5 Tip Menghadapi Temuduga
Posted by Adi on
June 17, 2008
Semalam Adi ke temuduga terbuka seluruh negara kat KB lebih kurang pukul 3 petang. Sampai kat tempat temuduga tu, tinjau-tinjau, pelik…takde orang pun. Tengok dalam, takde pun booth atau orang yang nak cari pekerja. Kain rentang pun takde. Confuse dah, ingatkan salah tempat. Tapi memang sah takde pun temuduga kat situ. Heran…
Ok. Ini Adi nak share tip-tip untuk menghadapi temuduga. Bukan daripada pengalaman Adi sendiri. Tip-tip ni dipetik daripada Majalah Maskulin Volume 55 oleh penyanyi, usahawan dan pakar motivasi iaitu Dr. Fazley.
- Peka – Calon harus peka isu-isu semasa supaya nampak lebih berpengetahuan luas. Jangan pandai soal akademik je. Ianya boleh dijadikan satu kelebihan jika dapat jawab atau beri pandangan tentang isu-isu semasa. Ia juga dapat elakkan sesi temuduga daripada jadi hambar. Cuba jinak-jinakkan diri dalam politik, ekonomi, sosial malah sukan. Harus diingat, soalan yang bakal ditanya tidak semestinya soal tentang syarikat. Teringat lecturer Adi masa dia nak ditemuduga dulu kat sebuah syarikat minyak. Soalan yang ditanya bukan pasal minyak, tapi pasal penjara. Takde kaitan pun kan? Tapi itulah dia, peka!
- Keterampilan – First impression tu penting. Jangan datang temuduga dengan selekeh je. Belajar-belajarlah untuk berpenampilan meyakinkan. MEYAKINKAN, bukan MENARIK ye kawan-kawan. Menarik sahaja tidak cukup aura untuk meyakinkan penemuduga. Tapi kalau penampilan nampak yakin, automatiknya kamu akan kelihatan lebih menarik. Malah model pakaian pun kena berpenampilan meyakinkan.
- Keyakinan – Kesinambungan daripada tip di atas. Yakin bukan sahaja pada penampilan, malah percakapan kamu dalam berkomunikasi. Ia menunjukkan sejauh mana kamu mampu melaksanakan tanggungjawab yang bakal diberikan. Berlatih di depan cermin adalah satu cara baik untuk membentuk keyakinan diri.
- Karisma – Ini perlu. Sebaik memasuki atau berada di tempat temuduga, segala tingkah laku haruslah dijaga. Dari cara perbualan dengan calon lain, gaya berjalan dan segala lontaran pendapat haruslah positif. Perlu diingat, jangan terlalu ketara untuk menegakkan pandangan atau pendapat kamu. Ia harus dilakukan dalam kesederhanaan.
- Buktikannya – Kamu juga perlu buktikan kemampuan atau kebolehan kamu untuk diambil sebagai pekerja syarikat tersebut. Selalunya ada soalan yang ditanya kenapa syarikat perlu ambil kamu sebagai pekerja. Kamu harus bijak untuk tackle soalan ni.
Tip tambahan daripada Adi, kaji dahulu tentang syarikat tersebut sebelum ditemuduga. Boleh search di Internet kalau syarikat tu ada laman web, ataupun boleh tengok profail syarikat kat pejabat, ataupun bertanya dengan kenalan yang bekerja kat situ kalau ada. Lepas tu carilah informasi yang berkaitan dengan apa yang diusahakan oleh syarikat tersebut. Mestilah kan, nak kerja kat situ kenalah tau pasal syarikat tu. Tak gitu?
tags: interview, temuduga
6 Comments
Cara Menjimatkan Minyak Kenderaan
Posted by Adi on
June 5, 2008

Betul-betul tak sangka harga minyak diumumkan Pak Lah semalam naik kepada RM2.70/liter bagi petrol dan RM2.58/liter bagi diesel berkuatkuasa hari ini. Difahamkan stesen-stesen minyak kat Malaysia ni jadi tumpuan sejak pukul 5 petang semalam sampaikan sesak di jalan yang menuju ke stesen minyak pilihan. Kat sini pun sama, Adi sendiri pun terlibat dalam kesesakan tu selama 1 jam 10 minit. Dua kali Adi matikan enjin sebab tak dapat bergerak langsung. Hal itu tak jadi masalah kalau masing-masing ikut lampu isyarat, ikut giliran ke stesen minyak. Adi hairan kenapa orang langgar lampu isyarat kat pekan Ketereh semalam. Pulak tu daripada dua lorong dah jadi tiga lorong yang tak betul. Semua ni berpunca daripada sikap, sikap pentingkan diri sendiri, tak sabar, tak hiraukan orang lain yang lazimnya selalu dikaitkan dengan sikap pemandu-pemandu orang Kelantan. Ya, memang betul. Orang Kelantan memang macam tu. Tidak semua, hanya segelintir.
Tak perlu nak mengeluh. Kita tak dapat buat apa-apa, terima saja. Jadi apa yang perlu kita buat sekarang adalah fikirkan cara untuk jimatkan penggunaan minyak kenderaan. Berikut adalah beberapa cara yang Adi fikirkan dapat jimatkan minyak. Walaupun tak banyak, kalau dah nama jimat pasti menguntungkan kita.
Tekanan Tayar Optimum
Ini adalah basic bagi kenderaan. Tekanan tayar yang kurang boleh meningkatkan penggunaan minyak. Jadi check tekanan tayar kat stesen minyak atau workshop untuk dapatkan tekanan yang optimum. Kalau kereta selalunya kat tepi pintu dah diberitahu berapa tekanan yang sesuai untuk kereta tu. Guna saja pam digital, ianya lebih mudah.
Memandu Kurang 100km/j
Pandu laju hanya merugikan minyak selain daripada membahayakan orang lain. Membahayakan orang lain, jarang untuk diri sendiri. Sebabnya orang yang pandu laju ni sebenarnya dia lebih berhati-hati sebab dia sedar akan bahayanya itu. Bawalah sekitar 80-90km/j, lebih selesa kata Mohd. Ismail.
Guna N Berbanding P
Tip bagi pengguna kereta transmisi automatik. Kalau berhenti kat traffic light tu adalah lebih bijak letak gear pada N daripada menekan brek sepanjang masa. Tekan brek bermakna gear kereta bergerak cuma diberhentikan. Gear N adalah gear dalam keadaan rehat. Maknanya omboh selinder tak bergerak (kalau tak silap). Gear P hanya untuk parking, dan korang berhenti di traffic light bukan untuk parking, jadi jangan gunakan P. Lagipun jarak gear D dengan N lebih dekat berbanding P. Ala, dapat agak sape yang guna P, masa dia brek tu nampak lampu reverse menyala. Dia nak letak gear kat P la tu apa lagi.
Cucuk Angin
Hoho, cara yang berkesan walaupun agak bahaya. Jangan nak cuba-cuba kalau tak berkeyakinan brek pada waktunya. Cucuk angin kenderaan depan boleh kurangkan rintangan angin untuk kenderaan kita. Adi sarankan jangan cucuk angin lori, treler atau bas yang langsung kita tak dapat tengok depan melalui cermin belakangnya. Terlalu bahaya kalau tiba-tiba dia brek mengejut, lagi-lagi tengah bawak laju. Tindakan tidak bijak.
Jangan Brek Mengejut
Brek mengikut skala menaik sedikit demi sedikit. Maksudnya, brek pelan-pelanlah, jangan mengejut. Brek mengejut hanya menambahkan penggunaan minyak selain membahayakan penumpang belakang yang selalunya tak pakai safety belt. Lagi-lagi kalau Myvi yang seatnya licin, mudah gelongsor ke depan. Maknanya lagi, jarak kereta kita dengan kereta depan berada pada sela jarak yang betul. Ala, kan belajar dulu masa nak ambik lesen. Apa dah, jarak 12 saat? Ha, itulah dia.
Guna Kenderaan Awam
Tip ni tidak berapa relevan bagi mereka yang tinggal di kawasan kurang membangun, kecuali menggunakan bas. Walaupun tambang bas pun naik (rasanya), patut ia lebih murah daripada kenderaan sendiri. Guna LRT, komuter atau tren adalah bijak. Tapi tak semua tempat ada. Untunglah orang KL (sesetengahnya) yang ada perkhidmatan tu. Naik basikal? Tidak relevan. Pergi sekolah bolehlah.
Rancang Perjalanan
Buat masa sekarang ni terpaksa hentikan dulu ‘makan angin’ sambil tengok pemandangan atau tengok awek dengan merewang ke tempat-tempat tertentu. Fokus pada destinasi, dan ikut jalan terdekat. Pergi ke tempat yang penting saja. Rancang mana nak pergi dulu supaya tak berpatah balik. Fikir dulu sebelum start enjin.
Tong-tong
Bukan tong sampah, share maksudnya masa naik kereta sama-sama. Kenalah faham beban minyak yang ditanggung pemilik kenderaan. Kalau kita sama-sama bekerja, tong-tonglah. Jangan harap tumpang free je. Kalau dia je yang bekerja, apa salahnya ‘belanja’ kawan eheh.
Kereta Jimat Minyak
Untung bagi mereka yang dah ada kereta jimat minyak contohnya macam Proton Savvy yang dikatakan 7 sen untuk 1Km (sebelum ni), ataupun kereta jenama Toyota contohnya Vios yang lebih jimat minyak daripada Honda City (kata orang).
Kawal Penukaran Gear Manual
Bagi kenderaan gear manual, jangan berlagak macam pelumba nak tekan minyak habis rapat untuk gear 1 atau 2. Kita bukan dalam dunia Impak Maksima. Lagi lama gear 1 atau 2 ditekan (makin laju), lagi banyak minyak digunakan. Tukar dengan cepat ke gear lebih tinggi, itu lebih baik.
Tutup Air-cond, Buka Tingkap
Sekali-sekala buka tingkap hirup udara luar ok jugak. Adi dah uji sepanjang perjalanan dari Johor ke Kelantan tanpa air-cond. Dapat jimat lebih kurang RM20 (sebelum ni). Ops, tip ni masa bawak lebih 60km/j. Kalau tak, terasa bahangnya, baik guna air-cond.
Maintain Kelajuan
Bukan je nampak relaks, malah nampak lebih cool dengan kelajuan yang sama atau tak meningkat secara mendadak. Tip ni berguna untuk perjalanan jauh.
Microcompressor
Tip terakhir, gunalah microcompressor yang bukan saja meningkatkan kelajuan, malah menjimatkan minyak. Adi tak pernah cuba lagi tapi itulah yang diiklankan. Boleh dapat dalam sekitar RM150. Murah, untuk jangka masa panjang.
Banyak lagi tip sebenarnya yang boleh kita fikir sendiri. Contohnya, guna motor berbanding kereta untuk jarak yang dekat, guna kereta cc rendah macam kancil, banyak lagi. Sama-samalah kita fikir. Jadilah pengguna jalanraya yang bijak
