tapi kami pandang dengan kasihan. Diorang perlu dibentuk semula. Kerja berat untuk bentuk rebung yang hampir matang menjadi buluh.

Terlalu banyak yang nak aku ceritakan pasal diorang. Tapi bukanlah semuanya jahat. Ada yang baik yang dapat kita ambik walaupun diorang ni jahil. Kalau nak cerita, esok pun tak habis rasanya. Penat pulak nak baca eheh. Setakat ni dulu pasal diorang. Esok program kat PTPL pulak untuk budak sekolah. Entah macam mana esok huhu…

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by megat
2008-08-09 02:27:08

wah menarik citer ko kali ni. dapat juga pengalaman menjaga student yang macam tu.

dan secara tak langsung ko akan belajar mengenai psikologi manusia.

Comment by Adi
2008-08-11 08:56:15

baru kenal dunia remaja sebenar huhu

 
 
Comment by naughtyprop
2008-08-10 14:53:09

wah, nur lembah pangsun! dekat dgn umah aku eheh
walau cmne pun dorg, dah jadi tugas ko skrg utk ‘basuh’ dorg. so kuatkan semangat n byk2 bsabar k. Chaiyok2!

Comment by Adi
2008-08-11 09:00:44

oo ye ke prop.
kalau aku tau..leh ajak ko sekali eheh

 
 
Comment by humbleandmodest
2008-08-11 08:58:35

hohooo…
tugas pertama ko sebagai motivator… (?????)

humbleandmodests last blog post..Olimpik 2008 | Beijing

Comment by Adi
2008-08-11 09:52:18

eheh.lum jd motivator lg.
tp rsnya aku x layak..xpandai kawan intonasi suara huhu

 
 
Comment by naughtyprop
2008-08-11 14:02:32

intonasi suara tu bleh bljr n latih pelan2.
cm org nyanyi gak la. bkn trus terer cm faizal tahir tu (terer ke dia? eheh).

ala…ko duk dpan org ramai pun dah lepas ke?
kalu xlepas lagi (dada tu masih main muzik rock lagi), blatih byk2 lg r.

ops, bkn nak lemahkan semangat ko. tp memandangkan ni dah jadi tugas or keje ko. kena siyes la beb. even bende kecik pon. cz hasilnya, duit yg bakal ko makan tiap ari. nak ke makan dari duit yg mana hasilnya dari ko wt keje yg sambil lewa? tidak kan? cz ko pun pnah ckp kat aku ko xske dpt duit dgn cara cmtu. 1st time dgr ko ckp gtu, aku respek semangat ko bro. ko ckp time kita mkn cendol kat prt raja 1 ketika dlu.

Comment by Adi
2008-08-12 08:47:02

ooo igt ko ek eheh.
intonasi utk motivasi ni sgt2 lain dgn intonasi jd mc ms baktisiswa dulu. silap intonasi, ceramah tu x berkesan. aku sgt2 lemah tang tu. intonasi utk lecturer boleh buat lg, tp dlm tugas ni..tugas berat. dh la suara aku jenis mendatar huhu. tp maybe aku x jd motivator. nak mintak jd web n slide designer ngan teknikal je. itu pn dh byk keje

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post