Archive for the ‘Sembang’ Category

Pengiktirafan Ijazah daripada JPA

Setelah bergelar graduan selama 9 hari, dan setelah bergelar kakitangan swasta hampir sebulan barulah terfikir adakah sijil ijazah yang aku genggam seminggu ini diiktiraf JPA. Terdetik dalam fikiran bila baca blog Zaihan tadi. Thanks to Zaihan, member sejak menjadi penunggu Blok D (KK Tun Syed Nasir) dulu haha.

Masuk www.jpa.gov.my untuk check pengiktirafan ijazah sekiranya kau ragu² dengan status ijazah yang dipegang. Tapi, senang cerita ijazah bagi semua IPTA memang diiktiraf. Kecuali kalau kau diminta untuk pamerkan surat pengiktirafan ni, bolehlah print dan bagi kat bos semasa diinterview.

ps: Hari tu kata malas nak update, tapi makin rancak pulak post entry baru hahaha :)

Rakyat Patriotik

Aku baru balik dari program 3 hari di Masjid Wilayah Persekutuan petang semalam. Hari ni cuti bagi staf motivasi menggantikan hari semalam. Duduk rumah tak buat apa jugak, baik datang ofis usik Internet sambil nak setup laptop baru bos beli 2 bijik. Windows Vista buatkan aku naik menyampah nak setting.

Tepat 12 malam 31 Ogos 2008 lepas, di manakah kau berada? Adakah kau berada di kalangan mereka yang ‘patriotik’ menyambut detik kemerdekaan di Dataran Merdeka? Atau sekadar melihatnya di tv plasma 42″ rumah? Aku ketika itu menyaksikan bunga api dari Masjid Wilayah Persekutuan bersama pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMK Taman Seraya.

Sekitar 12 malam aku tengok banyak kereta parkir di depan Masjid Wilayah Persekutuan sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Semuanya kereta mewah yang aku tak dapat pastikan jenama apa. Perempuan-perempuan berpakaian singkat mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh ‘patriotik’. Gembira betul. Begitu caranya menyambut merdeka.

Seorang kawan aku sempat ke Dataran Merdeka pada pukul 8:30 malam. Dah ramai manusia ‘patriotik’ berkumpul menunggu detik 12 malam. Bermacam fesyen dan gaya rambut yang dipamerkan. Adakah mereka menganggap Hari Merdeka sebagai tempat mereka mempamerkan identiti mereka? Atau hari untuk mereka ‘merayakan kebebasan’ yang sebelum ini agak terbantut dek pandangan masyarakat sekeliling di negara Islam tercinta ini? Betul-betul ‘merdeka’ mereka malam itu. Merdeka bererti mereka bebas melakukan apa saja. Rasanya Dataran Merdeka akan sedikit suram tanpa mereka yang ‘patriotik’ ini. Maka dengan itu tiada tegasan atau larangan dikenakan kepada mereka oleh pihak berkenaan.

Gambar di atas hanyalah hiasan sebagai pembangkit mood.

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-51 Malaysia

Kurang terasa kehangatan Malaysia nak merdeka walaupun lagi esok lusa dah nak 31 Ogos 2008. Rasanya bukan disebabkan 1 September dijangkakan umat Islam mula berpuasa. Mungkin pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas sedikit sebanyak memberi kesan kepada kemeriahan merdeka yang selalunya disambut dengan gahnya setiap tahun. Bendera pun tak banyak dikibarkan di setiap kenderaan. Di sini tiada satu pun kereta yang terpacak Jalur Gemilang setakat mata aku memandang. Namun masih ada rakyat yang begitu gembira menyambut merdeka seperti di Melaka yang mengecat atap rumahnya mengikut bentuk Jalur Gemilang. Terima kasih kepada beliau.

Rancangan tv pun rasa² aku tak banyak yang menyiarkan tentang merdeka seperti kebiasaan. Mungkin ada tapi aku tak sempat menonton. Aku cuma menonton tv bermula 8 malam hingga 11 malam. Kalau dulu 2 pagi masih lagi terasa awal nak masuk tidur, sekarang ni 11 malam pun dah rasa lewat.

Kepada rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51.

Info Merdeka

Kerja Memalaskan Aku

Pernah tak kau rasa betapa malasnya diri untuk melakukan sebarang kerja? Pernah tak kau rasa alangkah seronoknya hanya duduk di atas sofa L menonton movie sambil mengunyah jajan? Pernah tak kau rasa seronoknya hidup disubsidi orang tua yang penat lelah mencari sekepal nasi untuk kita tetapi kita hanya bergoyang kaki di rumah; tidur, makan dan buat hal sendiri yang menyeronokkan.


Seronoknya kalau begitu. Tiada tekanan. Tiada paksaan. Tiada kebimbangan. Tapi hidup di dunia bukan begitu caranya. Perlu merasa pahit sebelum manis terasa. Ibarat hujan di siang hari, akhirnya timbul sang pelangi selepas ia reda. Malah manisnya lebih terasa jika kau merasai kepahitannya terlebih dahulu. Jika kau dapat merasainya, bermakna kau merasai kehidupan yang baik di dunia penuh penipuan ini.

Kerja, kerja dan kerja. Hampir sebulan aku di negeri orang, ‘membantu’ menaikkan kualiti syarikat sedangkan aku tiada diberi apa² melainkan sesuatu yang telah ditetapkan bukan pada tahapnya. Kerja makin memalaskan aku. Kerja menjadikan aku malas segala²nya. Malas untuk bersukan, malas untuk keluar berjalan², malas untuk menambah kemesraan aku dengan si dia, malah malas mencari idea untuk update blog ini. Kerja asal aku tertangguh sebulan sudah. Entah bila akan selesai, kalau aku terus di sini.

Kerja menjadikan diri aku malas. Kerja yang senang ini memenatkan mata aku. Menghadap komputer hampir 8 jam sehari membuatkan mata aku makin kuyu. Doktor pernah pesan dulu supaya kurangkan waktu dengan komputer. Tapi aku penggila komputer, apatah lagi Internet. Seolah² aku boleh hidup hanya dengan komputer dan Internet. Itulah sebab aku menjadi penat, seterusnya menjadi malas melakukan apa² selain kerja yang diamanahkan.

Entah bila aku dapat tunaikan impian aku 2 tahun yang dulu; memiliki kebebasan kewangan dan waktu kerja. Aku nampak destinasi, tapi aku takkan sampai selagi belum mula melangkah. Aku perlu membuat pilihan dengan meminta petunjuk daripada Pencipta Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Demi masa depan, yang kini aku rasakan semakin jauh dan hampir musnah.

Guru Pondan, Jangan Beri Muka

Rutin pagi aku sebelum mula kerja, buka Berita Harian Online untuk baca berita yang menarik perhatian aku. Yang politik tak baca sangat. Ikutkan nak je aku cerita pasal Saiful Bukhari yang mengangkat sumpah kat Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lepas tapi malas pulak. Masa tu aku kat sana untuk handle program motivasi dengan pelajar-pelajar seluruh Selangor. Apa yang dikatakan dalam satu blog tentang angkat sumpah tersebut bukanlah betul 100%. Aku sendiri duduk semeja dengan salah sorang saksi akuan sumpah Saiful yang banyak cerita tentang kekurangan majlis mengangkat sumpah tersebut.

Ops. Lupakan tentang itu. Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi. Pagi ni dalam Berita Harian aku tertarik dengan satu isu yang dah lama ada dalam profesion guru tapi pihak Kementerian Pelajaran baru nak ambik tindakan sewajarnya. Isu guru pondan ni dah lama aku dengar, tapi diorang yang pondan-pondan ni pandai sembunyikan kepondanannya dalam kelas. Habis kelas barulah diorang melaram habis.

Satu sekolah kat Negeri Sembilan, ada sorang cikgu lelaki ni memang tak dijangka yang dia ni pondan lepas waktu sekolah. Ini bukan aku reka cerita. Betul-betul berlaku dan diceritakan oleh orang yang rapat dengan aku. Katanya, cikgu tu bila dah pondan memang tak dapat cam wajah lelakinya. Kalau setakat lembut, itu biasa. Lelaki lembut dan pondan adalah dua makhluk yang berbeza. Lembut, tapi ada kejantanannya. Beranak-pinak jugak. Tapi pondan, hilang sifat kejantanannya walaupun dia ada apa yang orang lelaki tulen ada, kebanyakannya.

Kita kat Malaysia tak memelihara golongan macam ni. Kita bukan Amerika yang wujud satu petempatan khas untuk golongan homoseksual. Kalau disebut tentang guru pondan macam dalam berita hari ini, memang dikhuatiri akan mempengaruhi pelajar-pelajar lelaki yang bersifat lembut. Takut dari lembut terus jadi pondan. Memang wajar pihak Kementerian Pelajaran ambil tindakan selayaknya kepada golongan pondan, maknyah, bapok atau sotong ini.