Ionizer - Penyaman Udara Elektrik

Adi baru dapat satu produk, perkakas, alat, bendalah atau menatang yang teramat sangat (penggunaan kata penguat yang salah ni, jangan ekot!!) berguna kepada tubuh badan kita. Bendalah tu sampai petang semalam kat rumah Lan, kawan Adi. Terpaksa guna alamat rumah dia. Kalau guna alamat kolej kediaman ni yang sepatutnya sampai sehari jadi seminggu baru sampai huhu. Penghantaran cuma mengambil masa sehari dengan Skynet dalam hari bekerja. Duk cakap je, apa bendalahnya?? Ok ok. Ni gambarnya:

Ionizer

Ianya dipanggil Ionizer, sejenis penyaman udara atau dalam bahasa mat salleh Air Purifier. Selalunya kita guna aroma macam Airwick atau Glade sama ada dalam bentuk cecair ataupun gel. Tapi bendalah ni menggunakan teknologi ion untuk meneutralkan udara dalam ruang tertutup contohnya dalam kereta atau bilik. Ada banyak jenis, tapi Adi pilih yang ni sebab murah dan memang disyorkan oleh sape-sape termasuklah pensyarah Adi. Yang ni jenis GH-2115.

Adi order secara online kat kemenonline.com dengan harga RM66 termasuk shipping. Pembayaran pulak melalui Maybank2u. Sape-sape yang ragu-ragu dengan pembelian melalui Internet, bolehlah tinggalkan pemikiran sebegitu. Adi dah lama buat pembelian dari Internet sama ada produk digital atau fizikal. Setakat ni belum ada lagi kes penipuan yang Adi jumpa dalam urusan jual beli. Lainlah kalau korang nak join skim cepat kaya atau HYIP, sangatlah berpotensi untuk ditipu hidup-hidup.

Adi dah pasang dah kat kereta bendalah ni eheh. Guna tempat cucuh rokok dalam kereta tu sebagai sumber kuasa bendalah ni. Boleh letak atas dashboard, double-tape disediakan. Kalau takde pun, korang beli je kat mana-mana kedai yang berhampiran. Hasilnya, udara jadi segar tanpa bau. Fungsi bendalah ni adalah memerangkap bau atau saintifiknya dipanggil partikel yang mengandungi bau kurang menyenangkan. Bendalah ni jugak disediakan sekali dengan pewangi.

Ionizer ni juga dipanggil penjana ion negatif yang dikatakan baik untuk badan kita. Orang yang ada asma memang sesuai guna ionizer ni. Antara dua kelebihan ionizer adalah seperti berikut (copy paste je malas nak translate eheh):

Negative ions help freshen and purify the air by causing allergens such as pollen, mold spores, dust, and animal dander floating in the air (which have either a neutral or a positive charge) to be attracted to and stick to each other, forming ‘clumps’ (because opposite charges attract). These clumps of particles then become heavy enough so that gravity can pull them down to the floor, where they can be vacuumed up, rather than staying in suspension where they can be breathed in and cause allergic reactions.

Release Depression, Maintain “Up Mode” & Promote Concentration. Negative ions also have been shown to help lift mood, alleviate depression and seasonal affective disorder (winter depression or SAD). There is even a patent by a prominent researcher and institution for the treatment of depression with negative ions. High levels of negative ions are found at the beach, in the mountains, in the country, in pine forests, near waterfalls, and many other places that people like to be ^^ all the places that we feel good after we visit them.

Kontra

Ada beberapa yang Adi tak berkenan dengan bendalah ni.

  1. Pelekat kat bahagian atas ionizer ni perlu dibuang bila guna (tulis kat situ). Kalau tak buang pun rasanya takpe kot. So Adi tanggalkan pelekat kertas tu seperti yang disuruh. Apa yang jadi lepas tu, ada bahagian kertas yang tertinggal. Memang susah nak buang dengan tangan. Jadi caranya, Lembapkan sikit kain kemudian gosok kat bahagian kertas yang tertinggal tu dengan lembut. Lembapkan kain, jangan basahkan. Kalau basah, takut air termasuk ke dalam ionizer ni nanti. Boleh rosak bendalah tu.
  2. Wayar kuasa. Selalunya tempat cucuh rokok tu kat bahagian depan, dekat dengan radio kereta. Wayar yang panjang ni sangatlah tidak menarik kalau dilihat menjalar macam tu. Takde cara lain dah, kena ikat kemas-kemas supaya pendek kemudian lekatkan kat bahagian yang orang tak nampak. Ada kereta yang tak boleh guna salotape biasa, tak lekat. Jadi selitlah kat mana-mana yang sesuai. Macam kereta Adi, ada satu ruang untuk letak wayar yang diikat bergumpal-gumpal tu.
  3. Bunyi pulak agak bising kalau guna Hi-level, macam vacuum. Tapi tak perlu guna Hi-level, Low-level pun dah memadai. Lainlah kalau ada bau durian dalam kereta hahaha. Low-level pun masih lagi berbunyi tapi taklah bising sangat.

Adi suka dengan bendalah ni, comel je tengok melekat kat atas dashboard kereta hehe.

Free Image Hosting by FreeImageHosting.net

Free Image Hosting by FreeImageHosting.net

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Comment by keraknasi
2008-02-21 20:24:12

cuba ambil gambar yang dah lekat atas dashboard. mana tau berkenan pula lepas ni. hehe.

 
Comment by Adi
2008-02-22 11:42:31

dh tmbh gmbr baru ;) gmbr atas dashboard kete aku akan menyusul nanti kalau dpt pnjm dgcam sape2 eheh

 
Comment by qider
2008-02-22 16:59:23

bendalah?aii..bm dapat brapa dulu?ehehehe..cambest product tu..nantilah,aku letak kat umah je..

akhirnya layout aku dah siap..akhirnya!dah fening2 pale den neh,tapi kalo kena redesign (yg wat kali ke berapa-ntah)maka,pale den akan fening yg dua hari pon dok miong,n tido lam bas ngan lrt akan berulang semula..huhu

p(^_^)q
gambaru!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post