Archive for the ‘Reviu’ Category

KAMI The Movie

KAMI

Ramai jugak yang tertunggu² sambungan cerita KAMI ni yang tergantung pada episod 8 dulu. Ada jugak yang bengang ending dia macam tu je tanpa memikirkan yang KAMI mungkin ada sambungan. Adi pun tertunggu², bila la nak keluar KAMI siri 2 ni.

Tunggu punya tunggu, bukan KAMI siri 2 yang akan keluar. Rupanya KAMI dah maju setapak ke layar perak. Cayalah. Adi dapat maklumat ni daripada blog Liyana Jasmay (Lynn) sendiri. Menurut Liyana, penggambaran untuk filem KAMI dah selesai sejak Disember lepas lagi. Tapi yang tak puas hatinya, bulan Ogos 2008 nanti baru nak ditayangkan kepada umum. Kenapa lambat sangat? Ramai peminat KAMI dah sangap menantikan sambungannya. Apa² pun kenalah bersabar.

Menurut Liyana lagi, dalam KAMI The Movie nanti akan merungkai semua persoalan dalam drama KAMI sebelum ni. Ada lima tanda tanya yang paling Adi nak tau yang selalu buatkan kepala Adi berfikir.

  1. Kenapa hubungan Ali dengan mamanya renggang? Macam ada yang tak kena antara dua watak tu.
  2. Kenapa Zul a.k.a Vanilla Ice dibunuh?
  3. Apa punca hubungan dingin antara mak Adii dengan mak Ali?
  4. Ni yang Adi rasa best. Macam mana nanti Adii dapat tau yang Vanilla Ice sebenarnya adalah abang kepada Abu?
  5. Dapat tak Abu ambik SPM lepas dia kena belasah 3 orang samseng tu?

Harap²nya tiga persoalan kat atas ni terjawab dalam KAMI The Movie nanti. Tak sabar nak tengok ;)

Kung Fu Dunk Dink Donk

Kung-fu Dunk

Haha. Saje je tambah Dink Donk tu. Dah tengok belum movie ni? Kalau belum, eloklah baca dulu reviu tentang movie main bola keranjang guna kungfu neh. Adi sarankan korang baca reviu ni sambil dengar streaming audio lagu tema Kung Fu Dunk, ada kat bahagian last sekali entri ni. Baru ada feel eheh.

Semalam Adi pergi tengok movie ni kat Summit Batu Pahat. Kat BP ni mana lagi nak tengok wayang kalau tak Summit huhu. Kat BP Mall tak bukak lagi rasanya. Bulan 3 kalau tak silap baru bukak. So, Adi dengan kawan-kawan pilih waktu tayangan pukul 9:45 malam. Masuk je dalam panggung, penuh kerusi dengan manusia. Majoritinya orang Cina. Masa Adi tengok filem Cuci hari tu cuma lebih kurang 2/3 panggung je penuh.

Sinopsis

Kung Fu Dunk ni mengisahkan tentang sorang penuntut sekolah kungfu yang dibuang sekolah sebab bergaduh atau timbulkan huru-hara kat sebuah kelab. Ketua kelab tu mengadu kat pengetua sekolah kungfu tu. Maka dengan itu, watak utama cerita ni, Shi-Jie telah dibuang sekolah. Dari situlah bermulanya cerita ni. Shi-Jie berkenalan dengan Wang-Li yang membawa dirinya untuk masuk ke pasukan bola keranjang universiti selepas melihat kehebatan Shi-Jie melontar tin minuman ke dalam tong sampah dari jarak jauh. Sebenarnya Wang-Li nak jadikan dirinya kaya dengan mengambil kesempatan ke atas kehebatan Shi-Jie dalam bola keranjang.

Read the rest of this entry »

Never Say No - The Game Plan

The-game-plan-poster-425

“Never say no!” Itulah motto hidup Joe Kingman yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson. Sape Dwayne Johnson? Kenal tak dengan laungan ni, “If you smmellll, what The Rock is cooking!” Haha. Bukan peminat WWF je yang tau, yang tak minat WWF pun boleh ingat dengan gimik The Rock ni. Dialah watak utama dalam filem The Game Plan ni sebagai seorang quaterback pasukan Boston Rebels dalam sukan American football.

Sinopsis

Joe Kingman ni seorang superstar dalam American football sebagai quarterback dan masih bujang. Joe hidup dalam kehidupan yang ceria, happy-go-lucky, kaya, popular dan selalu bersuka-ria dengan parti. Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan comel datang ke kediaman mewahnya dan mengaku sebagai anaknya yang berusia 8 tahun. Joe tak pernah tahu yang dia mempunyai anak hasil hubungannya dengan Sara, ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut bernama Peyton lakonan Madison Pettis. Joe kini perlu menguruskan hidup selain karier pentingnya dengan latihan dan temujanji kelas ballet serta bedtime stories dan anak patung anaknya.

Read the rest of this entry »

Cuci Jangan Tak Cuci

Cuci

Adi rasa sedikit stress baru-baru ni tak tau pasal apa. Nak kata stress dengan study rasanya tak, sebab sem ni sangatlah lenang rasanya dengan jadual yang tak pack langsung. Tapi hari tu Adi stress sikit.

Tiba-tiba kawan ajak pergi tengok wayang tapi tak tau nak tengok cerita apa pada mulanya. Adi on je, memang nak cuba release tension sikit. Lepas fikir punya fikir, kitorang pergi tengok filem Cuci. Orait jugak layan cerita lawak dan ringan. Kepala tengah serabut ni tak boleh tengok cerita berat-berat sangat.

Sesampainya kat Summit, Batu Pahat Adi tengok poster filem Cuci ni. Adi ingat Afdlin Shauki yang mengarahkan cerita ni, rupanya kawan dia, Hans Isaac. Bagus jugak arahan dia, gaya pun lebih kurang dengan arahan Afdlin Shauki. Afdlin Shauki mempengaruhi dia kot.

Read the rest of this entry »