Archive for the ‘Sembang’ Category

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 Malaysia

Kurang terasa kehangatan Malaysia nak merdeka walaupun lagi esok lusa dah nak 31 Ogos 2008. Rasanya bukan disebabkan 1 September dijangkakan umat Islam mula berpuasa. Mungkin pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada kemeriahan merdeka yang selalunya disambut dengan gahnya setiap tahun. Bendera pun tak banyak dikibarkan di setiap kenderaan. Di sini tiada satu pun kereta yang terpacak Jalur Gemilang setakat mata aku memandang. Namun masih ada rakyat yang begitu gembira menyambut merdeka seperti di Melaka yang mengecat atap rumahnya mengikut bentuk Jalur Gemilang. Terima kasih kepada beliau.

Rancangan tv pun rasa² aku tak banyak yang menyiarkan tentang merdeka seperti kebiasaan. Mungkin ada tapi aku tak sempat menonton. Aku cuma menonton tv bermula 8 malam hingga 11 malam. Kalau dulu 2 pagi masih lagi terasa awal nak masuk tidur, sekarang ni 11 malam pun dah rasa lewat.

Kepada rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51.

Info Merdeka

Kerja Memalaskan Aku

Pernah tak kau rasa betapa malasnya diri untuk melakukan sebarang kerja? Pernah tak kau rasa alangkah seronoknya hanya duduk di atas sofa L menonton movie sambil mengunyah jajan? Pernah tak kau rasa seronoknya hidup disubsidi orang tua yang penat lelah mencari sekepal nasi untuk kita tetapi kita hanya bergoyang kaki di rumah; tidur, makan dan buat hal sendiri yang menyeronokkan.


Seronoknya kalau begitu. Tiada tekanan. Tiada paksaan. Tiada kebimbangan. Tapi hidup di dunia bukan begitu caranya. Perlu merasa pahit sebelum manis terasa. Ibarat hujan di siang hari, akhirnya timbul sang pelangi selepas ia reda. Malah manisnya lebih terasa jika kau merasai kepahitannya terlebih dahulu. Jika kau dapat merasainya, bermakna kau merasai kehidupan yang baik di dunia penuh penipuan ini.

Kerja, kerja dan kerja. Hampir sebulan aku di negeri orang, ‘membantu’ menaikkan kualiti syarikat sedangkan aku tiada diberi apa² melainkan sesuatu yang telah ditetapkan bukan pada tahapnya. Kerja makin memalaskan aku. Kerja menjadikan aku malas segala²nya. Malas untuk bersukan, malas untuk keluar berjalan², malas untuk menambah kemesraan aku dengan si dia, malah malas mencari idea untuk update blog ini. Kerja asal aku tertangguh sebulan sudah. Entah bila akan selesai, kalau aku terus di sini.

Kerja menjadikan diri aku malas. Kerja yang senang ini memenatkan mata aku. Menghadap komputer hampir 8 jam sehari membuatkan mata aku makin kuyu. Doktor pernah pesan dulu supaya kurangkan waktu dengan komputer. Tapi aku penggila komputer, apatah lagi Internet. Seolah² aku boleh hidup hanya dengan komputer dan Internet. Itulah sebab aku menjadi penat, seterusnya menjadi malas melakukan apa² selain kerja yang diamanahkan.

Entah bila aku dapat tunaikan impian aku 2 tahun yang dulu; memiliki kebebasan kewangan dan waktu kerja. Aku nampak destinasi, tapi aku takkan sampai selagi belum mula melangkah. Aku perlu membuat pilihan dengan meminta petunjuk daripada Pencipta Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Demi masa depan, yang kini aku rasakan semakin jauh dan hampir musnah.

Guru Pondan, Jangan Beri Muka

Rutin pagi aku sebelum mula kerja, buka Berita Harian Online untuk baca berita yang menarik perhatian aku. Yang politik tak baca sangat. Ikutkan nak je aku cerita pasal Saiful Bukhari yang mengangkat sumpah kat Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lepas tapi malas pulak. Masa tu aku kat sana untuk handle program motivasi dengan pelajar-pelajar seluruh Selangor. Apa yang dikatakan dalam satu blog tentang angkat sumpah tersebut bukanlah betul 100%. Aku sendiri duduk semeja dengan salah sorang saksi akuan sumpah Saiful yang banyak cerita tentang kekurangan majlis mengangkat sumpah tersebut.

Ops. Lupakan tentang itu. Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi. Pagi ni dalam Berita Harian aku tertarik dengan satu isu yang dah lama ada dalam profesion guru tapi pihak Kementerian Pelajaran baru nak ambik tindakan sewajarnya. Isu guru pondan ni dah lama aku dengar, tapi diorang yang pondan-pondan ni pandai sembunyikan kepondanannya dalam kelas. Habis kelas barulah diorang melaram habis.

Satu sekolah kat Negeri Sembilan, ada sorang cikgu lelaki ni memang tak dijangka yang dia ni pondan lepas waktu sekolah. Ini bukan aku reka cerita. Betul-betul berlaku dan diceritakan oleh orang yang rapat dengan aku. Katanya, cikgu tu bila dah pondan memang tak dapat cam wajah lelakinya. Kalau setakat lembut, itu biasa. Lelaki lembut dan pondan adalah dua makhluk yang berbeza. Lembut, tapi ada kejantanannya. Beranak-pinak jugak. Tapi pondan, hilang sifat kejantanannya walaupun dia ada apa yang orang lelaki tulen ada, kebanyakannya.

Kita kat Malaysia tak memelihara golongan macam ni. Kita bukan Amerika yang wujud satu petempatan khas untuk golongan homoseksual. Kalau disebut tentang guru pondan macam dalam berita hari ini, memang dikhuatiri akan mempengaruhi pelajar-pelajar lelaki yang bersifat lembut. Takut dari lembut terus jadi pondan. Memang wajar pihak Kementerian Pelajaran ambil tindakan selayaknya kepada golongan pondan, maknyah, bapok atau sotong ini.

Mematangkan Diri

PC sendiri tak bawak sini lagi. Kat ofis pulak ada je keje nak kena siapkan. Tapi ni baru sikit. Nanti lagi banyak kena buat. Masa untuk blogging pun terhad. Ingat nanti nak bawak PC, sambar celcom broadband satu. Bolehlah menorrent sepanjang malam haha.

Rasanya, dah tak best bahasakan diri sebagai ‘Adi’ lagi. Guna ‘Aku’ sebagai ganti diri nama rasa lebih sesuai. Sesuai dengan perubahan zaman; zaman belajar dengan zaman kerja. Dulu remaja, skang ni ke arah dewasa. Dulu kurang tanggungjawab, skang ni banyak kena fikir untuk masa depan dengan lebih teliti dan serius. Cuba untuk hidup. Jadi aku mesti mematangkan diri.

Dua hari lepas aku join perbincangan kawan² serumah dengan kawan lama diorang pasal kerja kedua. Kawan lama diorang tu senior masa belajar kat Universiti Al-Azhar yang dulunya lecturer Lim Kok Wing tapi skang ni dah mengajar kat IPTA lain atas kehendak dirinya sendiri. Katanya dia tak dapat nak mengajar kat Lim Kok Wing dengan keadaan sosial kat sana termasuklah cara dressing student² LUCT.

Katanya ustaz tu, area sini adalah lubuk emas untuk tambah pendapatan. Kebanyakan orang yang kerja kat KL ada kerja kedua yang dibuat secara sambilan. Persoalannya, kenapa perlu kerja kedua? Takde sape yang nak penatkan badan letihkan otak untuk kerja lebih selain daripada menampung kos hidup kat bandar macam ni. Gaji yang tak seberapa hanya sekadar cukup makan. Makan biasa², nak makan Pizza, Chicken Rice Shop, Kenny & Rogers…kirim salamlah. Kena pandai cari peluang kerja lain untuk makan mewah.

Terlintas jugak dalam kepala aku untuk jadi tutor Matematik, ataupun tutor personal dalam subjek yang aku minat sangat tu untuk student Form 1 sampai Form 3. Cuma masalahnya, aku baru kat sini. Belum ada kredibiliti lagi. Belum marketkan lagi diri aku dalam komuniti manusia yang tak mengenal matahari. Aku harus buat sesuatu…

Noraniza Idris nak datang ofis, petang ni barangkali. Katanya nak guna ofis sampai 8hb untuk projek anti-dadah kalau tak silap. Seofis dengan kak Ani la nanti eheh. Tadi baru bersihkan toilet. Dah bersih dah sebenarnya, tapi bersihkan lagi. Tetamu penting nak datang, kenalah jaga kebersihan kelas A++. Dapatlah tengok kak Ani dari dekat macam mana eheh.

Kerja Memotivasikan Orang

Terkejut jugak (tapi buat selamba) diterima kerja terus lepas interview tak sampai setengah jam dengan dua orang bos yang sporting lagi sempoi. Training 3 bulan dengan gaji yang cukup makan, lepas tu baru confirmkan jawatan sebagai..erk..tak tau jawatan apa sebenarnya. Graphic designer pun ye, bahagian teknikal dan slide pun ye, maintain website pun ye, motivator pun ye tapi yang tu insyaAllah dalam bulan depan.

Kerja kat Institut Pembangunan Minda ni ok. Jauh beza dengan suasana kerja masa Adi buat Latihan Industri dua tahun sudah. Kat sini kerja dalam suasana Islamik. Motivasi pun terapkan modul islamik. Tak study lagi modul² tu. Nanti nak motivasikan orang tak tau point huhu.

Duduk rumah sewa kat Taman Sri Batu Caves dengan 4 orang staf yang lain. Tiga orang bahagian staf al-Quran, dua orang bahagian motivasi & printing termasuk Adi. Salah sorang tu HR eheh. Senang nak apply cuti :) Semua graduan Al-Azhar, hafiz² belaka. Adi sorang je yang kerdil lagi hina huhu. Bagus jugaklah, boleh improve diri.

Dari pagar rumah boleh nampak KLCC. Nak jalan² pergi sana tak biasa lagi jalan kat sini. Nanti sesat pulak. Makan pun boleh tahanlah jugak. Kalau hari² nak makan luar, memang takleh hidup senang buat masa ni. Kalau ada slot untuk bagi ceramah motivasi kat mana² badan korporat, persatuan atau sekolah, dapatlah makan free hehe. Bila fikir balik, jauh betul terpesong dengan kelulusan yang Adi ada. Langsung takde kaitan dengan engineering. Tapi Adi lebih selesa kerja ni daripada kerja jadi engineer. Ini bidang yang Adi suka sejak matriks lagi. Boleh dikatakan jugak 100% pengetahuan Adi tentang electrical engineering tak apply kat kerja sekarang. Kerja² yang dulunya Adi jadikan hobi macam Flash, Photoshop, blog dengan website, sekarang ni jadi kerja yang bergaji. Daripada hobi dan minat kepada kerja. Motivasikan orang pun minat Adi dulu, tapi lebih kepada kaunseling bukan motivasi. Adalah jugak sangkut-paut sikit.

InsyaAllah, nanti nak sambung belajar bidang kaunseling kalau ada rezeki.