PC Baru
Posted by Adi on
June 24, 2008
Susah betul nak online skang ni. Internet selalu je tak dapat. Kalau dapat pun punyalah lembap macam kura-kura. Satu lagi sebab musabab Adi tak update blog ni, motherboard (mobo) Adi rosak huhu.
Kisah bermula Jumaat lalu lepas Adi try untuk update BIOS. Tak pernah2 buat, hari tu memberanikan diri mengambil risiko. Adi guna mobo brand Msi. Msi ni sediakan live update dari web diorang. So Adi pun updatelah ikut arahan, sampailah suatu ketika…
Macam biasa Streamyx skang ni tidak berada dalam keadaan stabil. Masa Adi tengah update time tulah dia nak putus. Maka proses mengupdate BIOS atau dalam istilah komputer disebut flash BIOS tak berjaya. Adi klik Cancel. Komputer berjalan macam biasa sampailah Adi reboot…
“PLEASE INSERT SYSTEM DISK AND PRESS ENTER”
Adeh. Parah ni. Belum sempat masuk BIOS dah keluar mesej tu. Cubalah jugak try2 ilmu yang ada tapi semua tak jalan. Last2 terpaksa hantar kedai hari Ahad lepas.
Brader tu cakap kena hantar kilang nak reset BIOS. Lemah jugak dengar tapi apa nak buat. Katanya 2 minggu paling kurang baru siap. Runtuh jiwa lara nak tunggu komputer kesayangan Adi ni sihat kembali. Adi merelakan ia dimasukkan ke wad dengan perasaan hiba.
Esoknya brader tu call. Katanya mobo yang rosak, terpaksa beli baru. Aduss, duit lagi. Takpelah, tukarlah yang baru pun. Katanya RAM Adi tu boleh guna lagi tapi graphic card tak boleh guna dah. Adi punya jenis AGP. Yang kat mobo tu slot untuk PCIE. Takpelah, tak penting pun. Bukan main game pun kat PC ni. Selasa petang katanya boleh siap.
Petang tadi dalam pukul 4 Adi ke kedai untuk menjemput PC Adi pulang ke rumah. RM170 kena. Harap2 ia sihat untuk jangka masa yang lebih lama. Nasib baik jugak cuma 3 hari je masuk wad. Kalau tak, banyak keje tergendala. Mobo murah, camtulah.



jika tidak lebih lama ku tunggu untuk post baru menjelma…

humbleandmodests last blog post..Firefox | Greasemonkey
uiks.jgnlah seksakan dirimu.
apa kata subsribe je.kan lebih senang
nati aku buat form utk subscribe via email
hehe.. beli baru jer bro..
aku pon tgh mencari yang sesuai dan kena ngan bajet nie..
menteils last blog post..Aku Boros?!!
beli dh bro.oklah jugak compare ngan yg lama.yg ni senyap sket