Hantar Si Dia

9 pagi telefon bimbitku bergema lagu First Love nyanyian Utada Hikaru, panggilan daripada si dia. “Awak tidur ke tadi, lama call,”. Aku baru selesai mandi ketika itu. “Eh, tak. Baru siap mandi. Kat bus stop ke?”. Si dia baru sahaja sampai ke bus stop. Aku segera mengenakan pakaian. Sweater kusarungkan ke badan, sejuk betul walaupun sudah pukul 9 pagi. Mata pulak terasa lebam menahan mengantuk. Hati ini berperang dengan fikiran sama ada nak ke katil atau ke bus stop. Ternyata hati telah menang. Kemenangan hati didorongi rindu, rindu akan dirinya yang satu.

Sesampainya kat bus stop, kulihat dia duduk seorang diri di atas kerusi batu. Sungguh tenang jiwaku bila melihat dirinya. Si dia mengenakan jubah labuh hitam dengan tudung paras siku putih dan berseluar cokelat. Apa-apa yang dipakai selalu menambat mataku. Sejuk mata memandang melihatnya.

Aku melabuhkan punggungku di kerusi batu sebelahnya. Basnya mungkin akan sampai dalam pukul 10 pagi. Aku menemaninya selama sejam. Kami berbual untuk menghilangkan rasa bosan. Di depan kami ada sepasang kekasih berbangsa Cina sedang berbual mesra. Kuperhatikan mereka, berbeza dengan gaya bermesra segelintir bangsa Melayu, bangsaku sendiri yang terlebih mesranya. Walaupun agama mereka tidak membataskan sentuhan antara lelaki dan perempuan, tapi mereka kelihatan seperti beradab, seperti menghormati masyarakat sekeliling yang majoritinya adalah Melayu. Aku tahu, ramai bangsa Cina yang berpasangan selalunya berpelukan ataupun menggenggam mesra tangan pasangannya. Biarlah, agama mereka tidak melarang. Namun pasangan yang di depanku ini patut menjadi pengukur maruah bagi pasangan-pasangan seagama denganku yang terang lagi nyata haram bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Kadang-kala golongan ini lebih teruk daripada bangsa lain, melakukan perkara tidak senonoh tanpa menghiraukan orang sekeliling. Alhamdulillah, kami berdua tidak begitu. Janganlah iman kami diuji, selagi kami menjaga maruah diri.

10 pagi, seperti yang dijangkakan basnya ke KL kini telah sampai. Kuangkat bagasinya menuju bas yang berhenti agak jauh dari bus stop. Si dia mengucapkan terima kasih kepadaku. Mataku menumpu ke arahnya menaiki bas tersebut tapi tak mampu rasanya untuk membuka mata lebih luas, mengantuk yang amat. Kucari-cari si dia di dalam bas tapi tak kelihatan. Aku sangkakan si dia mungkin duduk di hadapan. Aku beredar segera ke parkir kereta. Hati ini rasa gembira. Sebelum ini si dia selalu hantar aku naik bas, kali ini tiba giliran aku pula. Seketika kemudian mesejnya sampai. Aku tersenyum sambil membalas mesejnya. Kemudian aku tidur dengan nyenyaknya selama 6 jam. Qada malam tanpa tidur semalam.

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by aNiS
2008-02-04 19:17:03

senpai, terima kasih kerana sudi menghantar sy semalam… :)
lau bleh…lain kali, leh anta lagi kan? hehehe

Arigato’ senpai des…

 
Comment by Adi
2008-02-04 19:20:35

hehe..doitashimashite kawaii aNiS desu :)

 
Comment by qider
2008-02-06 10:58:38

anis desu?ape barang?anis-chan la..ehehehe ;-)

 
Comment by Adi
2008-02-06 16:14:07

a’a ek..ok dh tukar dh :P

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: :canny: :go: :miam: :neo: :ueue: :nose: :oh: :oups2: :prud: :yo: :sadd: :bloody2: :cache: :rose: :spd: :dream: :sure: :yes: :sweat: :kiss: :creve: :what: :pff: :hm: :bobo: :aie2: :aie3: :ciao: :dribble: :gene:

Trackback responses to this post