Alahai Serbanku…

Bila kau berada di atas kepalaku, kau sentiasa menjadi perhatian. Kau sentiasa menjadi pertanyaan. Kau sentiasa menjadi….ape-ape jelah haha.

Lepas solat Jumaat tadi Adi balik awal sikit, nak sambung study untuk Test 1 subjek Operating System. Hari ni Adi pakai serban putih kegemaran Adi. Dah lama tak pakai, adalah dalam sebulan. Kenapa Adi tak pakai sebulan tu…adalah sebabnya eheh.

Turun je dari kereta tadi terserempak dengan Man yang baru balik dari masjid jugak, member yang selalu jual topup kat Adi. Serta-merta dia laung, “Ya, maulana, alhamdulillah.” Hahaha. Mesti tak pernah tengok Adi pakai serban neh. Banyak kali dia sebut maulana, maulana dengan bunyi ala-ala Arab gitu. Lepas tu dia tanya lagi, “Sejak bila ko pakai serban?” Haha, dah agak dah dia tak pernah tengok Adi pakai serban.

Dia tanya lagi, “Dulu ko sekolah agama ke?” Macam terkejut je dia tengok Adi berserban. Macam-macam dia nak tanya. Adi layankan je. Bukan setakat layan, siap kelentong lagi kat dia hahaha. Adi jawab, “Dulu aku sekolah pondok. Adalah dalam 5 tahun.” Dia percaya tu hehe. Dia tanya lagi, “Maknanya, PMR, SPM ko kat situlah ye?” Adi rasa kesian dah nak kelentong dia. Nanti dia caye betul-betul pulak. Adi bagitaulah yang Adi dah lama pakai serban, cuma jarang terserempak dengan dia je. Selalunya Adi balik lewat dari masjid lepas solat Jumaat, tu yang tak terserempak dengan dia, orang lain pun.

Sebenarnya ni bukan kali pertama dia tanya Adi pasal serban putih ni. Sebelum ni pun ada gak sorang, siap datang bilik lagi tu tanya dulu Adi sekolah pondok ke hahaha. Lawak betullah bila terkenangkan kisah serban Adi ni. Mak Jah dengan Pak Long pernah puji cara Adi lilit serban, kemas katanya. Terima kasih kat Kimi yang ajar Adi lilit serban masa Form 4 dulu. Kimi tu kawan sekampung, bekas pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Terima kasih gak kat Haiqal yang belikan Adi serban ni kat Jaafar Rawas KB masa Tahun 1 kat UTHM dulu.

Ada yang menganggap Adi betul-betul warak disebabkan pakai serban. Diriku taklah sewarak yang disangka huhu. Diri ini masih lagi berlumpurkan dosa. Tapi alhamdulillah kalau tanggapan orang terhadap Adi macam tu. Adi berserban sebab nak ambik sunah Nabi. Lagi satu sebab, rasa selesa dan sejuk je kepala bila pakai serban. Bukan niat nak tunjuk baik. Adi bukanlah sebaik yang disangka, tapi Adi cuba untuk jadi yang terbaik.

Cubalah korang pakai serban, yang lelaki je tau. Pompuan pakai tudunglah, pelik lak kalau pakai serban hehe. Cuba try pakai serban, korang akan dapat nikmati keselesaan kepala korang nanti eheh.

RSS feed | Trackback URI

12 Comments »

Comment by nurul
2008-02-15 18:46:53

Alhamdulilah..bagusla cmtue..:)

 
Comment by qider
2008-02-18 11:36:57

“Ada yang menganggap Adi betul-betul warak disebabkan pakai serban. Diriku taklah sewarak yang disangka huhu”

adi,aku dpt merasai apa yg hg rasa..seyes..mcm tu jgkla remarks yg aku dpat kalo aku pakai tudung labuh.time aku matriks dulu,ader la pakai jap,bersyukur ustazah aku (dia tatau background aku..nga3x),tp yg plg aku nak pelempang,ade sorg dak laki ni terang2 kata “aku bet fie,bape lama hg nak stay ngan tdung labuh tu”..chet!hampess!huh!

bila la aku nak pakai tudung labuh balik,baru pg tadi nak pakai sut mai opis,tapi tak jadi last2 min..ehehe..aku ni pun byk ’setan’ dari ‘malaikat’nya,tp aku marah kalo ader org dok ngata2 org tudung labuh,panas tlinga wei..mayb,becoz i haf live wif those kind of ppl n i know what’s like to b part of them..ppl like to ‘talk’,they never want to ‘listen’..

p(^_^)q
gambaru!

 
Comment by Adi
2008-02-18 12:43:02

hai, sou sou. ppl like to talk, neva want to listen n act huhu. talk2 only, no action

 
Comment by anis
2008-02-18 18:31:00

No action talk only :)

 
Comment by Adi
2008-02-19 15:48:46

speak louder than words :D

 
Comment by anis
2008-02-19 16:09:49

absence makes the heart grow fonder ;)

 
Comment by Adi
2008-02-19 20:40:09

kill two birds with one stone. hahaha..proverbs ngarut dh neh :pff: xde kaitan pun dgn topik

 
Comment by anis
2008-02-19 23:26:47

huhu yelah2..tukar topik..serbanku..serbanmu jua :pff:

 
Comment by qider
2008-02-20 12:15:38

birds of a feathers,flock together eheheh..adi,penah masuk ibn nafis ngan ust hasrizal punya blog tak?best la blog depa..aku mengesyorkan hg melink kan blog depa kat blog hg..tgk kat blog aku under “soul’s aspirin” label..

 
Comment by Adi
2008-02-20 14:22:55

thx fir. aku selalu gak masuk blog ust hasrizal. blog ibn hafis tu baru 1st time. best jugak dua2 blog tu..sgt2 berguna. satu lg blog yg bagus..blog kwn aku sorg neh..izo. ada kat blogroll aku.

 
Comment by qider
2008-02-22 17:03:51

bila la nak bleh nulih cam deme2 tu ek?aku asik merapik je lam blog,sampai org pun tak brani nak komen..aiii..

p(^_^)q
gambaru

 
Comment by Adi
2008-04-10 15:24:36

a’a. aku pun ada impian nak nulih mcm diorg.
aku gak tgh blaja n kaji utk tingkatkn pengomen kat blog ni.
ada caranya tp aku x praktikkan lg.
n..ada sbb jugak nape org x bg komen

Adi’s last blog post..Lagu Dari Penjara

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post